Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Shalwati Norshal gembira dapat sokongan dari tanah air
- Pemeriksaan Puspakom longgar terhadap bas kemalangan
- Pereka dan industri perlu saling bekerjasama - TPM
Shalwati Norshal gembira dapat sokongan dari tanah air Posted: 28 Jan 2014 03:15 AM PST STOCKHOLM 28 Jan. - "Anak guam saya amat gembira kerana mendapat sokongan dari tanah airnya. Beliau OK dan saya telah berjumpa dengannya beberapa kali," kata peguam bela bagi Shalwati Norshal, yang ditahan di sini. Peguam Sweden itu, Kristofer Stahre, berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan Malaysia hari ini mengenai keadaan terkini Shalwati dan suaminya, yang turut ditahan pihak berkuasa Sweden kerana dituduh mendera kanak-kanak. Terdahulu, Stahre mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Biro Pengaduan Masyarakat Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous dan timbalannya, yang juga pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. Shalwati, seorang guru yang mengambil cuti tanpa gaji, dan suaminya pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem Awalludin, ditahan sejak 18 Disember tahun lepas kerana dituduh memukul tangan seorang daripada empat anak mereka yang tidak menunaikan solat. - BERNAMA |
Pemeriksaan Puspakom longgar terhadap bas kemalangan Posted: 28 Jan 2014 02:36 AM PST KUALA LUMPUR 28 Jan. - Panel Penasihat Bebas kepada Menteri Pengangkutan mendapati kaedah pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terhadap bas yang terlibat dalam nahas di Genting Highlands pada 21 Ogos lepas, adalah longgar. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammddin Tun Hussein berkata, dokumen teknikal seperti Prosedur Operasi Standard (SOP), peraturan, undang-undang dan panduan teknikal yang digunakan dalam pemeriksaan kenderaan sebagai rujukan juga tidak dikemas kini dan tidak dimaklumkan secara jelas kepada orang ramai dan pihak berkepentingan. Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata panel juga mendapati wujud kelemahan kaedah yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dalam memberi kelulusan lesen operasi perkhidmatan kenderaan awam. "Dalam konteks ini, SPAD meluluskan lesen operasi kenderaan tanpa mengambil kira keperluan spesifik tertentu seperti keadaan persekitaran jalan raya yang berbukit dan kapasiti penumpang berdiri yang dibenarkan untuk bas henti-henti," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan laporan panel penasihat bebas itu oleh pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. - BERNAMA |
Pereka dan industri perlu saling bekerjasama - TPM Posted: 28 Jan 2014 02:20 AM PST KUALA LUMPUR 28 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru perkongsian pintar diwujudkan antara pereka dan pihak industri agar idea yang diketengahkan dapat diterjemahkan kepada produk yang memberi manfaat kepada rakyat serta negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, agensi kerajaan berkaitan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diharap dapat memberi keutamaan kepada usaha ini melalui penyediaan dana yang bersesuaian. "Pihak industri yang berminat bolehlah diajak berunding bersama sehingga idea-idea tersebut mampu dikomersialkan. "Saya yakin kita akan dapat melihat wujudnya situasi menang-menang antara pereka, agensi perkhidmatan awam dan industri yang boleh menyumbang terhadap peningkatan sosioekonomi negara," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Rekabentuk Nasional 2013 (Peringkat Universiti) di Menara Matrade di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |