{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Nik Aziz mahu ulama dipilih

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap perwakilan Pas memilih ulama menjadi Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan kepemimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 bermula 22 November ini.

Nik Abdul Aziz berkata, berlainan dengan jawatan Presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau secara peribadi mahu 'orang ulama' menduduki kerusi Timbalan Presiden.

Beliau yang mengakui mempunyai pilihan sendiri untuk bertanding ke kerusi itu bagaimanapun tidak mahu menyebut nama calon pilihannya dan menyerahkan kepada ahli Pas untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) Timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi Timbalan.

"Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi Timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas kedudukan Abdul Hadi dan proses pemilihan pimpinan Pas pada Muktamar Tahunan parti itu November nanti.

Jelasnya, orang yang mempunyai ilmu tetapi tidak menyertai parti politik adalah golongan yang tidak punya 'al-hikmah' atau kebijaksanaan.

"Mereka berbeza dengan orang Pas yang mana hasil daripada menceburi diri dalam politik sehingga tahu tahaluf siasi. Macam perkara yang kita buat sekarang tanda kita faham cara, kita nak bawa Islam melalui masyarakat jahiliah moden sekarang ini," katanya.

Pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam Pas iaitu pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prokepimpinan ulama dijangka berterusan pada pemilihan muktamar kali ini.

Kali terakhir pemilihan dilakukan dua tahun lalu menyaksikan penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas dari golongan ulama ketika itu, Nasharudin Mat Isa, kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru yang turut melibatkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, tiga lagi pemimpin yang bukan dari latar belakang ulama iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah menjadi pilihan perwakilan ketika itu.

Ketiga-tiga mereka telah menewaskan nama-nama seperti Idris Ahmad, Datuk Mohd. Amar Abdullah dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Tengku Razaleigh terus berteka-teki

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

TENGKU Razaleigh Hamzah mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tengku Razaleigh Hamzah masih belum memuktamadkan sama ada akan mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu sudah menyatakan hasrat akan bertanding dalam pemilihan akan datang tetapi tidak menyatakan secara spesifik jawatan yang akan ditandinginya.

Katanya, hasrat untuk bertanding itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan UMNO yang membenarkan sesiapa yang layak berbuat demikian.

"Hasrat itu memang ada, tetapi untuk bertanding jawatan apa saya belum buat keputusan. Kena tunggu maklum balas daripada akar umbi dahulu sebelum buat keputusan.

"Memang boleh bertanding tapi saya belum lagi membuat keputusan. Perlu tunggu hari pendaftaran kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah. Tunggu macam mana nanti," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat menyokong cadangan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak ditandingi bagi mengelakkan perpecahan.

Sementara itu, Razaleigh turut memuji cara baharu yang diperkenalkan dalam pemilihan kali ini sebagai lebih demokratik berbanding kaedah sistem kuota.

Katanya, apabila sistem kuota dihapuskan, sekali gus akan memberi ruang lebih besar untuk pemimpin UMNO menawarkan diri untuk bertanding di peringkat tertinggi seperti yang dibenarkan mengikut Perlembagaan parti.

"Cuma ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik seperti memberi peluang kepada semua tiga juta ahli mengundi bagi memilih kepimpinan parti dan juga tidak meletakkan syarat yang boleh menghalang golongan muda menjawat jawatan lebih tinggi," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan diesel yang disifatkan sebagai tindakan tepat pada masanya.

Jelasnya, kerajaan tidak boleh berterusan memberikan subsidi yang tinggi dan langkah rasionalisasi itu adalah tepat.

"Kerajaan tidak akan mampu untuk menanggung kos subsidi yang tinggi ini sampai bila-bila khususnya dalam keadaan sekarang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat