{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Kursus ICT percuma untuk rakyat

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

Seorang pesara, Syed Muhammad Idrus mempelajari perkara asas mengenai komputer semasa menyertai Kursus Celik ICT Pesara Siri 1/2013 di Pusat Niaga Paya Keladi, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KUALA TERENGGANU 11 Sept. - Bagi memberi pendedahan lebih meluas tentang penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sebanyak 47 buah Pusat Komuniti Bestari (Bestari.Com) di seluruh negeri ini menyediakan kursus ICT secara percuma kepada masyarakat.

Pegawai Teknologi Maklumat Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN), Zulkifli Abdul Kadir berkata, kursus ICT yang terbuka kepada semua golongan dan peringkat umur itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri agar rakyat tidak ketinggalan.

"Hanya perlu ada tiga orang dan maksimum 13 orang pada satu-satu masa bagi membolehkan kursus sehari diadakan di Bestari.Com berhampiran. Kita berharap lebih ramai masyarakat memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara berterusan ini.

"Setiap peserta akan memperoleh Sijil Kursus ICT yang sah digunakan di mana-mana agensi," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Celik ICT Pesara Siri 1/2013 di Pusat Latihan ICT, di Pusat Niaga Paya Keladi di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 30 orang warga emas daripada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Terengganu menghadiri kursus berkenaan yang bermula seawal pukul 9 pagi sehingga 5 petang selama dua hari.

Turut hadir sama, Yang Dipertua PPKM negeri, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah.

Zulkifli memberitahu, setiap peserta yang menghadiri kursus didedahkan dengan perkakasan, komponen komputer, aplikasi perisian serta penggunaan internet dan email.

Tambahnya, bagi memudahkan pengguna di Bestari.Com, setiap pusat itu akan dipantau seorang pegawai teknologi maklumat (IT) serta seorang pembantu teknikal supaya membolehkan sebarang masalah dan pertanyaan pengguna diselesaikan.

"Kita harap golongan muda serta mereka yang ingin mendalami ilmu ICT dapat memanfaatkan kemudahan ini kerana ia diadakan secara percuma berbanding kursus yang dilakukan pihak luar yang mengenakan bayaran yang mahal.

"Kita juga mengalu-alukan mana-mana persatuan atau jabatan kerajaan yang mahu anjurkan sebarang kursus melibatkan ICT serta kursus reka bentuk dan fotografi juga boleh memohon kepada pihak kita di mana kita akan menyediakan pegawai yang terlatih dalam bidang berkaitan," jelasnya.

Hadiah besar Larian Jambatan Sultan Mahmud

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

KUALA TERENGGANU 11 Sept. - Larian Jambatan Sultan Mahmud yang menawarkan hadiah berjumlah RM329,700 berjaya menarik 8,011 penyertaan dari dalam dan luar negara untuk bersaing pada 28 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 142 orang adalah dari luar negara termasuk juara tahun lalu, Kiproo Lilian Kennedy dari Kenya.

Turut mengesahkan penyertaan dalam maraton itu ialah peserta dari Thailand, Amerika Syarikat, Uganda, Indonesia, Nigeria, Ethopia, Perancis, Nepal, Jepun dan Croatia.

Malah katanya, pihak urus setia terpaksa menolak lebih 1,000 lagi permohonan kerana mereka mendaftar selepas tarikh tutup pada 28 Ogos lalu.

Menurut beliau, walaupun ada yang membuat rayuan, tetapi pihak penganjur terpaksa menolak dan memutuskan tidak akan membuat pindaan bagi memastikan program yang diatur itu mengikut jadual.

Beliau berkata, penyertaan meningkat dengan ketara mungkin disebabkan hadiah telah dinaikkan daripada RM200,000 pada tahun lalu, di samping kategori ditambah daripada 16 kepada 19.

"Tiga kategori baharu yang diperkenalkan ialah terbuka lelaki antarabangsa yang menawarkan hadiah RM77,000 dan terbuka wanita antarabangsa RM58,000 serta orang kurang upaya (OKU) kerusi roda terbuka,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kategori lain yang dipertanding ialah terbuka lelaki Malaysia, terbuka wanita terbuka Malaysia, lelaki terbuka veteran, wanita terbuka veteran, lelaki tertutup, wanita tertutup, lelaki tertutup junior, lelaki tertutup senior veteran, lelaki institusi pengajian tinggi (IPT), wanita IPT, sekolah menengah lelaki, sekolah menengah perempuan dan sekolah rendah lelaki.

Rozi menambah, jarak larian pula antara 5 kilometer hingga 42 kilometer yang melibatkan kategori terbuka lelaki dan wanita antarabangsa.

Larian Jambatan Sultan Mahmud anjuran kerajaan negeri itu dihidupkan semula tahun lalu setelah 14 tahun dan kali ini lebih meriah sempena sambutan Tahun Melawat Terengganu 2013.

Pas Kelantan mahu buat kajian

Posted: 11 Sep 2013 11:13 AM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan akan membuat kajian berhubung laporan Jabatan Perangkaan yang mendedahkan purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat negeri ini pada tahun lalu adalah yang terendah di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang ulasan berhubung laporan Jabatan Perangkaan itu buat masa sekarang sebelum kajian dilakukan.

"Saya tidak boleh nak sahkan lagi perkara itu sebab itu saya buat kajian dahulu perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengecam dan mengutuk keganasan yang berlaku di Mesir.

Sebelum ini, akhbar melaporkan laporan Jabatan Perangkaan tentang purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Kelantan yang terendah pada tahun lalu berbanding negeri-negeri lain, antara lain disebabkan kurangnya pelaburan dari luar.

Berdasarkan hasil Penyelidikan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan oleh jabatan berkenaan mendapati, purata bulanan isi rumah rakyat negeri ini ialah RM3,168, diikuti Kedah RM3,425 dan Perlis (RM3,538) berbanding bagi Malaysia sebanyak RM5,000.

Pada masa sama, Kelantan merupakan negeri kedua termiskin dengan jumlah kemiskinan sebanyak 2.7 peratus, manakala Sabah di tangga terbawah dengan 8.1 peratus pada 2012.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, Kelantan akan terus menghantar pelajarnya melanjutkan pengajian ke Mesir sekiranya keadaan di negara itu mengizinkan.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri yang mengecam keganasan berlaku di Mesir tidak melibatkan bidang pendidikan kerana negara itu telah menjadi pusat kepada ribuan rakyat negeri ini menimba ilmu sejak sekian lama.

"Kita lihat keadaan, kita tunggu dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri, seandainya didapati keadaan aman dan mengizinkan kita akan hantar (pelajar).

"Dari segi pendidikan kita tidak ada kaitan dengan hal ini (krisis berdarah), di mana sahaja pun kalau negara aman, dari segi pendidikan kita hantar (pelajar),'' jelas beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat