{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Kenaikan cukai MPKK patut

Posted: 27 Jan 2014 10:56 AM PST

Oleh HASHIM P. MAMAT
pengarang@utusan.com.my

SUNGAI SIPUT 27 Jan. - Kenaikan cukai taksiran dua peratus terhadap premis oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) disifatkan sebagai relevan dan mengikut keperluan semasa.

Yang Dipertua MPKK, Abdul Halim Abdul Hamed berkata, kenaikan yang bermula Januari tahun ini bertujuan menampung perbelanjaan majlis perbandaran berkenaan dan jumlahnya sangat kecil berbanding kadar yang dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah lain.

Katanya, berdasarkan peraturan yang ditetapkan, pihak berkuasa tempatan berhak membuat semakan semula cukai taksiran premis sekali dalam tempoh lima tahun.

"MPKK telah 30 tahun tidak membuat semakan semula dan apabila dilakukan, hanya dua peratus kenaikan sahaja yang dicatatkan. Semakan dan kenaikan kadar cukai ini adalah sejajar dengan perkembangan perkhidmatan diberikan oleh pihak majlis perbandaran.

"Jika dibandingkan dengan perkhidmatan majlis termasuk mengangkut sampah, mencuci longkang dan membersihkan persekitaran perumahan serta bil-bil lain adalah jauh lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Gotong-royong Perdana Parlimen Sungai Siput Tahun 2014 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh ADUN Lintang, Datuk Zulkifli Harun.

Mengulas mengenai demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang di pasar Jumaat di sini kelmarin, Abdul Halim memberitahu, kumpulan itu tidak tahu kedudukan sebenar cukai taksiran yang dikenakan.

"Mereka hanya mengambil kesempatan di pasar yang ramai orang untuk mencari pengaruh, sedangkan sebahagian daripada yang terlibat itu tidak terlibat secara langsung dengan kenaikan berkenaan," jelas beliau.

PBT perlu jadi penghubung kerajaan, rakyat

Posted: 27 Jan 2014 10:56 AM PST

KUALA KANGSAR 27 Jan. - Ahli-ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran menjadi penghubung, sumber rujukan dan penyebar dasar-dasar serta matlamat antara pihak kerajaan dengan rakyat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Abdul Halim Hamed berkata, ahli-ahli majlis perbandaran negeri Perak berperanan sebagai agen yang sangat penting dalam hieraki sesebuah PBT dan menjadi pendokong dasar pembangunan negara serta negeri secara amnya.

Katanya, sumbangan dan komitmen setiap ahli adalah mustahak bukan sahaja sebagai wakil kepada pihak kerajaan tetapi juga untuk menjaga imej kerajaan secara keseluruhan.

"Bukan bermaksud mereka boleh mengambil sebarang tindakan sesuka hati, tetapi lebih kepada menjadi orang tengah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

"Tugas kakitangan PBT adalah sebagai penyampai, jurucakap orang perantara membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi orang ramai," katanya ketika berucap dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli MPKK di sini hari ini.

Yang turut hadir Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Datuk Seri Wan Mohd. Fathier Wan Hussin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; ADUN Chenderoh, Zainun Mat Noor; ADUN Manong, Mohd. Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Seramai 18 orang dengan diketuai oleh Abdul Halim mengangkat sumpah sebagai Ahli MPKK berkuatkuasa 1 Januari lalu sehingga Disember 2016.

Menurut Abdul Halim, ahli PBT tidak boleh bersikap acuh tak acuh terhadap sebarang keputusan dan tindakan yang dilaksanakan oleh PBT kerana mereka terlibat dalam proses membuat dasar.

Katanya, sikap tersebut amat bercanggah sama sekali dengan hasrat kerajaan sekiranya ahli-ahli PBT tidak jujur, angkuh dan sombong ketika melaksanakan tanggungjawab.

"Komunikasi antara pentadbir, ahli majlis dan masyarakat amat penting, bukan saling tuduh menuduh yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, sedangkan matlamatnya tidak sampai seperti dimaksudkan," ujar beliau.

Polis cadang aktifkan latihan rawatan kecemasan

Posted: 27 Jan 2014 10:56 AM PST

Mazlan Kesah (tengah) dan B. J. Yeang (kiri) melepaskan ambulans sebagai simbolik majlis pelancaran perkhidmatan ambulans 24 jam sempena Tahun Baharu Cina 2014 di Pulau Pinang, kelmarin.

PULAU PINANG 27 Jan. - Polis negeri bercadang mengaktifkan semula program latihan kecemasan kepada para anggotanya bagi memastikan usaha menyelamat mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau kecederaan dapat dilakukan seawal mungkin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, langkah itu perlu memandangkan dalam kebanyakan kes kecemasan, anggota polis merupakan pasukan keselamatan terawal yang tiba di lokasi kejadian.

Tegasnya, dengan adanya anggota terlatih dalam pertolongan kecemasan, mangsa-mangsa yang terlibat boleh diberikan rawatan segera oleh anggota berkenaan.

"Latihan seumpama ini pernah diadakan dahulu dan mungkin sudah sampai masanya ia diaktifkan semula bagi membolehkan anggota-anggota polis yang tiba awal di lokasi kejadian memberikan rawatan kecemasan sementara menanti kehadiran petugas perubatan dan ambulans," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Perkhidmatan Ambulans 24 jam Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) negeri sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi PBSM negeri, Datuk B. J. Yeang.

Mazlan dalam pada itu berkata, latihan berkenaan juga penting bagi memastikan rawatan kecemasan awal dapat diberikan kepada mangsa yang cedera ketika di lokasi kejadian.

"Kita harus bersama dalam usaha menyelamatkan mangsa yang terlibat terutamanya mereka yang menjadi mangsa jenayah," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat