{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Najib, Muhyiddin kekal jawatan

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden selepas tempoh penyerahan borang pencalonan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berakhir pada pukul 5 petang ini.

Najib memegang jawatan itu sejak 2009 setelah menang tanpa bertanding, manakala Muhyiddin juga memenangi jawatan tersebut sejak 2009 setelah menewaskan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Apa yang uniknya pada proses pendaftaran calon itu, kedua-dua pemimpin tersebut merupakan pencadang bagi pencalonan sesama mereka. Muhyiddin merupakan pencadang Najib bagi jawatan Presiden, manakala Najib pula menjadi pencadang Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden.

Kemenangan dua pemimpin itu sememangnya sudah diduga memandangkan sebelum ini bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara menyatakan sokongan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

Ketika mengulas keputusan tersebut, Najib berkata, dengan mengekalkan jawatan masing-masing beliau dan Muhyiddin yakin dapat meneruskan perjuangan dalam parti bagi memastikan UMNO menjadi parti yang terbesar dan kuat di negara ini.

Sementara itu, sebanyak 261 borang pencalonan diserahkan bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, enam calon disahkan bertanding termasuk tiga penyandang jawatan iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Ketiga-tiga yang mengadakan sidang akhbar bersama melahirkan keyakinan akan mampu mempertahankan kedudukan masing-masing dalam pemilihan kali ini dengan memberi peringatan kepada semua calon agar bertanding dalam semangat kekeluargaan.

Mereka akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Kehadiran Mohd. Ali yang bertanding buat kali kedua selepas pernah menyandangnya pada tahun 2004 untuk menyerahkan borang pencalonan kira-kira pukul 3.40 petang menamatkan spekulasi yang menyatakan beliau akan menarik diri.

Mukhriz pula ketika mengulas penyertaannya bagi merebut jawatan ketiga tertinggi dalam UMNO itu berkata, dalam usianya yang telah menginjak 49 tahun, ia merupakan masa paling sesuai untuk beliau memberi sumbangan kepada parti melalui platform Naib Presiden terutama dalam usaha meremajakan UMNO.

Pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pula menyaksikan kemunculan mengejut bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan untuk mencabar penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Turut akan merebut jawatan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Kulim Bandar Bahru Raihan Suleiman Palestin.

Turut menarik perhatian ialah pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang sebelum ini diramalkan akan menang tanpa bertanding dicabar empat calon lain.

Mereka ialah Ketua Pemuda UMNO bahagian Merbok Abdul Karim Ali ; Penolong Setiausaha Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail; Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kesemua calon yang menyerahkan borang pencalonan mempunyai tempoh 72 jam untuk menarik diri daripada bertanding.

Pemilihan jawatan Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan 12 Oktober manakala MT pada 19 Oktober.

Sementara itu, Najib sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, berkata, ketiadaan persaingan bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan UMNO menunjukkan kematangan ahli-ahli parti itu walaupun berlaku perubahan dalam perlembagaan parti.

"Dengan mengekalkan jawatan masing-masing, saya dan Muhyiddin yakin dapat meneruskan perjuangan parti dalam memastikan UMNO menjadi parti yang terbesar dan kuat di negara ini.

"Bagi saya, ini adalah lambang kematangan ahli UMNO meskipun kita telah meminda perlembagaan dan menjadikan parti terbuka dan lebih mudah bagi sesiapa untuk mencabar dua jawatan tertinggi," katanya.

Zahid yakin kekalkan jawatan

Posted: 21 Sep 2013 10:46 AM PDT

Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Tun Hussein dan Mohd. Shafie Apdal menunjukkan borang pencalonan Naib Presiden UMNO selepas sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - Mingguan/Ghazali Basri

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan masa depan politiknya kepada 148,000 perwakilan dengan keyakinan mampu mempertahan jawatan itu.

Beliau berkata, sepanjang menjawat kedudukan ketiga tertinggi dalam hierarki UMNO itu, beliau secara telus berusaha bersungguh-sungguh membantu Presiden serta Timbalan Presiden memperkukuh parti dan berharap usaha tersebut dapat diteruskan.

"Dengan ini kami serahkan nasib kami kepada 148,000 perwakilan untuk menentukan masa depan kami dalam UMNO. Selaku penyandang sudah tentu kami yakin dapat mempertahankan jawatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam sidang akhbar bersama itu ialah dua lagi penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Terdahulu kesemua mereka menyerahkan borang pencalonan dalam pemilihan itu bulan depan melalui wakil masing-masing.

Menariknya dalam pemilihan kali ini, ketiga-tiga mereka menunjukkan kerjasama selepas saling menjadi pencadang kepada pencalonan masing-masing dan mendapat nombor giliran satu hingga tiga bagi pertandingan Naib Presiden.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan dakwaan wujud pakatan antara mereka sebaliknya berkata, perpaduan erat itu terpancar kerana sudah lama berkerjasama sama ada selaku penyandang jawatan mahu pun ketika dalam pimpinan kerajaan.

Dalam pada itu, ditanya tanggapan banyak pihak saingan kali ini bakal menyaksikan salah seorang penyandang kecundang, Ahmad Zahid berkata, pandangan tersebut belum pasti kerana keputusan terletak pada tangan 148,000 perwakilan.

Mengenai cabaran sengit yang bakal diberikan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir selaku calon termuda pula, beliau berkata, semua penyandang Naib Presiden berfikiran terbuka dan berlapang dada dalam menerima saingan rakan-rakan lain.

"Sebagai penyandang kami pasrah dan serahkan kepada perwakilan untuk menentukan masa depan politik kami. Namun, pendirian kami sama iaitu sesiapa juga yang masuk bertanding, mereka semua adalah sahabat kami dalam keluarga UMNO," katanya.

Sementara itu, mengulas serangan peribadi terhadap calon Naib Presiden yang mula dikesan sejak beberapa hari lalu, beliau berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam pemilihan parti yang berbentuk kekeluargaan.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak yang bertanding termasuk jentera serta penyokong berhenti berbuat demikian dan patuh kepada setiap kod etika pemilihan UMNO supaya tidak berlaku perpecahan dalam parti.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat