{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Dua ditipu lebih RM100,000

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 14 Sept. - Gara-gara percayakan dua individu tidak dikenali dipercayai warga Indonesia, seorang wanita dan seorang lelaki kerugian lebih RM100,000 akibat diperdaya kedua-dua suspek dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, dalam kejadian pertama Selasa lalu, mangsa seorang wanita berusia 57 tahun sedang membeli barangan di pekan sehari di Felda Padang Piol dekat sini, sebelum muncul suspek disyaki warga Indonesia memperkenalkan diri dan ingin menjual batu permata.

Selepas berbincang, mangsa bersetuju mengikut lelaki itu ke masjid di Felda Padang Piol. Setibanya di situ, mangsa diarahkan untuk mengambil wuduk bagi mendapatkan batu permata itu.

Tanpa berfikir panjang, mangsa menurut permintaan lelaki asing itu. Sebelum mengambil wuduk mangsa turut disyaratkan menanggalkan barangan kemas iaitu sebentuk cincin, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher dipakainya bernilai lebih RM14,000," katanya di sini.

Menurut Azid, selepas wanita itu menyerahkan barang kemas miliknya, lelaki itu memberikan sekeping sampul surat yang dikatakan mengandungi batu permata tetapi hanya dibenarkan membukanya di rumah.

Wanita itu pulang ke rumah dengan harapan dalam sampul surat tersebut mengandungi batu permata tetapi hampa apabila mendapati di dalamnya hanya mengandungi batu-batu biasa," ujarnya.

Katanya, dalam kes kedua, seorang lelaki berumur lingkungan 40-an kerugian RM86,000 apabila menjadi mangsa penipuan seorang wanita dipercayai warganegara Indonesia pada Rabu lalu.

Katanya, dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Jalan Tahan dekat sini, mangsa didatangi suspek wanita yang berpura-pura memberitahu telah memenangi hadiah nombor ekor Toto bernilai RM200,000 yang sebenarnya telah diubah suai.

Mangsa diminta membayar wang sebanyak RM6,000 kepada suspek. Bagaimanapun suspek membuat helah mengatakan dia sangat memerlukan wang kerana kakaknya sakit di Indonesia.

Mangsa yang termakan pujuk rayu wanita itu terus pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM80,000," katanya.

Beliau berkata, selepas menyerahkan wang itu wanita itu mengajak mangsa untuk membuat salinan kad pengenalan.

Selepas mangsa masuk ke dalam kedai untuk membuat salinan kad pengenalan, wanita itu terus menghilangkan diri," katanya.

Azid berkata, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum selama setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan.

152 anggota IPK Pahang sertai Konvoi Kembara Cegah Jenayah

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Sharifuddin Ab. Ghani (berdiri tengah) bersama pegawai dan anggota IPK Pahang sebelum Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Cegah Jenayah di Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 14 Sept. - Seramai 152 anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang menyertai Konvoi Kembara Cegah Jenayah selama dua hari bermula semalam bagi mendekatkan polis dengan masyarakat.

Konvoi anjuran Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang yang turut disertai Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani itu memilih daerah Pekan dan Rompin sebagai lokasi persinggahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, program yang pertama kali diadakan itu bagi membolehkan pihaknya turun padang bertemu komuniti di daerah terbabit secara dekat.

Menurutnya, dalam setiap persinggahan, pihaknya akan mengadakan High Profile Policing termasuk mengedarkan risalah cegah jenayah.

Kita akan bertemu dengan komuniti bagi mendengar aduan dan cadangan mereka melibatkan masalah yang mungkin ada di kawasan mereka," katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Cegah Jenayah di IPK di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pahang, Datuk Johny Chng Ewe Gee.

Zakaria berkata, beliau bangga dengan penyertaan anggota polis dalam kembara itu dan membuktikan komitmen mereka terhadap tanggungjawab yang digalas.

Masalah pemandu lori dirujuk kepada SPAD

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

RAUB 14 Sept. - Masalah yang dihadapi oleh pemandu dan pemilik lori sehingga memaksa mereka mengadakan perhimpunan di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan dekat Kampung Chendering di sini baru-baru ini akan dibawa ke peringkat atasan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata, perkara itu diputuskan dalam perjumpaan Isnin lalu antara beliau dengan pemandu, pemilik lori, SPAD, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak polis.

Kita telah mengadakan perbincangan dan saya telah tekankan tentang keperluan mematuhi undang-undang selain menjaga kepentingan awam, namun pada masa yang sama kita turut bersimpati dengan masalah yang mereka hadapi.

Dalam perjumpaan itu baharulah saya tahu bahawa pemandu serta pemilik lori tersebut mengalami keperitan hidup menyebabkan mereka terpaksa membawa barangan lebih muatan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar di sini baru-baru ini.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah melaporkan tindakan 500 pemilik dan pemandu lori berhimpun bagi membantah operasi penguatkuasaan yang sering dilaksanakan oleh SPAD di sekitar daerah ini.

Mereka mendakwa, operasi itu menjejaskan sumber pendapatan mereka yang selama ini tidak pernah diganggu oleh agensi penguat kuasa yang lain.

Kita telah meminta aspek pelaksanaan undang-undang itu sendiri hendaklah dikaji dengan sebaik-sebaiknya supaya dapat dihormati selain kepentingan pemandu juga harus dijaga," katanya.

Sehubungan itu, Adnan berkata, satu jalan untuk menyeimbangkan antara keperluan undang-undang tetapi pada masa yang sama menjaga kepentingan awam dan pemandu lori perlu dilaksanakan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat