Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
- Pengedar dadah diberkas
- Cubaan seludup pelbagai jenis sangkar burung gagal
- Tiga termasuk 2 beradik ditahan bersama dadah, daun ketum
Posted: 28 Jan 2014 11:04 AM PST Oleh ADNAN MOHAMAD AB. Rahman Raja Mohamad (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di Setiu, Terengganu, semalam. SETIU 28 Jan. - Seorang pengedar dadah ditahan dan sejumlah 131 botol heroin serta 4,000 pil kuda bernilai kira-kira RM200,000 dirampas di Kampung Nyatuh di sini, petang semalam. Suspek berusia 27 tahun dan berasal dari Kampung Keluang, Besut dan pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Machang dikatakan bergiat aktif dalam pengedaran bahan itu di beberapa kawasan di daerah ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ab. Rahman Raja Mohamed berkata, lelaki tersebut yang awalnya tidak mengendahkan arahan polis untuk memberhentikan kereta yang dipandunya. Menurut beliau, kira-kira pukul empat petang, sebuah kereta peronda secara kebetulan membuat rondaan di Kampung Saujana lalu terserempak dengan suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkannya berhenti. "Supek terus memecut kenderaan yang dipandunya dan setibaanya di kampung Nyatuh, dia meninggalkan kereta yang disewa lalu bersembunyi. "Semasa melarikan diri, suspek membuang sebuah beg yang mengandungi dadah di tepi sungai," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Bahagian Jenayah Narkotik Setiu, Inspektor Fauruz Azma Fauzi. Ab. Rahman memberitahu, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak sebelum ini pernah ditahan di PPA selama dua tahun sebelum dibebaskan pada 2011. "Kita dapati dia bukan seorang penagih dadah kerana melalui ujian air kencing yang dilakukan mendapati negatif, sebaliknya dia adalah seorang pengedar yang membekal barang terlarang itu kepada penagih di sini," katanya. Beliau berkata, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan itu boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut. |
Cubaan seludup pelbagai jenis sangkar burung gagal Posted: 28 Jan 2014 11:04 AM PST TUMPAT 28 Jan. - Cubaan seorang lelaki warga tempatan untuk menyeludup pelbagai jenis sangkar burung dan aksesorinya dari Thailand masuk ke negara ini gagal apabila dipatahkan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sebuah pangkalan haram di Kampung Simpangan, dekat sini semalam. Pemangku Pegawai Pemerintahnya, Inspektor Mohd. Hamdan Mustafa berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang itu, pihaknya telah menemui 110 buah sangkar burung pelbagai jenis dalam sebuah lori. Beliau berkata, turut dirampas ialah aksesori untuk sangkar tersebut seperti 'kepala cangkuk', 'mangkuk' dan pelapik. "Selain itu, kita berjaya menahan pemilik lori berkenaan yang berusia 32 tahun dan nilai keseluruhan barangan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM25,000. "Serbuan ini adalah hasil rondaan rutin yang dilakukan oleh anggota PPM di sepanjang sempadan Sungai Golok bermula di Kuala Takbai sehingga ke Kubang Pak Itam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Pengkalan Kubor, dekat sini hari ini. Mohd. Hamdan berkata, kesemua barangan rampasan tersebut akan diserahkan kepada pihak kastam untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, kata beliau, bermula 1 Januari sehingga semalam pihaknya telah merampas pelbagai barangan seludup berjumlah RM70,000. Tambahnya, kejayaan rampasan tersebut menjadi motivasi kepada anggotanya untuk terus berusaha mengekang aktiviti penyeludupan dan lintas sempadan di kawasan berkenaan. |
Tiga termasuk 2 beradik ditahan bersama dadah, daun ketum Posted: 28 Jan 2014 11:04 AM PST MOHD. Fadzir Manap (dua dari kiri) bersama empat pegawainya menunjukkan sepucuk senapang, peluru, beberapa paket ganja dan daun ketum yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Tanah Merah, Kelantan, kelmarin. - UTUSAN/IRWAN MAJID TANAH MERAH 27 Jan. - Tiga lelaki termasuk dua beradik dicekup polis ketika cuba melarikan diri bersama 11 bungkusan dan lima bakul berisi daun ketum seberat 93 kilogram selain pil kuda dan ganja di sebuah rumah di Kampung Maskura, Nibong, di sini semalam. Ketiga-tiga lelaki terbabit sebelum itu sedang berehat di luar rumah dua beradik tersebut sebelum bertempiaran lari ketika polis membuat serbuan. Dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu, sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa yang melakukan Op Cantas Khas itu turut merampas selaras senapang buatan sendiri dan 49 butir peluru termasuk peluru hidup .22 di rumah tersebut. Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Asisten Supritendan Mohd. Fadzir Manap berkata, tiga lelaki berusia antara 26 dan 28 tahun itu ditangkap selepas berlaku pergelutan. "Ketika anggota PGA berkenaan menghampiri rumah tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis itu, ketiga-tiga lelaki itu yang sedang duduk di luar rumah melarikan diri. "Salah seorang daripada mereka sempat membuang beberapa paket ganja di dalam telaga berhampiran rumah. Polis mengejar ketiga-tiganya dan berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan tidak jauh dari rumah tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini. Mohd. Fadzir berkata, hasil pemeriksaan anggota PGA menemukan 11 bungkus berisi daun ketum di luar rumah selain senapang dan sejumlah peluru manakala di dalam kediaman itu pula menjumpai lima bakul berisi daun ketum. "Anggota PGA juga menemukan 12 peket tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja termasuk sebahagiannya di dalam telaga dan enam tiub straw dadah jenis pil kuda. "Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 30(3) Akta Racun, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB dan Seksyen 6 ADB," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |