{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Wanita jurutera terowong

Posted: 04 Sep 2013 11:53 PM PDT

Mandy Ang (kiri) dan Lim Hui Yan membuat pemeriksaan dengan teliti terhadap setiap peralatan yang digunakan.

Mandy Ang, 26, Noor Affida Affika Mohd Nazari, 25, Lim Hui Yan, 24 dan Norwahidah Shaari berkongsi satu pengalaman berharga yang tidak dimiliki majoriti wanita seusia mereka.

Dari jauh kelihatan kelibat Mandy yang berpakaian baju T lengkap dengan pelekat pemantul cahaya, topi keselamatan berwarna putih dan kasut keselamatan.

Dia sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pekerja untuk membahagikan tugasan.

Bukan itu sahaja, ketika tapak binaan di Jalan Cochrane itu masih belum ada apa-apa, Mandylah antara orang terawal memikirkan susun atur, peralatan, tenaga kerja dan sebagainya. Dialah antara pemikir utama dalam projek tersebut.

Antara cabaran yang dihadapi Mandy ialah merancang tenaga kerja dan mengagih-agihkan tugas kepada mereka serta memastikan tugas yang dilaksanakan berjalan seperti yang dirancang.

"Saya terlibat sejak projek bermula iaitu pada tahun 2010 hinggalah ke hari ini. Apa yang saya buat ialah merancang sumber hadapan, contohnya kren dan jentera-jentera lain yang perlu digunakan, selain menyelesaikan apa saja keadaan yang tidak diduga seperti kerja-kerja reka bentuk adhoc apabila reka bentuk mengikut pelan dan lukisan asal tidak dapat dilaksanakan berdasarkan keadaan tapak.

"Terdapat pelbagai cabaran besar sejak tiga tahun perkhidmatan saya dalam syarikat ini.

"Ketika di awal projek, saya dan ahli kumpulan banyak terlibat dalam peringkat tender. Kita melakukan banyak kerja-kerja perancangan. Selepas tender dianugerahkan, saya terlibat dalam perolehan bahan dan peralatan termasuk persediaan tapak," ujar Mandy yang ditemui di tapak MRT Cochrane, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun Mandy memikul tugasan yang mencabar, tiada langsung istilah wanita diberi keistimewaan. Sebaliknya semua diberi tanggung jawab dan layanan yang sama rata.

"Setakat ini tiada diskriminasi. Bagi mereka yang belum benar-benar mengenali saya mereka mungkin akan berasa ragu-ragu dengan kemampuan saya.

"Itu satu perkara yang normal, tapi ia bukan lagi satu andaian apabila saya berjaya membuktikan kemampuan dan kesungguhan dalam bidang ini.

"Semua rakan sekerja tidak kira lelaki dan perempuan memberikan kerjasama dalam cara masing-masing," jelas Mandy yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Pembuat keputusan

Sementara itu bagi Noor Affida, memegang tanggung jawab sebagai jurutera dalam projek besar seperti ini dia perlu menyediakan diri secara fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang keadaan atau isu-isu kerja-kerja tidak menentu.

"Pengawasan tapak, memastikan pematuhan kualiti, keselamatan dan alam sekitar, menyelesaikan isu teknikal, menyediakan sokongan teknikal kepada pasukan penyeliaan tapak, menjalankan pemeriksaan dan ujian di tapak itu semua dalam skop tugasan saya.

"Malah saya masih teringat bagaimana kami membuat pembahagi jalan untuk memudahkan laluan kenderaan dan pembinaan berlangsung serentak. Saya perlu mengukur saiz keluasan jalan dan beberapa kali memindanya kerana tidak mendapat kelulusan dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

"Kami juga dihantar kursus kerana projek terowong bukanlah sesuatu yang biasa di negara ini. Kami perlu mendapat ilmu mengenainya di luar negara dan ia memang tak sama dengan apa yang kami pernah pelajari di universiti. Setiap hari kami belajar perkara baru dan berbeza," ujar Noor Affida yang menjaga tapak MRT di Taman Maluri.

Noor Affida berpendapat bahawa semangat profesionalisme bagi kaum wanita terhadap kerjaya memang ada bezanya berbanding lelaki.

Baginya, wanita memang sangat komited, sanggup belajar dan meneroka perkara baru.

"Walaupun bekerja dalam bidang dimonopoli lelaki, kerjasama yang diberikan rakan sekerja lain memang tinggi," jelasnya yang sudah lebih setahun mengendali projek tersebut.

Cabaran Hui Yan

"Terlalu banyak yang perlu dipelajari dalam masa yang terlalu suntuk. Operasi terowong di Malaysia sesuatu yang baru dan ia memang mengujakan saya.

"Aktiviti membuat terowong adalah unik kerana ia berubah setiap hari dan setiap terowong adalah unik kerana struktur tanah pada satu tempat dan tempat yang lain tidak pernah sama.

"Menjadi cabaran juga pada saya untuk belajar dengan cepat, jika tertinggal memang sukar hendak patah balik," ujar Hui Yan, pemilik ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Hui Yan turut mengakui gender bukan satu masalah bekerja di tapak bina kerana semua bersedia untuk membantu kiranya berhadapan dengan apa jua masalah.

"Saya berkhidmat dalam operasi membentuk terowong di tapak Cochrane, di mana empat cabang terowong akan dimulakan di tapak ini iaitu dua menghala Pasar Rakyat dan dua menghala ke Maluri.

"Bagi saya, profesionalisme itu terhasil daripada dua faktor utama. Pertama ialah sikap (bagaimana anda membawa diri), pengetahuan dan pengalaman. Dengan sikap yang baik cara bertutur, orang akan melihat profesionalisme dalam anda.

"Kedua, anda perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan pengalaman untuk berurusan dengan kerja-kerja. Jika anda tidak mempunyai ilmu maka mestilah letakkan diri anda dengan rendah hati untuk belajar," jelas gadis ceria itu.

Kerja 12 jam sehari

Pada permulaan kerja, Norwahidah perlu membiasakan bekerja lebih dari waktu kerja biasa, apatah lagi dikelilingi semua lelaki dan keupayaan fizikal yang digunakan setiap hari.

"Namun bila dilakukan setiap hari sudah menjadi biasa dan seronok pula. Tanggungjawab yang diberikan adalah sama seperti jurutera lelaki. Kadangkala, harapan terhadap kita lebih tinggi dan haruslah membuktikan bahawa wanita juga mampu untuk melaksanakannya.

"Semangat profesionalisma dapat dilihat daripada cara kita berfikir dan membuat keputusan. Bagaimana kita perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kemahiran supaya apa idea yang kita sampaikan boleh diterima oleh semua orang," kata Norwahidah yang bertanggung jawab atas segala aktiviti terowong, dokumentasi, keselamatan dan rekod. - NOOR FAZRINA KAMAL

Melukis untuk derma

Posted: 04 Sep 2013 11:53 PM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar AZMAN ASMAYATIM

Zaiton bersama sebahagian daripada lukisannya yang akan dijual dan hasil jualan akan didermakan kepada Tabung Palestin dan Syria.

LUKISAN yang lazimnya dizahirkan di atas kertas, kanvas, atau apa sahaja merupakan satu luahan hati pelukis itu sendiri.

Ini kerana setiap apa yang terpamer merupakan kreativiti atau ilham pelukis itu di mana ia merupakan satu kelebihan kurniaan Allah SWT.

Bagi pelukis, apa jua yang diluahkan merupakan satu kepuasan diri di mana mereka berjaya menjadikan impian mereka satu kenyataan walaupun ia hanyalah di atas sekeping kertas.

Begitu jugalah yang dapat digambarkan kepada pelukis kelahiran Alor Setar, Kedah, ini.

Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata, 'kegilaan' Zaiton Abdul Rahim, 48, untuk 'menconteng' kertas atau kanvas dengan pelbagai warna-warna pilihan tidak pernah padam.

Hakikatnya, melukis yang hanya dijadikan sebagai aktiviti pada masa lapang kini bertukar menjadi serius apabila mampu memberi kepuasan tatkala diri berada dalam tekanan.

Mewarisi bakat daripada ayahanda tercinta, Abdul Rahim Ahmad, Zaiton sememangnya mencintai dunia lukisan sejak kecil.

Tidak keseorangan dalam mengembangkan bakat terpendam itu, dia berkongsi minat yang sama dengan kakak ketiganya.

Bagi Zaiton, melukis bukanlah kerjaya tetap tetapi hingga kini dia berjaya menyiapkan lebih 50 buah lukisan.

"Melukis bukanlah kerjaya tetap saya kerana saya merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

"Saya minat melukis sejak kecil lagi tambahan pula arwah ayah memang pandai melukis walaupun bukanlah seorang pelukis profesional.

"Sedikit sebanyak bakat tersebut mungkin tempias pada saya. Sudah pasti saya tidak mahu sia-siakan anugerah Allah SWT ini," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Saujana Impian, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Gemar melukis subjek bermotifkan pemandangan, suasana keliling, dan rumah, Zaiton mengakui mengambil masa dua hingga empat hari untuk menyiapkan satu lukisan.

Ini kerana, dia hanya melukis pada waktu terluang selepas habis kerja atau pada hujung minggu.

Ada juga lukisan yang mengambil masa lebih lama untuk disiapkan kerana kata Zaiton, segala-galanya juga bergantung kepada mood ketika itu (ketika melukis).

Zaiton sering melukis pada waktu siang dan minatnya itu turut mendapat sokongan padu daripada suami tercinta dan anak-anak.

Hari ini dengan melihat suasana dunia yang semakin bergolak dengan peperangan yang berlaku di Syria dan juga Palestin, Zaiton mengambil kesempatan untuk menjual kesemua koleksi lukisannya yang lebih daripada 30 untuk tujuan mengumpul dana.

Kesemua koleksi yang terjual akan didermakan 100 peratus kepada tabung Palestin dan Syria.

"Melihat saudara-saudara yang tertindas di Palestin dan Syria menjadikan saya terpanggil untuk membantu mereka.

"Sebenarnya niat untuk menderma ini sudah lama dan untuk menderma banyak saya tidak mampu.

"Kini saya terfikir dengan menjual kesemua koleksi lukisan saya ini secara tidak langsung saya dapat melunaskan niat murni ini,"katanya lagi.

Yang pasti, Zaiton akan meneruskan usaha murni ini pada masa hadapan tetapi mungkin dalam bentuk yang berbeza.

Selain itu, Zaiton turut mengimpikan satu pameran lukisan yang mempamerkan koleksi lukisan-lukisannya satu hari kelak.

Bagi mereka yang ingin membeli sambil menderma bolehlah menghubungi Zaiton di talian 019-3583684 atau emailkan kepada zaitonarahim@gmail.com.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat