{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Proses hak milik tanah dipercepat

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

Abdul Ghafaar Atan (kanan) menyampaikan surat hak milik tanah kepada salah seorang peserta Felcra sambil diperhatikan Bung Mokhtar Radin (dua dari kanan) dalam majlis penyampaikan geran hak milik tanah di Jasin, Melaka, kelmarin.

ALOR GAJAH 28 Sept. - Kerajaan negeri akan mempercepatkan proses pengeluaran geran hak milik tanah kepada 248 peserta Felcra di Seri Mendapat, Jasin tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan pejabat Daerah dan Tanah Jasin untuk mempercepatkan proses tersebut.

Menurutnya, pemberian geran hak milik tanah itu perlu disegerakan bagi mengelak peserta menunggu lama untuk memiliki geran mereka.

''Kerajaan negeri mengemaskini sistem bagi mempercepatkan proses pengeluaran surat hak milik tanah sebagaimana dijanjikan.

''Cuma proses ini memakan masa yang agak lama tetapi saya yakin pejabat Daerah dan Tanah Jasin dapat menyegerakannya.

''Tinggal 248 peserta Felcra di Seri Mendapat yang merupakan kumpulan terakhir daripada 5,141 peserta yang akan menerima hak milik tanah mereka tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan surat hak milik tanah kepada 106 peserta Projek Felcra Berhad Bukit Sedanan, Selandar di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ramlee Abu Bakar.

Dalam pada itu Abdul Ghafaar mengingatkan semua peserta Felcra Bukit Sedanan agar tidak menjual tanah mereka kepada pihak lain.

''Mereka menanti terlalu lama dan akhirnya impian mereka memiliki tanah sendiri menjadi kenyataan dan adalah tidak wajar jika ada di antara peserta berhasrat ingin menjualnya," katanya.

Beliau menjelaskan, tanah yang dimiliki peserta masih menjadi sumber pendapatan tambahan kerana diusahakan oleh Felcra Berhad dengan pegangan purata seluas 2.4 hektar setiap seorang.

SWM bersihkan dua lokasi tumpuan awam

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

SEREMBAN 28 Sept. - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) melaksanakan operasi pembersihan khas di Taman Damai, Gemas dan di kawasan Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau bagi memastikan persekitarannya sentiasa bersih dan bebas daripada sampah sarap.

Pengurus Negeri SWM, Mahadi Abd. Talib berkata, lokasi di Taman Damai, Gemas itu dipilih kerana memerlukan perhatian dan tindakan pembersihan memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan kediaman.

''Di situ terdapat kawasan terbiar milik pemaju perumahan yang telah menjadi kawasan longgokan sampah haram dan semak samun sehingga meresahkan penduduk," katanya di sini hari ini.

Kawasan pentadbiran di Rembau pula merupakan lokasi tumpuan orang ramai dan penjawat awam yang bertugas di kompleks pentadbiran tersebut.

''Di Rembau, pihak operasi SWM telah menghantar sejumlah 18 orang pekerja bagi melaksanakan kerja pembersihan melibatkan pemotongan rumput di seluruh kawasan kompleks, pembersihan sisa kayu, pembersihan kerb (bendul jalan) di sepanjang laluan pejalan kaki dan pembersihan longkang di sekitar kawasan tersebut.

''Rumput di tepi kerb yang dipotong dengan menggunakan mesin dibersihkan dan kemudian diracun bagi mengelakkan rumput atau rumpai tumbuh semula dalam tempoh yang singkat.

''Selain itu, pekerja juga membersihkan pasir atau tanah yang berkumpul di tepi kerb," katanya.

Di Gemas pula, pihaknya menghantar 10 pekerja bagi melaksanakan kerja yang sama dengan menggunakan sebuah jentera RORO (Roll On, Roll Off) untuk mengeluarkan sejumlah tujuh tan sampah dari kawasan itu.

''Selain itu, kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan longkang turut dilaksanakan supaya di kawasan itu benar-benar bersih," katanya.

Sehubungan itu, Mahadi berkata, penduduk dan orang ramai dinasihatkan untuk lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sampah dengan memastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat