{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Kerajaan bantu 581 usahawan tani

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 14 Sept. - Seramai 581 petani dan usahawan tani di bawah bimbingan Jabatan Pertanian negeri menerima bantuan peralatan industri asas tani serta jentera pertanian daripada kerajaan negeri bernilai RM664,300.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (gambar) berkata, bantuan itu disalurkan melalui Jabatan Pertanian negeri.

Beliau berkata, bantuan yang disampaikan merangkumi peralatan seperti pam air, pam racun, mesin rumput, ketuhar gelombang mikro, mesin penghiris pisang dan peti sejuk.

Justeru, beliau berharap bantuan yang diberikan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh petani dan usahawan tani terbabit bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

"Ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bagi meringankan beban mereka dalam mengusahakan bidang masing-masing.

"Selain itu, program ini juga diharap dapat membantu mereka mengurangkan kos (melalui pengagihan bantuan peralatan) selain dapat meningkatkan lagi produktiviti serta hasil pengeluaran yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kursus Keselamatan Penggunaan Jentera Pertanian dan Peralatan Industri Asas Tani dan Penyerahan Jentera Pertanian, dekat sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Ab. Llah Ismail.

Sementara itu, penerima bantuan yang ditemui, Wan Mustafa Wan Yeh, 53, berkata, bantuan itu sedikit sebanyak menjana pendapatannya sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga jika dibandingkan sebelum ini.

Menurutnya, dia menerima bantuan pam air untuk meningkatkan pengeluaran sayur pada masa hadapan.

"Dengan adanya bantuan ini sudah pasti menjadi pembakar semangat untuk saya mengembangkan hasil tanaman dan jika boleh usaha saya selama ini akan menjadi semakin maju," katanya yang mengusahakan tanaman cili, timun serta labu.

Seorang lagi penerima, Fauzi Jusoh, 49, melahirkan rasa terharu dan mahu menjadikan bantuan yang diterimanya itu sebagai pembakar semangat untuk mengembangkan lagi pengeluaran hasil tanamannya.

"Saya harap dengan adanya bantuan mesin jentera ini, saya dapat menjalankan kerja dengan lebih mudah berbanding sebelum ini," jelasnya.

Unit Pendidikan Utusan bantu calon SPM

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

SEBAHAGIAN calon Sijil Pelajaran Malaysia yang mengikuti Program Pecutan Terakhir anjuran Sekretariat Malaysia Prihatian dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia khusyuk mendengar ceramah di Dabong, Kuala Krai, Kelantan, semalam.

KUALA KRAI 14 Sept. - Sekretariat Malaysia Prihatian (SMP) dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia yakin Program Pecutan Terakhir anjuran mereka mampu meningkatkan tahap pencapaian akademik calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Dabong, pada tahun ini.

Pembantu Penyelidik dan Projek Pendidikan SMP, Ahmad Buhari Marzuki berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi kebanyakan calon SPM di daerah ini mempunyai potensi untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Menurutnya, sepanjang program tersebut berlangsung kesemua calon didedahkan dengan teknik menjawab soalan oleh guru pakar dan motivasi bagi memastikan mereka berada pada tahap terbaik sebelum menempuh peperiksaan SPM nanti.

"Pendekatan motivasi dan akademik bagi memastikan kedua-duanya bergerak secara seiring, secara tidak langsung kita mampu melahirkan pelajar yang cemerlang.

"Selain itu, kita turut bekalkan pelajar dengan modul dan rujukan terbaik bagi memastikan mereka mendapat keputusan cemerlang dalam SPM nanti," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, di sini hari ini.

Program selama dua hari yang bermula semalam disertai oleh seramai 222 calon SPM dari tiga buah sekolah di kawasan Kuala Krai iaitu SMK Lakloh, SMK Dabong dan SMK Manek.

Ahmad Buhari memberitahu, program tersebut memberikan fokus kepada empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Sejarah dan Matematik.

Katanya, program ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai.

"Hasrat kami ialah melihat lebih ramai calon-calon SPM di kawasan ini memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. SPM merupakan peperiksaan yang penting kerana ia akan menentukan masa depan pelajar berkenaan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Buhari memberitahu, pada tahun hadapan pihaknya akan menjalin kerjasama dengan Kolej Komuniti Jeli dalam soal peluang menyambung pengajian di sana.

Robot Jalur Gemilang simbol sambutan

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

ABDUL Hadi Ariffin (tengah) bersama pelajar memasang Jalur Gemilang pada replika robot transformers di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Payong Marang, Kuala Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Meskipun Bulan Kemerdekaan akan berakhir esok (16 September), sambutannya masih tetap meriah dengan banyak pihak mengambil inisiatif meraikannya dengan pelbagai cara selain mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan kepada negara.

Tidak ketinggalan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong, Marang yang berjaya menghasilkan sebuah robot setinggi 6.1 meter (20 kaki) yang dihiasi sebanyak 50 helai Jalur Gemilang dari pelbagai saiz.

Penyelaras projek, Abdul Hadi Ariffin berkata, selain itu, robot tersebut diperbuat daripada bahan-bahan terbuang berupa kayu dan buluh, hasil kreativiti lima orang guru, 10 pelajar yang turut dibantu wakil Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Beliau yang juga guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkenaan berkata, kerja-kerja mencipta robot Jalur Gemilang itu mengambil masa selama dua minggu membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM800.

Menurutnya, robot itu juga dicipta bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Pertandingan Keceriaan Merdeka Sekolah-Sekolah Menengah peringkat negeri Terengganu 2013.

"Dalam pertandingan yang disertai tujuh buah sekolah dari setiap daerah itu baru-baru ini, SMK Seri Payong memenangi tempat kedua manakala SMK Ketengah Jaya, Dungun muncul johan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, johan pertandingan dipilih mewakili Terengganu untuk ke peringkat kebangsaan dan penyertaannya akan dinilai sebelum keputusannya diketahui pada 16 September nanti.

Beliau menjelaskan, robot Jalur Gemilang itu kini diletakkan di pekarangan pintu masuk utama SMK Seri Payong untuk tempoh tertentu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat