Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
Natalie Portman bunga hati Thor Posted: Natalie Portman bunga hati ThorSELEPAS filem Thor pada tahun 2011, wajah aktres Natalie Portman hilang sebentar dari layar perak. Menyepi setelah memenangi anugerah Oscar untuk watak Nina Sayers dalam filem Black Swan serta melahirkan permata hati pertamanya, Aleph Portman-Millepied pada Jun 2011, Natalie kini kembali. Kemunculan semulanya tahun ini umpama balas dendam apabila sebanyak empat buah filem menanti tayangan secara giliran iaitu Thor 2: The Dark World, Knight Of Cups, Jane Got A Gun dan sebuah filem arahan Terrence Malick yang masih belum mempunyai judul. Filem terdekat menemui penonton sudah pasti sekuel filem Thor iaitu Thor 2: The Dark World yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada hari ini. Bercakap tentang filem epik yang turut menjalani penggambaran sekitar London, England, Natalie mengakui, dia cukup gembira apabila dapat kembali sebagai Jane Foster dan menjalin semula cinta yang tertangguh dengan Thor. "Memang seronok dapat kembali sebagai Jane. Bagi saya, sangat sukar untuk mendapat peluang memegang watak sebagai sainstis wanita dalam filem epik seperti ini," ujarnya. Sambung Natalie, 32, disebabkan cintanya dengan Thor tertangguh dalam filem pertama, sekuel ini menyaksikan mereka kembali bersatu sebagai pasangan. "Jane masih rindukan Thor tetapi dan cuba meneruskan hidupnya. Bagaimanapun dia marah dan sedih kerana Thor tidak berjumpa dengannya ketika Thor berada di bumi sewaktu menyelamatkan bumi (The Avengers). "Namun, selepas ditenangkan Thor dan diberitahu alasan yang kukuh, Thor dan Jane menjadi satu pasukan yang hebat bukan sahaja dalam cinta tetapi juga dalam misi menyelamatkan bumi," ujarnya. Apabila disoal tentang perasaannya ketika bercium dengan watak Thor yang dipegang oleh Chris Hemsworth, Natalie hanya tertawa. Dia hanya mempunyai ketinggian 162 sentimeter (sm) sedangkan Chris berketinggian 195sm. NATALIE PORTMAN dan Chris Hemsworth kembali bergandingan dalam Thor 2: The Dark World sebagai pasangan kekasih. "Saya memegang watak Jane itu kerana saya dapat buat sesiapa kelihatan lebih besar apabila mereka berdiri di sebelah saya. Mungkin penonton tidak sedar tetapi saya seorang yang sangat rendah. "Biasanya pihak produksi akan menyedia pentas kecil atau bongkah kayu ketika saya berjalan atau adegan romantis supaya wajah saya sentiasa hampir dengan wajah Chris. Bagi saya Chris kekasih yang hebat di layar perak," tutur Natalie membocorkan rahsia. Luahnya lebih lanjut tentang Chris, ternyata Natalie cukup senang bekerjasama di samping aktor kelahiran Australia itu. "Saya sentiasa senang dan seronok bekerja dengan Chris kerana dia sentiasa berlawak di set penggambaran. Jika diikutkan, dia paling penat kerana banyak adegan aksi tetapi dia sentiasa penuh dengan tenaga. "Dia juga seorang yang sangat fokus dengan kerjanya dan saya tidak pernah tertekan sepanjang menjadi Jane di sampingnya," ujarnya. Terpukau di Asgard Dalam filem sekuel ini, Natalie turut mengikut Thor ke tempat asalnya di Asgard dan bagi Natalie, set penggambaran yang menjadikan Asgard realiti cukup hebat. "Set penggambaran cukup hebat. Saya berjalan masuk ke set penggambaran seperti anak kecil yang terpukau dengan keindahan serta kebolehan kru menjadikannya realiti. "Dalam hati saya berkata, kami sedang buat filem, terlupa yang saya turut berlakon (ketawa). Sebagai pelakon saya amat berbesar hati kerana berpeluang untuk melihat kerja tangan yang halus. Dewan sains di Asgard sangat cantik," katanya. Selain set penggambaran, pakaiannya dalam sekuel ini turut berubah kerana harus disesuaikan dengan suasana di Asgard bukannya di bumi. "Semua baharu bagi saya termasuk pakaian mengikut penduduk di Asgard. Jadi, watak saya secara automatik menjadi tidak selesa dengan pakaian yang disarungkan di Asgard. "Lucunya, Jane telah menggabungkan jaket moden yang dipakainya ketika di bumi dengan gaun Asgard. Gabungan itu memang pelik dan cukup untuk membuatkan orang ketawa," katanya. Selepas filem Thor dan The Avengers, penonton masih teruja mengikuti watak Thor dan saudara angkatnya, Loki. Jelas Natalie, perjalanan hidup dan konflik hidup Thor yang mudah dikaitkan dengan kehidupan semua orang menjadi kunci utama kenapa watak Thor terus diminati. "Thor seorang yang mengharungi kesukaran hidup seperti mana manusia lain. Dia mempunyai masalah dengan bapanya, nasibnya yang harus menjadi raja dan bertarung apa yang ingin dilakukan dalam hidupnya. "Semua ini merupakan rencah klasik yang menjadi sebahagian dalam kehidupan kita hari ini," tuturnya.
Los Angeles ke Paris Beralih ke kehidupan peribadinya, Natalie yang berkahwin dengan Benjamin Millipied, seorang koreografer ballet yang ditemui ketika berlakon dalam filem Black Swan, dikhabarkan bakal berpindah ke Perancis pada penghujung tahun depan. Natalie sanggup meninggalkan Los Angeles demi mengikut suaminya yang menjadi pengarah Paris Opera Ballet. "Saya amat sukakan Los Angeles kerana ia tempat yang menarik dan penuh dengan kesenian. Apabila Ben bertanyakan kepada saya adakah saya mahu tinggal di Perancis, saya terkejut. "Semua orang mengidam untuk tinggal di Perancis kerana ia sebuah tempat yang hebat di dunia. Bahasa Perancis saya okey, rasanya tidak ada masalah untuk berkomunikasi. "Selepas berbincang dan meneliti apa yang patut serta apa yang kami peroleh sepanjang berada di sana, kami bersetuju untuk berpindah pada penghujung tahun depan," tuturnya. Natalie yang kini tampil dengan rambut paras bahu mengakui, sebelum ini dia seorang yang takut untuk meluahkan pendapatnya kerana bimbang disalah erti. "Saya tidak suka meluahkan pendapat secara lantang tetapi sekarang saya sudah boleh meluahkan pendapat saya secara terbuka mengikut peredaran masa. "Saya sedar, sikap saya yang tidak suka beri pendapat sebelum ini adalah cuba membuatkan semua orang suka dan senang dengan saya. Itu pemikiran saya yang tidak matang (ketawa). "Sekarang saya lebih matang dan boleh berbicara tentang sebarang topik tanpa rasa gentar," akuinya. | ||
Saya tak nak jadi perabot tua - FBI Posted: Saya tak nak jadi perabot tua - FBIOleh MALIAH SURIP
PADA 24 Oktober lalu, tanpa angin atau ribut, Faizal Ismail melalui medium sosial Twitter dan Facebook peribadinya mengumumkan dirinya meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM. Pengumuman tersebut telah mengejutkan banyak pihak, sementelah Faizal mahu mengundurkan diri pada saat namanya masih menjadi sebutan sebagai salah seorang penyampai radio paling popular di Malaysia. Alasan Faizal yang terkenal dengan jolokan FBI itu, dia mahu memberi fokus terhadap perniagaan yang baru ditubuhkan dua bulan lalu, FBI Entertainment. Sdn. Bhd. Tidak memberi sebarang kenyataan pada hari berita tersebut tersebar kerana menghormati syarikat tempatnya bekerja, Faizal hadir bersama Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul bertemu pihak media memberi pencerahan terhadap keputusan nekadnya untuk memulakan cabaran baharu dalam kehidupannya. Kosmo!: Mungkin Faizal boleh lanjutkan kenyataan tentang pengumuman meninggalkan Hot FM seperti yang diumumkan pada 24 Oktober lalu. Adakah benar anda berhenti 24 jam atau bagaimana proses persaraan ini terjadi? FAIZAL: Pertama sekali, saya memohon maaf kerana selepas membuat pengumuman peletakan jawatan pada 24 Oktober lalu, saya gagal dihubungi pihak media. Ini kerana saya mahu menghormati pihak tempat saya bekerja yang juga terkejut dengan keputusan saya. Keputusan tersebut saya ambil tanpa pengetahuan sesiapa, kecuali isteri dan berfikir ini adalah masa terbaik buat saya memulakan satu fasa lain iaitu mengembangkan bisnes saya yang baru bermula dua bulan lalu. Sebenarnya, ia bukan peletakan jawatan 24 jam seperti yang didakwa, sebaliknya saya mengikut prosedur syarikat iaitu surat peletakan jawatan itu akan aktif dalam tempoh enam bulan. Mungkin, ada yang menyangka 24 Oktober sebagai 24 jam, jadi kekeliruan berlaku di situ. Jadi, sebenarnya bila anda benar-benar akan meninggalkan Hot FM? Selepas perbincangan, perkhidmatan saya secara kontrak akan tamat pada 15 November ini. Namun, bermula Disember, saya akan bekerja secara sambilan pada hujung minggu untuk mengisi slot yang sesuai dengan saya.
Anda sedang berada di puncak karier dan begitu popular tetapi mengapa berani mengambil keputusan drastik sebegini? Saya tidak mahu hidup dalam kepompong atau zon selesa yang membuatkan saya lupa untuk mencabar dan mempertingkatkan diri. Saya kira, tujuh tahun lalu sebelum saya menyertai stesen radio ini, banyak yang bertanya tentang keyakinan saya untuk menjadi deejay di sebuah stesen radio yang belum dikenali dan saya berjaya mencabar diri saya kerana saya memang cintakan bidang ini. Saya masih ingat, saya bermula dari bawah sehingga berada pada tahap sekarang. Kemudian, saya rasa, saya sudah mencapai semua yang saya inginkan dan saya tidak mahu terlalu selesa. Lantas, saya kini mahu bergerak pada fasa seterusnya iaitu dunia bisnes. Sekali lagi saya diajukan persoalan yang sama dan jawapan saya masih sama, saya mahu mencabar diri saya. Satu lagi, saya selalu ingatkan diri sendiri agar 'pergi sebelum waktunya' sebab saya tidak mahu menjadi 'perabot tua' di pejabat apabila tiba kitaran itu. Tidak sayang melepaskan dunia selebriti dan populariti? Sejak dulu, itu bukan matlamat saya, jadi saya tidak berasa rugi. Saya kira, insya-Allah bidang bisnes saya juga nanti akan membuka lembaran yang baik buat saya kerana saya masih berada dalam industri hiburan dengan melakukan servis di belakang tabir. Apakah perasaan anda selepas membuat pengumuman tersebut? Lega? Ya, lega itu lebih bersifat peribadi. Atau adakah anda sebenarnya sudah penat dengan dunia anda sekarang? Kalau nak cakap soal penat, pada setahun pertama menyertai Hot FM, ia merupakan tahun yang paling padat buat saya. Kemudian, ia akhirnya menjadi satu rutin dan ya, saya akui, kini saya berasa penat | ||
Posted: Highland Tower bukan kliseSUASANA seram di Highland Tower yang dirakam oleh sekumpulan remaja ini menjadi intipati utama filem Highland Tower. BUKAN pertama kali, namun sudah banyak kali, tapak runtuhan bangunan Highland Tower pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 43 nyawa dijadi- kan subjek bagi segelintir penggiat seni. Topik yang selalu diangkat, tentulah gambaran klise tentang misteri atau kewujudan hantu di tapak lokasi. Namun kali ini, Highland Tower dijadikan satu naskhah filem yang lebih bersifat dokumentari. Diarahkan oleh Pierre Andre, Highland Tower harus diakui mempunyai banyak elemen kejutan dan bukan sebuah filem hantu tipikal yang berlambak di pasaran. Jeritan atau adegan berlari-lari menyelamatkan diri merupakan unsur asas cerita seram, namun untuk sebuah subjek dokumentari seperti filem ini, hal-hal klise seperti itu dimaafkan. Ironi, Highland Tower juga tidak dibikin dalam sebuah naskhah yang memerlukan pelakonnya meluahkan perasaan dalaman untuk karakter lakonan masing-masing. Seolah-olah melakonkan watak diri sendiri, barisan pelakon utamanya iaitu Mikael Andre, Nizam Zaidi, Eddy Rauf, Shima Anuar, Atikah Suhaimi dan Adibah Yunus dalam filem ini, masing-masing dikenali dengan nama yang sama. Menariknya, biarpun mereka bukan pelakon terkenal atau berada dalam kategori pelakon gred A, namun persembahan lakonan mereka harus diberi pujian. Sementelah, jalan cerita Highland Tower yang dibikin dalam konsep found footage (sebahagian rakaman filem yang dijumpai atau dalam bentuk rakaman video) itu cukup hidup, biarpun mendapat sedikit suntingan bagi mengekalkan keaslian filem ini, umpama menghidupkan kisah misteri di tapak runtuhan tersebut. Kisahnya bermula apabila Mikael dan Nizam ingin membuat sebuah dokumentari seram. Mereka cuba mendapatkan bantuan daripada pihak Metrowealth untuk mengetengahkan idea mereka itu. MIKAEL ANDRE (depan) turut menyuntik aura tersendiri dalam menguatkan tenaga lakonan untuk filem Highland Tower. Selepas berbincang, Metrowealth kemudian telah bersetuju dengan idea mereka. Tanpa berfikir panjang, Mikael telah menghubungi kawan-kawannya iaitu Anuar, Shima, Atikah dan Adibah bagi menjayakan dokumentasi tersebut. Sepanjang tiga hari merakam semua momen di tapak runtuhan tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku. Ia adalah satu fakta yang bukan lagi hanya momokan buat tujuh sekawan ini. Semua perkara terakam jelas di dalam penggambaran tersebut. Aura keseraman dibungkus rapi apabila naskhah berdurasi 85 minit ini membabitkan penggambaran dilakukan 100 peratus pada waktu malam yang gelap dan sunyi, sekali gus menimbulkan aura seram. Dialog-dialog yang dilontarkan juga bukan muncul atas dasar skrip. Antaranya: "Wei jomlah kita balik. Aku rasa ada yang tak kena." Ia menjelaskan perasaan Eddy yang mulai berasa seram setelah sampai di pintu masuk menuju bangunan tersebut. Antara babak yang mendebarkan termasuklah ketika Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri. Mereka seronok dan percaya bahawa dokumentari itu akan membuahkan hasil. Atikah terdengar bunyi aneh. Dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Pelbagai kejadian aneh telah menghantui dan menyelubungi mereka. Pada suatu ketika, lampu semua terpadam secara tiba-tiba. Shima meraung dan menangis ketakutan. Tiba-tiba Shima hilang dilarikan oleh sesuatu. Mereka mula buntu. Bagi mengetahui dan merungkaikan apa yang terjadi kepada mereka dan ke mana hilangnya Shima, mari saksikan filem seram ini. Kepada anda yang berani, cabar diri anda dengan membeli tiket untuk menyaksikan kisah mistik dan misteri di panggung wayang berdekatan bermula hari ini (31 Oktober). |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |