{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Awie, Erra, Ziana berkongsi pentas

Posted:

Awie, Erra, Ziana berkongsi pentas

Awie, Erra, Ziana berkongsi pentas

SENGAJA mencipta dejavu untuk mengembalikan semula ingatan peminat filem paling laris dalam kitaran 1990-an, Sembilu dan Sembilu 2, Awie kini sedang memamah iltizam.

Benar bagai dikata, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu- nya. Sulit untuk memulakan langkah setelah episod cinta realitinya berakhir dengan air mata lewat tahun 1998, Awie dan Erra Fazira bertindak atas dasar profesionalisme.

Kata Awie, biarpun dia dan Erra sebelum ini pernah mengharungi pahit maung bercinta yang akhirnya tumpas di tengah jalan, pementasan yang diberi judul Konsert Teaterikal Suara Kita yang bakal dipersembahkan di Istana Budaya bermula 3 Mac depan akan diledani tanpa ada sebarang syak wasangka.

"Benar, ini adalah sejarah yang sukar untuk diulang balik tapi secara profesionalnya kami melakukan pementasan ini dengan niat untuk bekerja.

"Lakonan hanya lakonan, mungkin akan menjadi lebih daripada realiti atau sekadar lakonan di pentas semata-mata. Masing-masing sudah ada batasan perlu dijaga, berhenti apabila perlu berhenti," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar pelancaran Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Izin keluarga

Hal itu dibalas dengan kepercayaan yang diberikan oleh isterinya, Rozana Misbun yang telah menjadi insan pertama dimohon restu untuk bergandingan kembali dengan Erra yang merupakan bekas kekasihnya.

"Sebelum memulakan langkah, saya menantikan 'lampu hijau' daripada isteri saya kerana setiap perkara yang saya lakukan perlu ada restu daripada pihaknya.

PROFESIONAL... Erra dan Awie yang pernah bercinta suatu ketika dahulu kini akur masing-masing sudah memiliki kehidupan peribadi sendiri.


"Hal ini boleh membabitkan keluarga dan perasaan. Bimbang juga nanti kesannya boleh mendatangkan mudarat kepada pihak lain. Memang Rozana pada mulanya terperanjat apabila saya maklumkan mengenai hasrat ini tapi dia memahami kerjaya saya dan mengizinkan saya 'bercinta' semula," jelas Awie berseloroh.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menyifatkan hasrat menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita adalah suatu impian yang menjadi realit sepertimana keinginanny. Begitu juga impian peminat untuk melihat tiga bintang kesayangan mereka berpadu keringat.

"Idea untuk menerbitkan pementasan ini lahir dua tahun lepas apabila saya menonton kembali filem lakonan kami bertiga, Sembilu yang saya fikir pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu.

"Kenapa tidak fenomena itu diangkat ke pentas teater pula memandangkan ramai yang mahukan kami bertiga kembali bersatu.

"Secara tidak langsung boleh mengimbas semula detik dan nostalgia lama," kata Awie yang menerbitkan sendiri pementasan itu menerusi syarikatnya, Awie Entertainment Sdn. Bhd.

Risau

Persepsi dan hati perkara pokok untuk menjayakan pementasan itu. Kata Erra pula, kerisauan utama adalah reaksi masyarakat apabila dia sendiri bersetuju untuk berlakon bersama Awie selepas sekian lama mengelak untuk bertembung antara satu sama lain.

"Saya tiada masalah kerana kami pelakon, tidak perlu terkesan di mana-mana pun. Kegusaran saya terlerai sebenarnya apabila kerana saya sudah meminta keizinan daripada suami saya untuk berlakon bersama Awie.

"Namun, kerisauan lain mula terdetik di hati apabila saya perlu kembali menyanyi, tambahan pula bergandingan dengan penyanyi bersuara hebat seperti Awie dan Ziana.

"Memandangkan masa kami berlatih pun terhad, kami cuba untuk buat sebaik mungkin dan mengurangkan kesilapan," kongsi Erra.

Dalam pada itu, Erra menerangkan, dia tiada sebarang masalah untuk melakonkan kembali babak popular dalam filem-filem berkenaan, namun tidak meletakkan sebarang syarat sepanjang persembahan.

"Saya percaya Erma Fatima (pengarah teater) akan berkarya dengan kreatif dan faham batasan antara pelakon. Bagi saya, tiada sebarang syarat remeh-temeh diletakkan untuk menyusahkan sesiapa dan pastinya tidak akan ada babak-babak yang keterlaluan," kata pelantun lagu Jendela Hati itu.

Tidak mengagak untuk kembali beraksi bersama Awie, Erra menjelaskan, dia sudah meminta keizinan daripada suaminya, Engku Emran Zainal Abidin dan keluarga kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, Erra pernah diundang oleh produksi Tunggu Sekejap untuk tampil sebagai tetamu dalam rancangan yang dihoskan oleh Awie secara mengejut, sementelah itu tidak menolak akan berkolaborasi lagi bersama Awie selepas menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita nanti.

ZIANA pertama kali berlakon produksi mega di Istana Budaya menerusi karya Konsert Teatrikal Suara Kita.


Peluk Awie

Ziana individu pertama disunting Awie sebelum Erra. Ketika pertemuan bersama pelantun lagu Madah Berhelah itu, Awie menyuarakan hasrat untuk bergabung kembali di pentas teater dan impian itu telah disambut baik oleh Ziana.

"Seronok sebenarnya melihat turun naik hubungan Awie dan Erra muda-muda dulu, sekarang detik itu dikembalikan semula seperti satu reunion.

"Memang inilah yang ditunggu-tunggu oleh peminat yang membesar dengan filem Sembilu contohnya dan ini hadiah kami untuk penyokong setia selama ini," luncur kata Ziana sambil berkeletah.

Pertama kali Ziana menjejakkan kaki di pentas Istana Budaya untuk sebuah persembahan perdana, dia mengaku cukup teruja.

"Memandangkan konsert ini menyelitkan elemen teater, sudah pasti rutin latihan pun berbeza berbanding konsert sebelum ini. Lebih banyak masa akan diluangkan bersama nanti.

"Rindu sebenarnya untuk berkampung, apabila menonton kembali filem lakonan lama, terus teringat zaman muda-muda dulu," ujarnya yang mungkin bakal menyanyikan lagu Korban Cinta, Kekal dan Senja Nan Merah untuk pementasan itu.

Mengimbau kembali kenangan berlakon bersama Awie pada awal pembabitannya, Ziana mengakui, babak memeluk Awie adalah paling sukar dan pernah dia bertegas untuk berpelukan tanpa bersentuhan.

Konsert Teaterikal Suara Kita yang dipentaskan selama tujuh hari berturut-turut akan dipecahkan kepada dua segmen iaitu konsert yang menampilkan Awie, Erra dan Ziana menyampaikan beberapa buah lagu malar segar daripada album solo mereka.

Segmen kedua iaitu teater muzikal adalah karya baharu yang diadaptasi daripada babak-babak popular filem Sembilu, Sembilu 2, Merah, Tragedi Oktober dan Maria Mariana dan diselang-seli dengan nyanyian.

Formula muzikal Besan Tiga Segi

Posted:

Formula muzikal Besan Tiga Segi

Formula muzikal Besan Tiga Segi


DRAMA bersiri 20 episod, Besan Tiga Segi turut disuntik dengan elemen lagu-lagu Hindustan.


JARANG dapat menonton drama rantaian di kaca televisyen sekarang yang menonjolkan elemen muzikal menyusuri perjalanan cerita sepanjang sejam setiap episod.

Formula itu diguna pakai semula oleh pengarah Shuhaimi Lua untuk drama bersiri 20 episod, Besan Tiga Segi yang disiarkan dalam slot Senda Pagi setiap Isnin dan Selasa pada pukul 10.30 pagi.

Kata Shuhaimi, elemen muzikal dengan menampilkan klip video pelakon- pelakon drama itu sendiri yang menari dan meniru pergerakan mulut penyanyi asal (miming) diselitkan setiap episod bersesuaian dengan jalan cerita.

Cara itu, kata Shuhaimi, untuk mengurangkan tekanan penonton yang mungkin menganggap drama terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. itu sebuah garapan naskhah yang berat.

"Penonton akan dapat menyaksikan gelagat dan aksi melucukan pelakon yang menari dengan gaya ala Bolly- wood serta beberapa buah klip video parodi artis tempatan di lokasi menarik sekitar Perlis dan Kedah.

"Memandangkan saya juga penggemar filem Hindustan, saya percaya penonton kita juga peminat cerita Bollywood.

"Maka saya memilih untuk memasukkan banyak lagu Hindustan dari- pada filem-filem popular seperti Har Dil Jo Pyar Karega dan Kuch-Kuch Hota Hai," ujarnya yang ditemui di ibu pejabat Kosmo!, Kuala Lumpur baru- baru ini.

Selain itu, Shuhaimi menyelitkan parodi beberapa buah klip video popular antaranya Beribu Sesalan (Tiga Suara: Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah), Sandarkan Pada Kenangan (Sarah Raisudin & Jamal Abdillah) dan Pelamin Anganku Musnah (Azie).

"Memang tidak kering gusi melihat gelagat barisan pelakon yang bersungguh-sungguh menyanyi dan memakai busana penuh labuci persis penyanyi sebenar.


AKSi mencuit hati tiga pelakon veteran terkenal (dari kiri), Aznah Hamid, Khatijah Tan dan Kartina Aziz dalam Besan Tiga Segi.


"Saya mahu mesej positif disampaikan dalam suasana yang senang diserap oleh penonton. Paling mudah adalah menerusi elemen komedi kerana lebih santai dan tidak tegang," tambahnya.

Besan Tiga Segi memaparkan konflik antara mentua dan menantu yang mengundang ketidaksefahaman yang sering terjadi dalam masyarakat.

Mengisahkan Rafeah yang mempunyai empat orang anak yang terlalu cuba mengongkong kehidupan serta pilihan pasangan anak-anaknya.

Bagaimanapun, anak-anaknya cenderung memilih pasangan daripada keluarga yang tinggal berdekatan dengan keluarganya sehingga memaksa Rafeah berbesan dengan individu yang tidak disenanginya.

Konflik mula tercetus apabila ketiga-tiga besan mula bersaing dalam pelbagai hal sehingga membabitkan kehidupan anak-anak dan suami masing-masing.

Drama itu menjalani penggambaran di sekitar Kangar, Arau, Felda Laka Selatan (Perlis) dan Langkawi (Kedah).

"Kami sengaja memilih Perlis sebagai lokasi pilihan memandangkan negeri itu sesuai dengan latar bela- kang cerita dan memaparkan kehidu- pan masyarakat di sana.

"Paling ketara, dari segi pertuturan yang menyaksikan para pelakon menggunakan loghat utara yang pastinya menggamatkan," katanya.

Besan Tiga Segi dibintangi oleh Kartina Aziz, Aznah Hamid, Khatijah Tan serta pelakon-pelakon baharu seperti Ezzaty Abdullah, Balkisyh Semundur Khan, Zwan Zahar dan Ben Ali.

Bekerja bersama kebanyakan pelakon senior dalam drama itu, kata Shuhaimi, tidak banyak kerenah dan sangat menghiburkan, malah mereka lebih banyak berkongsi ilmu mengenai dunia lakonan.

"Alhamdulillah, sepanjang dua bulan penggambaran semua tenaga produksi memberikan kerjasama yang mantap dan drama ini sebenarnya siap lebih awal daripada jangkaan," jelasnya. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Monopoli nama baharu

Posted:

Monopoli nama baharu

Monopoli nama baharu

DUO Daft Punk yang dianggotai Thomas Bangalter (kiri) dan Guy-Manuel de Homme-Christo teruja dengan kemenangan mereka.


KALAH lagi. Itu nasib malang yang tersurat dalam pencapaian karier seni penyanyi tersohor, Katy Perry.

Mula mencipta nama selepas muncul dengan single hit, I Kissed A Girl pada tahun 2007, penyanyi sensasi itu sudah 11 kali meraih pencalonan Grammy.

Ukuran prestij penyanyi bertaraf global sememangnya diukur berdasarkan kejayaan dalam meraih Grammy.

Sepanjang karier nyanyiannya, Katy antaranya pernah memenangi 14 trofi People's Choice Awards, lima trofi Teen's Choice Awards, empat trofi MTV Video Music Awards dan dua trofi American Music Awards.

Pada Grammy kali ini, menerusi album terbaharunya, Roar! yang merupakan antara terlaris di pasaran, Katy meraih dua pencalonan - Lagu Tahun Ini dan Persembahan Solo Pop Terbaik.

Namun seperti tahun-tahun sebelumnya, Katy pulang dengan tangan kosong kerana kalah dalam kesemua pencalonan yang diraihnya itu - kali ini di tangan pendatang baharu, Lorde.

Sememangnya, Grammy 2014 dikuasai oleh nama-nama baharu.

Selain Lorde, dua nama baharu dalam sejarah pemenang Grammy ialah Daft Punk dan Macklemore & Ryan Lewis yang memonopoli masing-masing dengan empat kemenangan.

Jarang-jarang penyanyi yang menampilkan muzik dance menang kategori utama tetapi duo Perancis terdiri daripada Thomas Bangalter dan Guy-Manuel De Homme-Christo yang berimejkan robot itu bukan sekadar memenangi kategori Album Dance Terbaik.

Mereka menunjukkan taring mereka dengan turut menguasai kategori Persembahan Duo/Grup Pop Terbaik dan dua kategori utama - Rakaman Tahun Ini dan Album Tahun Ini.

Macklemore & Ryan Lewis yang menguasai kategori muzik rap dengan memenangi Persembahan Rap Terbaik, Lagu Rap Terbaik dan Album Rap Terbaik pula diumumkan sebagai Artis Baharu Terbaik.

Dalam pada itu, disebabkan Daft Punk dianggotai 'robot', maka mereka tidak boleh membuat ucapan kemenangan.

Justeru, mewakili mereka ialah penulis lagu, Paul Williams yang dalam ucapannya berkata: "Ketika itu saya sedang minum (arak) dan menggunakan imaginasi tentang benda menakutkan yang tidak wujud.

"Kemudian dalam keadaan saya yang belum mabuk itu, dua robot menelefon dan memohon saya membantu mereka menghasilkan album."

Dalam pada itu, selain Katy Perry, antara nama-nama besar yang pulang dengan tangan kosong kali ini termasuklah Taylor Swift dan Pink.

Bruno Mars pula sekadar menang kategori Vokal Album Pop Terbaik tetapi kalah dalam kategori utama - Rakaman Tahun Ini dan Lagu Tahun Ini.

Antara nama-nama besar lain yang turut diumumkan sebagai pemenang tetapi bukan untuk kategori utama termasuklah Rihanna, Justin Timberlake, Alicia Keys, Michael Buble, Paul McCartney dan Led Zeppelin.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat