{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Bermewah di sebalik bajet defisit

Posted: 01 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselar kerana menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L di sebalik bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut-turut.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan, tindakan bermewah-mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai angkuh dan hipokrit kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti rakyat.

"Apabila Pulau Pinang mengalami bajet defisit, Guan Eng sepatutnya tunjuk contoh pemimpin yang baik untuk berjimat-cermat tetapi ini tidak, dia pula yang berlebih-lebih dengan kereta mewah baharu.

"Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan sebelum ini masih baik lagi, kenapa pula dia hendak tukar sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun hanya menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengumumkan Guan Eng menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218 sekiranya tiada potongan cukai.

Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri itu menukarkan kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.

Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011).

Menurut Tunku Abdul Aziz, Guan Eng cukup licik memanipulasi emosi penduduk Pulau Pinang dan kaum Cina untuk membenci dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) namun pada yang sama mengambil kesempatan daripada kuasa yang dimilikinya untuk mengaut kemewahan.

"Saya ada lihat gambar Guan Eng keluar daripada kereta baharu itu, muka dia tersenyum lebar.

"Bagi saya, Guan Eng dan DAP tiada prinsip, kalau mereka sudah boros dan bermewah dengan kuasa hanya di peringkat negeri, saya rasa perkara lagi teruk berlaku sekiranya mereka berkuasa di Putrajaya," katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman pula menganggap Guan Eng seperti meludah ke langit memandangkan beliau pernah mengkritik tindakan Kerajaan Negeri Terengganu membeli kereta jenama serupa pada 2008 bagi tujuan sama.

Katanya, Guan Eng sepatutnya berasa malu dengan keputusan itu kerana beliau sendiri sebelum ini menyifatkan pembelian kereta mewah untuk kegunaan rasmi merupakan pembaziran.

Sehubungan itu, beliau mendesak Ahli Parlimen Bagan berkenaan tidak menggunakan hak-hak serta keistimewaan selaku Ketua Menteri sebagai alasan bagi mewajarkan pembelian kereta mewah tersebut.

"Kalau mahu gunakan kereta Mercedes, teruskan sahaja, tidak perlu berdolak-dalik. Mengapa apabila orang lain mengambil tindakan serupa beliau kutuk dan selar tetapi untuk beliau sendiri dikatakan sebagai hak?

"Cuma dalam isu pembelian ini, kita lihat wujud ketidakcekapan pengurusan kewangan negeri kerana tidak sampai tiga bulan membeli Toyota Camry 2.5, kerajaan negeri membeli pula sebuah Mercedes-Benz," tegas Zainal Abidin.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, Selangor, R. Vellasamy berkata, Guan Eng tidak memikirkan nasib rakyat miskin di Pulau Pinang apabila memilih untuk menggunakan kereta mewah itu.

"Nampak sangat dia cuma fikirkan kepentingan diri sendiri dan bukan mengenai banyak masalah rakyat yang masih belum selesai," katanya.

Katanya, tindakan bermewah oleh Guan Eng itu sama sahaja dengan kerajaan pembangkang di Selangor yang menaikkan gaji Menteri Besar dan Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) sebelum benar-benar memajukan negeri itu.

Jelaskan percanggahan jumlah perwakilan

Posted: 01 Jan 2014 11:04 AM PST

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak menjelaskan percanggahan jumlah perwakilan yang terlalu ketara antara pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September 2013 dengan pemilihan pada 15 Disember 2012.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong (gambar) berkata, pemilihan semula CEC itu menimbulkan persoalan kerana jumlah perwakilan yang hadir adalah dari 985 cawangan iaitu lebih besar berbanding 865 cawangan pada pemilihan asal tahun 2012.

Berikut adalah kenyataan penuh Lum Yong:

l Kita minta Lim Guan Eng beri penjelasan mengapa wujud kehadiran perwakilan dari 985 cawangan semasa Kongres 29 September 2013 sedangkan kehadiran perwakilan semasa Kongres 15 Disember 2012 hanya dari 865 cawangan. Kita semua mahu tahu mengapa pihak urus setia DAP buat pengesahan yang berbeza dalam isu jumlah cawangan yang hadir?

l Kita mahu tahu cerita sebenar mengenai aduan-aduan yang telah dibuat kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (Ros) oleh ahli-ahli DAP kaum Cina. Mereka membuat aduan mengatakan wujud penipuan, penyelewengan dan manipulasi undi semasa pemilihan CEC pada tahun 2012 dan 2013. Lim Guan Eng perlu buat penafian secara terbuka dalam perkara ini dan tidak bisu sahaja.

l Kita mahu tahu mengapa Lim Guan Eng sama ada enggan atau takut hendak memberi senarai 2,576 perwakilan dan juga senarai 985 cawangan kepada pihak Ros untuk siasatan lanjut.

l Mengapa Lim Guan sering bercakap pasal ketelusan tetapi takut memberi maklumat bagi membantu pihak Ros menyiasat aduan-aduan dan dakwaan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Ternyata Lim Guan Eng mahu tutup sesuatu yang agak serius.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat