Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Tahaluf siyasi perlu dipercepat Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Sept. - Cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib supaya mengkaji semula tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang perlu diperhalusi dan dipercepatkan oleh pemimpin tertinggi demi kepentingan parti tersebut. Ahli Pas Cawangan Repuh, Arau, Hussin Hassan berkata, cadangan itu perlu dikaji semula untuk melihat apabila Pas berganding dengan DAP, adakah akan memberi jaminan bahawa mereka juga mementingkan Islam. ''Ini kerana kita sentiasa mementingkan perhubungan dalam Islam dan bagi memastikan parti DAP membantu dalam isu yang baik, maka tahaful siyasi ini wajar diadakan segera. ''Saya menyokong sepenuhnya cadangan tersebut dan berharap perkara ini akan diusulkan pada Muktamar Pas demi kebaikan parti," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya mencadangkan agar Pas segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi parti itu serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang. |
Guan Eng: 2 ahli DAP fail writ saman Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT Oleh FARABI SAID Beberapa ahli DAP mengangkat sepanduk dan kain rentang semasa mengadakan demonstrasi aman di Dataran Seremban semalam. SEREMBAN 28 Sept. - Dua ahli DAP telah memfailkan dua writ saman terhadap Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dijadualkan berlangsung esok. Writ saman yang dikemukakan oleh Setiausaha DAP cawangan Ladang Paroi, K. Mahendran serta Pengerusi DAP Taman Dahlia, Seremban, Richard Francis kira-kira 4.30 petang semalam meminta Guan Eng menyenaraikan 2,576 nama yang akan menghadiri pemilihan selain membuktikan 3,561 notis yang telah dihantar kepada delegasi bagi menghadiri CEC berkenaan. Richard ketika ditemui pemberita menjelaskan, sehingga kini kedua-dua perkara berkenaan masih gagal untuk dikemukakan bukan sahaja kepada ahli malah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) walaupun telah berkali-kali di minta. ''Jadi selaku ahli yang sah untuk menghadiri CEC, kami bertegas meminta mereka mengemukakan kedua-dua bukti berkenaan tersebut di mahkamah dan jika benar, mereka tidak perlulah lambat atau berdolak dalik mengenai perkara itu," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di Dataran Seremban bersama lebih 30 ahli parti DAP dekat sini hari ini yang turut dihadiri oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass. Dalam pada itu, David ketika ditemui pemberita juga memberitahu, beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin tertinggi DAP yang menganggapnya sebagai pengkhianat menerusi satu surat notis berserta pesanan yang diterimanya baru-baru ini. Katanya, segala usaha yang dibuat selama ini adalah untuk membersihkan imej parti yang tercalar berhubung penyelewengan CEC pada tahun lalu sehingga menyebabkan jawatan kuasa sedia ada tidak sah oleh ROS. ''Dalam surat ini juga secara terang-terangan menyalahkan ROS yang dikawal oleh UMNO. Mengapa kenyataan ini perlu dibangkit sedangkan yang membuat laporan adalah saya? Jadi, salahkah saya mendedahkan perkara yang benar?," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |