{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pas bantah kenyataan Karpal

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pas membantah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama termasuk Pas yang merupakan sekutu rapat DAP dibatalkan pendaftarannya.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan Karpal yang dianggap banyak pihak sebagai meludah ke langit setelah DAP sendiri dilihat merupakan parti cauvinis Cina, sebagai serius serta berbahaya.

Begitupun, Pas dilihat masih takut-takut untuk mendesak Karpal dikenakan hukuman selepas Tuan Ibrahim sekadar menyerahkan perkara itu kepada DAP untuk memutuskan tindakan sewajarnya diambil.

Malah, Tuan Ibrahim juga langsung tidak berani menyentuh mengenai pendirian Pas untuk keluar daripada pakatan pembangkang meskipun kenyataan yang berunsur penghinaan itu telah banyak kali dibuat pemimpin DAP.

Walau bagaimanapun, parti mengakui kenyataan Karpal itu boleh merosakkan hubungan baik antara Pas dan DAP selain menjejaskan sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang.

Pas sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini yang memperlihatkan betapa Karpal gagal memahami perjuangan Pas. Karpal sepatutnya mengemukakan fakta, bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Karpal menegaskan, parti politik termasuk Pas serta pertubuhan profesional yang berteraskan kaum dan agama tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana beliau menganggap perkara itu berbahaya kepada Malaysia.

Sebelum ini, Karpal telah berulang kali mempersenda dan memperkecil Pas termasuk mencabar parti itu melangkah mayatnya terlebih dahulu jika berhasrat mahu mewujudkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut membandingkan kewujudan parti Pas dengan kenyataan yang dibuat Karpal.

Apakah bahaya perjuangan Pas bagi masyarakat majmuk di Malaysia? Nilai sendiri pemerintahan Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah dari segi perpaduan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim. Apakah bukan Islam dipinggirkan," katanya.

Tiada hak cadangkan bubar pendaftaran

Posted: 06 Nov 2013 11:56 AM PST

KUALA TERENGGANU 6 Nov. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini membidas Karpal Singh dengan menyifatkan Pengerusi DAP itu tidak berhak sama sekali menyarankan Pas dibubarkan pendaftarannya.

Sebaliknya, Harun membalas balik teguran Karpal itu dengan mencadangkan DAP yang sepatutnya dibubarkan sekiranya merasakan parti perlu berbuat demikian kerana berasaskan kaum dan agama seperti mana didakwa.

Beliau turut menolak dakwaan pemimpin DAP itu kononnya parti-parti lain yang berasaskan kaum dan agama termasuk Pas dikatakan tidak sesuai diamalkan di negara ini dan berbahaya.

"Apa yang bahayanya, parti Pas tidak membahayakan sesiapa. Hakikatnya, Pas adalah sebuah parti yang berasaskan Islam untuk menyatupadukan rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

"Malah sebelum datangnya Islam, manusia dalam keadaan berpuak-puak dan berpecah belah, sehinggalah Allah turunkan Nabi Muhammad yang akhirnya berjaya menyatukan umat manusia di bawah panji Islam.

"Jadi, dia (Karpal) tak ada hak cadangkan agar Pas dibubar pendaftaran, tapi dia (DAP) yang patut dibubarkan, bukan Pas dan kalau dia (Karpal) rasa DAP patut dibubar, terpulanglah kepada mereka," katanya di sini hari ini.

Harun diminta mengulas saranan Pengerusi DAP itu semalam bahawa semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama di negara ini termasuk Pas perlu dibatalkan pendaftarannya.

Menurut Karpal, parti politik dan pertubuhan seumpama itu tidak sesuai diamalkan di negara ini selain berbahaya dan ia perlu diubah atau dibatalkan supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, sepatutnya parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama tidak dibenarkan kerana ia sesuatu yang serius.

Harun seterusnya menjelaskan, dasar terbuka Pas terhadap bukan Islam terbukti dengan kewujudan sayap Himpunan Penyokong Pas di kalangan bukan Islam yang berjaya menyatupadukan antara kaum.

Beliau menegaskan, Pas sejak awal penubuhannya lagi sentiasa menggalakkan perdamaian antara pelbagai bangsa dan agama sekali gus menolak pergolakan dan peperangan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat