Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Posted: 01 Jan 2014 11:04 AM PST Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK KUALA LUMPUR - Selepas mengharungi banyak detik tidak menggembirakan sepanjang 2013, bintang penyerang kebangsaan, Safee Sali (gambar) memasang tiga impian yang diharap dapat dipenuhi pada tahun baharu 2014. Menurut penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu, dia mahu melupakan episod pahit menghambat dirinya sepanjang 2013 dan membuka lembaran baharu. Impian pertama Safee tahun ini, adalah mencari kebahagiaan dalam rumah tangga selepas melangsungkan perkahwinan kali kedua pada 28 Disember lalu. Perkara kedua yang diimpikan pemain yang genap 30 tahun pada 28 Januari ini adalah memastikan, kariernya yang suram ketika bersama Johor Darul Tazim (JDT) tahun lalu mampu kembali bersinar. Melengkapkan tiga impian Safee tahun ini, dia berharap kedudukannya dalam skuad kebangsaan tidak tergugat walaupun Harimau Malaya bakal bertukar teraju dengan Datuk Ong Kim Swee bertindak sebagai jurulatih sementara menggantikan Datuk K. Rajagobal. Apa yang terjadi biarlah terjadi, saya akan jadikan ia sebagai satu coretan perjalanan hidup saya. Bagi azam tahun baharu ini saya pasang tiga impian, yang pertama saya mahu membuat yang terbaik bersama pasukan yang saya wakili sekarang. Kedua, ingin melihat karier bola sepak saya semakin berkembang. Saya akan beri komitmen baik terhadap pembangunan bola sepak negara. Ketiga pula, saya harap perjalanan peribadi saya menjadi lebih tenang," katanya semalam. Penyerang sensasi negara itu mengakhiri zaman dudanya tahun lalu adengan memilih wanita yang dikenali sebagai Sasha, berasal dari negara seberang, Indonesia. Safee pernah mewakili Pelita Jaya dan Arema Cronous dalam Liga Super Indonesia pada 2011 hingga 2012, dan kini dia menyambung kontrak bersama pasukan (JDT) untuk bersaing dalam Liga Super Malaysia musim ini. Meskipun mewakili JDT pada musim lalu, namun dia seringkali diletakkan di bangku simpanan ekoran beberapa kecederaan yang dialaminya. Dalam pada itu, Sefee turut bertekad merebut tempat bersama barisan Harimau Malaya memandangkan skuad negara kini dipacu oleh Kim Swee. Ketika pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Rajagobal, Safee sering dilabel sebagai anak emas kerana sering menjadi pilihan ketua jurulatih kebangsaan itu biarpun melalui karier yang suram bersama pasukan negeri. |
Posted: 01 Jan 2014 11:04 AM PST Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK SKUASY antara sukan paling menyerlah pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou apabila menyumbangkan tiga pingat emas menerusi acara individu lelaki dan wanita serta berpasukan wanita. KUALA LUMPUR - Datuk Seri Zolkples Embong mengharungi Sukan Asia dan Komanwel pertamanya sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) pada 2010 dengan cukup berjaya. Kontinjen Malaysia memenuhi sasaran pada kedua-dua temasya apabila membawa pulang sembilan dan 12 pingat emas. Selepas empat tahun berlalu dan tujuh tahun bergelar Ketua Pengarah MSN, sudah tentu Zolkples tidak mahu Sukan Asia dan Komanwel kali ini menemui kegagalan, justeru beliau menganggap 2014 sebagai tahun yang paling mencabar. Katanya lagi, jarak di antara Sukan Asia dan Sukan Komanwel kali ini yang begitu pendek menambah lagi cabaran MSN. Sukan Asia di Incheon, Korea berlangsung dari 9 September hingga 4 Oktober, hanya sebulan selepas Sukan Komanwel diadakan di Glasgow dari 23 Julai hingga 3 Ogos. Namun begitu jelasnya, pihak MSN telah merangka persiapan awal untuk jangka masa panjang bagi menghadapi kedua-dua temasya penting itu. "Program 2011 hingga 2014 akan masuki fasa akhir. Tahun ini juga lebih mencabar kerana jarak antara kedua temasya ini sebulan sahaja berbanding dulu, kita ada jarak beberapa bulan. "Ada atlet seperti badminton, terjun, berbasikal dan skuasy (yang berpeluang memenangi pingat) terpaksa dipilih dua kali dalam tempoh yang singkat. Ini bukan satu yang mudah. "Walaupun ramai atlet kita cemerlang di Myanmar, cabaran di Sukan Asia dan Komanwel berbeza. Banyak sukan bertaraf dunia di kedua temasya ini. "Contohnya sukan terjun, di mana China merupakan pengeluar produk terbaik dunia, begitu juga dengan badminton. Jadi, memang saingan amat sukar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam. Sepanjang berada di bawah tapuk pimpinan Zolkples sejak 2007, pencapaian kontinjen negara dilihat semakin berkembang dengan meraih pingat perak menerusi Datuk Lee Chong Wei dalam badminton di Sukan Olimpik Beijing 2008. Malah pencapaian negara diperbaiki lagi di Olimpik London 2012 apabila Chong Wei sekali lagi meraih perak, manakala gangsa pula diraih Pandelela Rinong dalam terjun. Dalam masa sama, Zolkples melihat Malaysia gah melangkah maju setelah mencatat sejarah terbaik dalam Sukan Asia 2010 Guangzhou, China dengan membawa pulang sembilan emas, sementara Sukan Komanwel New Delhi, India (12 emas). Tambahnya, ekoran beberapa atlet kini bersara, beliau mengharapkan agar prestasi pengganti mereka dapat dipertingkatkan untuk meneruskan kecemerlangan 2010 dalam kedua-dua temasya. "Di Guangzhou, saya merupakan Chief de Mission (CDM). Ramai atlet berada di kemuncak prestasi pada masa itu seperti Azlan Iskandar, Ku Jin Keat, Puvaneswaran, Chai Fong Ying, Arrico Jumitih dan Amirul Hamizan, tetapi kini ramai sudah bersara," ujarnya lagi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |