{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Program SeJiwa akan diperluas

Posted: 19 Jan 2014 11:20 AM PST

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR PUTEH 19 Jan. - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan berusaha memperkasakan penglibatan golongan wanita di seluruh kawasan Rukun Tetangga (RT) negeri ini.

Pengarahnya, Safidah Abu Bakar berkata, itu merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita secara aktif dalam komuniti setempat.

Beliau berkata, bagi mencapai matlamat itu, akan memperluaskan penubuhan Skuad Elit Jiran Wanita (SeJiwa) ke 10 daerah dengan menjadikan kejayaan SeJiwa yang dilaksanakan di RT Padang Selising, Machang pada 2012 sebagai model.

Beliau berkata, rangka konsep penubuhan skuad yang dilaksanakan di Kelantan itu adalah perintis yang turut dipersetujui oleh ibu pejabat jabatan itu untuk diperluaskan ke seluruh negara.

"Sebelum ini, program ini dikenali sebagai Jiran Wanita tetapi menerusi penjenamaan semula ia dikenali sebagai SeJiwa bagi memastikan peranan dan aktiviti sukarela golongan wanita lebih berfokus.

"Bukan setakat menyediakan makanan dan minuman pada aktiviti tertentu sebagaimana sebelumnya, tetapi bertaraf intelektual dan profesional," katanya selepas merasmikan penubuhan SeJiwa peringkat daerah Pasir Puteh di Wisma Tuah, dekat sini hari ini.

Safidah berkata, Jiran Wanita kini perlu tampil sebagai ejen perubahan, penyatuan masyarakat dan penggerak ekonomi dalam komuniti dalam mencapai hala tuju JPNIN untuk melestarikan perpaduan serta integrasi nasional.

"Ini termasuk membenarkan golongan itu untuk menjalankan rondaan malam menerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebelum pukul 12 tengah malam selain menjadi benteng keselamatan bagi melaporkan kegiatan jenayah yang berlaku pada waktu siang kepada pengurusan RT atau pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya, dalam aspek peningkatan ekonomi, SeJiwa RT Padang Selising, Machang adalah contoh terbaik membantu meningkatkan pendapatan wanita menerusi projek penghasilan makanan segera seperti kerepek ikan dan jahitan yang menghasilkan telekung.

"Ia bukan sahaja memberi impak meningkatkan martabat Jiran Wanita tetapi berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada ibu tunggal yang memerlukan pembelaan.

"Menerusi SeJiwa juga, perkongsian pintar dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi program Amanita di seluruh daerah akan ditingkatkan.

"Malah, hubungan wanita yang menganggotai skuad ini dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan dimantapkan bagi mendapatkan kerjasama dan informasi membantu mencegah penyalahgunaan dadah dalam komuniti," katanya.

Kemiskinan bukan alasan abaikan pelajaran

Posted: 19 Jan 2014 11:20 AM PST

Idris Jusoh (dua dari kiri) beramah mesra dengan keluarga Sabariah Ramli (kanan) ketika mengunjungi keluarga miskin itu untuk menyerahkan bantuan persekolahan di Kampung Cherang Meliling, Besut, Terengganu, kelmarin.

BESUT 19 Jan. - Faktor kemiskinan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk gagal walaupun sering berlaku fenomena pelajar tercicir dan tidak dapat meneruskan persekolahan atau mengabaikan pelajaran.

Sebaliknya keadaan itu mungkin berpunca daripada kurangnya kesedaran ibu bapa atau anggota keluarga terhadap kepentingan pelajaran dan tiadanya rangsangan selain permasalahan dalam keluarga.

Bantuan dalam pelbagai bentuk disediakan untuk anak-anak dari keluarga miskin dan bermasalah, namun mereka mungkin tersisih dan tidak dapat digilap jika kehidupan sebenar mereka tidak didedahkan.

Justeru Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil inisiatif untuk meninjau sendiri kehidupan keluarga sebilangan pelajar yang dikenal pasti dengan turun padang bersama Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Ab. Halim Hassan.

Kelmarin, Idris yang juga Menteri Pendidikan II mengunjungi rumah 21 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang terpilih berpandukan kepada senarai yang disediakan oleh pihak sekolah.

Beberapa minggu lalu beliau bersama rombongannya turut mengunjungi keluarga pelajar di kawasan DUN Kota Putera, Jerteh dan Kuala Besut melibatkan sejumlah 165 keluarga dalam Parlimen Besut disenaraikan menerima bantuan tersebut.

Setiap keluarga yang terpilih oleh sekolah masing-masing menerima bantuan antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada bilangan anak yang bersekolah dan status keluarga.

Menerusi kunjungan dan berjumpa sendiri dengan keluarga itu memberi ruang yang lebih luas kepada mereka menyuarakan masalah yang membelenggu kehidupan.

Menurut Idris, langkah yang dijalankan bersama ADUN setiap kawasan itu bertujuan memastikan setiap pelajar miskin tidak tercicir dan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dalam pelajaran.

"Pihak sekolah juga perlu melaporkan dan mengambil inisiatif jika berlaku keciciran dalam kalangan pelajar golongan miskin ini. Jika tidak dapat diatasi mereka perlu melaporkannya kepada Kementerian Pendidikan," katanya.

Namun begitu beliau menambah, maklumat perlu diperoleh daripada sumber yang sah dan perlu juga ditapis supaya mereka yang benar-benar layak diberi bantuan.

Dua wakil rakyat gerakkan program ziarah

Posted: 19 Jan 2014 11:20 AM PST

Che Zulkifly Jusoh (kiri) bersama Sabri Mohd. Nor dan isterinya, Rashidah Abas (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan ketika menziarahi bapa Nor Hasimah Mat Yaacob yang terlantar sakit kerana menghidap barah rongga pipi di Kampung Baru Pak Ba, Sungai Tong, Setiu, Terengganu, baru-baru ini.

SETIU 19 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Datuk Sabri Mohd. Nor bersama Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh terus mengerakkan program ziarah dari rumah ke rumah bagi meninjau kehidupan penduduk setempat terutama kalangan yang tidak bernasib baik.

Mereka menziarah 27 penduduk kampung yang daif serta uzur di Kampung Bukit, Kampung Baru Pak Ba, Kampung Sungai Las, Tayur Tengah, Alur Lek dan Bukit Munduk untuk bertanya khabar selain menyampaikan sumbangan, baru-baru ini.

Yang turut hadir, isteri Sabri, Datin Rashidah Abas, isteri Che Zulkifly, Huzainah Mohamad dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Wan Nasiah Wan Majid.

Bagi seorang suri rumah, Nor Hasimah Mat Yaacob, 34, dia tidak menyangka dua orang wakil rakyat datang serentak melawat bapanya, Mat Yaacob Mahmod, 75, yang terlantar sejak tiga bulan lalu akibat penyakit kanser di rongga pipi.

Nor Hasimah merupakan anak sulung kepada Mat Yaacob yang tinggal di Kampung Baru Pak Ba menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada dua wakil rakyat itu kerana menziarah bapanya.

"Sebagai anak saya bersyukur dengan kecaknaan mereka yang datang bertanya khabar," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Nor Hasimah berkata, bapanya dikesan menghidap penyakit tersebut pada awal Oktober lalu dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selama 10 hari.

Katanya, penyakit bapanya itu semakin serius dan peluang untuk mengubatinya terlalu tipis menyebabkan dia meminta dengan pegawai perubatan di HSNZ untuk membenarkan bapanya dibawa pulang.

"Ketika ini bapa saya bergerak pun bergantung dengan anak- anak dan apa yang kita bercakap dia tidak mampu mendengar dengan baik serta penglihatan matanya semakin kabur," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat