Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Ada sebab ceraikan isteri
- Mati nahas sekembali dari Mekah
- MIC mahu cuti Deepavali dua hari - Palanivel
Posted: Ada sebab ceraikan isteri
BATU MAUNG - "Saya ceraikan isteri dalam keadaan waras." Demikian pengakuan bekas suami wanita yang dijatuhkan talak tiga hanya selepas tiga jam mereka melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini pada Ahad lalu. Pemuda yang mahu dikenali sebagai Azhar, 19, memberitahu, dia tidak melafazkan cerai ke atas isterinya itu atas faktor emosi sebaliknya berbuat demikian dalam keadaan sedar. Azhar mendakwa, dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang enggan dikongsi dengan pihak luar kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Mati nahas sekembali dari Mekah Posted: Mati nahas sekembali dari MekahOleh SHAHRULANOOR ISHAK KEADAAN van membawa lima jemaah yang terlibat dalam kemalangan selepas merempuh sebuah lori di Kilometer 210.2, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang, Kuantan semalam. KUANTAN – Tiga jemaah haji yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah menemui ajal selepas van yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori muatan bijih besi di Kilometer 210.2, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang di sini semalam. Mangsa yang terkorban dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu ialah Fatimah Said, 63, Zainab Awang Hassan, 59, dan Kamarudin Ab. Rahman, 43. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian itu turut menyebabkan tiga yang lain iaitu isteri Kamarudin, Tuan Mazlinawati Tuan Abdullah, 40, dan ibunya, Rokiah Ibrahim, 63, serta pemandu van, Robaie Roslan, 45, cedera. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
MIC mahu cuti Deepavali dua hari - Palanivel Posted: MIC mahu cuti Deepavali dua hari - PalanivelPUTRAJAYA - MIC akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya memberikan cuti umum dua hari bagi sambutan perayaan Deepavali, kata Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel. Katanya, sebagai sambutan nasional, perayaan yang disambut masyarakat India beragama Hindu dan Sikh di negara ini wajar diberikan cuti umum dua hari, bagi memeriahkan lagi perayaan itu. "Sekarang cuti umum hanya satu hari sahaja. Saya akan kemukakan cadangan cuti umum dua hari kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada majlis rumah terbuka sambutan Deepavali MIC 2013 di pekarangan kuil di Batu Caves, pada 2 November nanti. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |