{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Lagi kejadian bot karam

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my

MANGSA bot karam yang selamat berada di tepi sungai memerhati pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Sian, Bintagor, Sarikei, Sarawak, semalam.

SARIKEI 24 Jan. - Belum pun reda tragedi perahu panjang karam di Sungai Lassa, Daro di Mukah Sabtu lalu, tragedi sama berlaku lagi hari ini melibatkan sebuah bot penumpang di Sungai Sian, Bintangor di sini, menyebabkan seorang hilang dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, seramai 17 penumpang daripada bot berkenaan dapat diselamatkan oleh krew sebuah kapal tongkang yang melalui kawasan tersebut.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Tengah, Abdul Mutalib Rashid berkata, mangsa yang hilang ialah Kenny Bisa, 28, berketurunan Iban.

Katanya, mangsa menaiki bot 1AZAM bersama penumpang yang lain dan dalam perjalanan menuju ke Nangga Bangkit, Bintangor, sebelum dipukul ombak besar dari kapal tongkang tersebut.

"Kesemua penumpang diselamatkan oleh krew tongkang terbabit kecuali mangsa yang hilang dipercayai dibawa arus sungai. Sehingga pukul 4 petang, mangsa masih belum ditemui.

"Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua penumpang berkenaan dipercayai dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian di situ.

"Jarak perjalanan dari jeti Bintagor ke rumah panjang di Nangga Bangkit ialah kira-kira 30 kilometer atau 40 minit perjalanan menggunakan bot," katanya.

Menurut Abdul Mutalib, selain faktor cuaca, bot penumpang itu dipercayai tenggelam berikutan lebihan muatan kerana selain 18 penumpang termasuk juragan dipercayai mereka turut membawa dua beg simen masing-masing seberat 100 kilogram.

Penjenayah dikehendaki mati ditembak

Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST

ACRYL Sani Abdullah Sani menunjukkan sepucuk pistol Norinco dan lapan biji peluru hidup dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak, semalam. - BERNAMA

TAIPING 24 Jan. - Seorang penjenayah yang merupakan dalang utama kes cubaan samun dan menembak dua beranak di Taman Sejahtera dekat Kampar, Julai tahun lalu mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Banjar di Teluk Intan, semalam.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, suspek, S. Sasikumar, 31, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi bertindak memecut untuk meloloskan diri daripada sekatan oleh pasukan Op Cantas Khas Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek yang berasal dari Teluk Intan itu kemudian dikejar polis sehingga ke Lorong Berlian 2 dekat Taman Koperasi sebelum kenderaan tersebut terbabas.

Katanya, semasa polis menghampiri kenderaan suspek, lelaki tersebut telah keluar dari kereta dan bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan itu.

"Polis terpaksa mempertahankan diri dengan membalas tembakan hingga menyebabkan lelaki itu mati di tempat kejadian.

"Pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri tetapi hasil semakan cap jari mendapati suspek merupakan individu yang diburu untuk siasatan lima kes termasuk samun, bunuh dan curi kenderaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, pemeriksaan ke atas suspek yang turut memiliki enam rekod jenayah lampau menemukan sepucuk pistol jenis Norinco, satu kelopak berisi lapan butir peluru hidup dan sebungkus plastik berisi daun kering disyaki ganja.

"Semakan ke atas kenderaan suspek pula mendapati kereta itu didaftarkan atas nama individu lain di Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, tiada laporan kehilangan dibuat atas kenderaan tersebut.

"Kejayaan menumpaskan suspek utama yang juga ahli Geng 04, berjaya melumpuhkan kumpulan yang paling dikehendaki di negeri ini yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan," ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan suspek dan dua rakannya yang bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pistol telah menyerbu masuk ke sebuah rumah di Taman Sejahtera dekat Kampar.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, kumpulan suspek yang menyamun beberapa barang berharga termasuk kunci trak pikap jenis Toyota Hilux bertindak menembak mangsa yang cuba menghalang mereka daripada menghidupkan enjin kenderaan berkenaan dengan parang.

Tembakan itu menembusi perut mangsa sehingga terkena paha kanan anak lelakinya yang berusia 13 tahun.

Kumpulan suspek tersebut kemudian melarikan diri sebelum mereka dilaporkan merompak trak pikap jenis Toyota Hilux milik lelaki lain di Jalan Kampar-Langkap kira-kira setengah jam selepas itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat