{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


PIJ perluas program inkubator

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin melihat ruang kedai milik Hazimah Othman (kanan) sambil diperhatikan oleh Burhan Amin dalam Majlis Pelancaran Inkubator Usahawan Islam Johor di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 12 Sept. - Perbadanan Islam Johor (PIJ), anak syarikat milik kerajaan negeri akan memperluas program inkubator iaitu menyediakan ruang perniagaan dengan kadar sewa yang rendah bagi membantu orang Melayu khususnya golongan muda yang baharu melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi program berkenaan, PIJ akan menyediakan ruang niaga dan lot pejabat dengan kadar sewa serendah RM200 sebulan selama dua tahun kepada usahawan Melayu terlibat.

"Sebelum ini orang Melayu yang ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan berdepan pelbagai masalah antaranya tiada tapak perniagaan kerana tidak mampu menyewa ruang pejabat dengan kadar sewa yang tinggi.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri menerusi PIJ mengambil inisiatif dengan melancarkan program inkubator ini dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai usahawan Melayu pada masa depan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program Inkubator Usahawan Islam Johor di Bangunan PIJ, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar PIJ, Burhan Amin.

Mohamed Khaled berkata, sebanyak 40 unit lot perniagaan dan ruang pejabat akan dibina dalam Bangunan PIJ yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan prasarana antaranya parkir percuma, pegawai khidmat pelanggan dan kawalan keselamatan 24 jam.

Beliau berkata, setiap usahawan yang menyertai program berkenaan diberi tempoh selama dua tahun untuk menyewa di kawasan yang disediakan sebelum disewakan kepada usahawan baharu yang lain.

"Kita akan kembangkan lagi program inkubator ini termasuk memperluaskannya ke kawasan lain dan antara lokasi yang telah dikenal pasti adalah di Tampoi dan Pasir Gudang.

"Saya berharap program ini bukan sahaja berupaya memacu semangat orang Melayu untuk berniaga, tetapi pada masa sama turut melakukan lonjakan berganda dengan menjadi usahawan berjaya," katanya.

Jemaah haji diminta jaga nama baik negara

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

LABIS 12 Sept. - Jemaah haji dari daerah ini yang akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi dinasihatkan supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan nama baik negara sepanjang berada di sana kerana mereka merupakan duta kecil negara kepada masyarakat luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim berkata, bakal haji bukan sahaja perlu menjaga kesihatan semasa berada di Tanah Suci tetapi harus sentiasa peka dan memastikan tidak melanggar sebarang peraturan kerana sebarang kesalahan yang dilakukan boleh memberi gambaran dan kesan buruk terhadap jemaah haji pada masa akan datang.

"Secara zahirnya pemergian semua jemaah haji ke Tanah Suci adalah untuk menunaikan ibadat, tetapi dalam masa sama harus sedar mereka adalah duta kecil negara yang bertanggungjawab memberi gambaran baik kepada masyarakat dunia sepanjang tempoh berada di sana.

"Justeru, saya harap semua jemaah yang bakal berangkat tidak lama lagi memahami hakikat tersebut dan sentiasa merujuk kepada pegawai Tabung Haji di sana jika menghadapi sebarang kesulitan," katanya semasa meraikan 29 orang bakal haji bagi kawasan Parlimen Labis di Majlis Daerah Labis (MDL), semalam.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong dan Setiausaha MDL, Kamarul Hafiz Mazlan.

Mohd. Azahar berkata, jemaah haji dari negara ini patut bersyukur kerana kebajikan mereka dijaga dengan baik oleh Tabung Haji bukan sahaja semasa menunaikan ibadat tersebut tetapi sebelum berangkat, mereka diberikan pelbagai kursus berbanding jemaah negara lain.

Menurutnya, dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji, sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada jemaah untuk menunaikan ibadat sepanjang tempoh berada di sana.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua bakal haji yang diraikan bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum berlepas dan sentiasa mengutamakan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci agar tidak timbul sebarang masalah semasa mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

"Kita tidak mahu persiapan rapi yang telah dilakukan sejak sekian lama akan menjadi sia-sia sekiranya bakal haji jatuh sakit dan tidak dapat mengerjakan haji selepas berada di Tanah Suci dan perkara ini haruslah dielakkan," katanya.

Perkon desak SWM kotakan janji

Posted: 12 Sep 2013 11:41 AM PDT

Noordin A. Latif (kiri) bersama kontraktor dan pekerja mengadakan bantahan di hadapan pejabat SWM, di Kangkar Tebrau, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 12 Sept. - Persatuan Kontraktor-kontraktor Bumiputera Pembersihan dan Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Johor (Perkon) mendesak SWM Enviroment Sdn. Bhd. (SWM) negeri mengotakan janji dalam mesyuarat mengenai 12 isu berbangkit melibatkan kedua-dua pihak.

Yang Dipertuanya, Noordin A. Latif berkata, antara yang dibangkitkan dan dituntut kontraktor dilantik SWM ialah bayaran bulanan, data inventori, pelarasan kadar harga baharu, meminda Klausa 4.5 dalam Dokumen Perjanjian Kontrak dan menyelaraskan tempoh kontrak.

Beliau berkata, semua ahli berharap segala perjanjian yang dipersetujui SWM dan Perkon dapat dilaksana selepas tertangguh hampir 16 tahun biarpun lebih 20 kali mesyuarat dan kata sepakat dibuat.

"Perkara ini perlu dinoktahkan segera dan tidak harus dibiarkan cerita sejak tahun 1997 berpanjangan hingga kini. Kami sangat berharap apa yang telah dipersetujui pihak atasan SWM dilaksanakan agar semua pihak mendapat keadilan dan tidak timbul sebarang masalah berbangkit.

"Saya harap penyelesaian ini dapat memberi situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak kerana selama ini kita memberi kerjasama penuh kepada pihak SWM," katanya ditemui selepas mengadakan bantahan secara aman bersama 50 ahli Perkon di hadapan pejabat SWM, di sini hari ini.

Noordin berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi memboleh perkara itu mendapat perhatian sewajarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif SWM, Dr. Uzir Abdul Malik berkata, pihaknya termasuk pengurusan tertinggi syarikat telah berjumpa dengan wakil Perkon semalam di Kuala Lumpur bagi membincangkan 12 tuntutan yang disenaraikan.

Menurutnya, kesemua 12 isu yang dibangkitkan Perkon telah dibincang secara terperinci dan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah berkenaan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat