{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Awanama

Utusan Online - Timur


JPP kenal pasti lokasi sesuai

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

MAKHTAR Mustapha (tiga dari kiri) bersama Azran Deraman (tengah) beramah mesra dengan anggota Alumni UiTM Cawangan Kelantan dalam Majlis Hi-Tea Alumni-Sahabat UiTM Cawangan Kelantan 2013 di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

KOTA BHARU 29 Okt. - Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan sedang mengenalpasti lokasi bagi pembinaan Kampus Kota Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti lokasi di kawasan Lundang untuk pembinaan kampus itu dan masih dalam proses perbincangan.

''Jika lokasi tersebut sesuai dan dipersetujui, pihak kementerian akan bertindak menyediakan peruntukan bagi pembinaan kampus berkenaan," katanya selepas Majlis Hi-Tea Alumni-Sahabat UiTM cawangan Kelantan 2013 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan (JKKNNK) di Tanjung Chat dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kelantan, Azran Deraman; Pengarah Urusan Tegas Venture Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar.

Pada majlis tersebut, seramai 150 Alumni UiTM cawangan Kelantan berkumpul bersama-sama Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya Dr. Mohd. Shukri Omar.

Pembinaan kampus bandar UiTM itu merupakan satu daripada tujuh projek besar yang hendak dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi membangunkan Kelantan dalam Pilihan Raya Umum lalu.

Makhtar berkata, pihaknya akan berusaha agar projek itu dapat dicapai bagi memberi keselesaan kepada pelajar meneruskan pengajian mereka di kampus itu.

Katanya, keperluan terhadap kampus baharu itu sangat mendesak memandangkan bilangan pelajar UiTM yang semakin meningkat setiap tahun.

UCB sasar lahir 1,000 graduan setahun

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

SAMSUDIN Osman (tengah) bersama graduan Kolej Universiti Bestari pada Majlis Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen UCB di TH Hotel di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 29 Okt. - Kolej Universiti Bestari (UCB) yang bakal melaksana konsep universiti wakaf pertama di negara ini berhasrat melahirkan kira-kira 1,000 graduan setiap tahun terutama daripada anak yatim dan miskin dalam pelbagai jurusan bagi memenuhi komitmennya mengubah kehidupan mereka.

Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Prof. Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansur berkata, dengan pelaksanaan universiti wakaf berkenaan bakal memberi peluang lebih besar kepada mereka yang memilih UCB melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Katanya, sejak tiga tahun lalu, UCB menyasarkan kira-kira 100 hingga 150 pelajar anak yatim dan miskin menyambung pengajian di kolej universiti itu setiap tahun dengan kos pengajian ditanggung sepenuhnya.

"Kita merupakan sebuah universiti yang tidak bermotifkan keuntungan semata-mata, jadi, semua kos yuran termasuk yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh kita, misalnya untuk pengajian diploma, yuran sebanyak RM30,000 untuk tiga tahun ditanggung sepenuhnya.

"Jika dibandingkan pada awal pembukaan kolej ini dahulu, mereka perlu membayar 10 peratus daripada yuran pengajian yang ditetapkan, jadi, kita harap melalui pelaksanaan universiti wakaf ini kita dapat meringankan beban ibu atau bapa serta penjaga anak yatim tersebut," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai komitmen UCB terhadap anak- anak yatim selaras dengan matlamat penubuhannya, selepas Majlis Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen UCB Kali Pertama yang berlangsung di Hotel TH di sini baru- baru ini.

Yang turut hadir Canselor UCB, Tan Sri Samsudin Osman; Pro Canselor UCB, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd. Dom dan Datuk Wan Ismail Wan Yusoh serta Naib Canselor UCB, Prof. Dr. Mustapha Ismail.

Tengku Mahmud memberitahu, melalui konsep wakaf itu, pihaknya mensasarkan perolehan sebanyak RM150 juta dalam tempoh lima tahun melalui Skim Wakaf Tapak UCB berkeluasan 128 hektar di atas tanah kampus kolej universiti yang terletak di Mukim Tasik, Setiu.

Jelasnya, tapak UCB itu akan dijual pada kadar RM30 bagi 0.1 meter persegi yang kemudian akan diwakafkan oleh pembeli untuk kegunaan pendidikan.

USM Kubang Kerian jalin hubungan dua hala dengan INCF

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

SEAN Hill (duduk, empat dari kiri) dan Jafri Malin Abdullah (duduk, tengah) bersama peserta taklimat mengenai INCF di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan, kelmarin.

KOTA BHARU 29 Okt. - Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains (P3Neuro) Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, mencipta sejarah selepas menjalin hubungan dua hala dengan Pertubuhan Fasiliti Penyelaras Neuroimformatik Antarabangsa (INCF) yang berpengkalan di Stockholm, Sweden melibatkan kerja-kerja penyelidikan dalam bidang neurosains.

Hubungan dua hala itu dijalin berikutan pengiktirafan Persekutuan Persatuan Pembedahan Neuro Sedunia yang melantik P3Neuro USM sebagai Pusat Latihan Pakar Saraf di negara ini berkuat kuasa 3 Oktober lalu.

Dengan pengiktirafan itu, P3Neuro USM akan menjadi salah satu daripada 16 pusat latihan saraf antarabangsa yang diiktiraf persekutuan berkenaan bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan.

Presiden INCF, Prof. Sean Hill berkata, hubungan itu juga membolehkan pakar-pakar neuro USM berkongsi maklumat dan menyertai pelbagai perkembangan penyelidikan dunia berkaitan fungsi serta peranan otak manusia.

Menurut beliau, antara peranan INCF adalah membangun alat perisian dan menyediakan pangkalan data mengenai neurosains yang standard dan diperakui di peringkat dunia.

"INCF juga mengumpulkan perisian informatif di pusat perisian pertubuhan itu yang mana sesiapa sahaja boleh memuat turun dokumentasi dan maklumat berkaitan neurosains, mereka cipta sejenis perisian dikenali sebagai 'a wiki'," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat mengenai INCF di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian di sini semalam.

Taklimat itu dihadiri kira-kira 30 peserta mewakili enam universiti tempatan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan USM.

Sementara itu, Pengarah P3Neuro USM, Prof. Jafri Malin Abdullah berkata, kerjasama dengan INCF membolehkan universiti menjalankan lebih banyak penyelidikan berkaitan neurosains setelah mendapat kelulusan daripada pesakit dan pihak Jawatankuasa Etika Manusia yang telah diwujudkan oleh USM sebelum ini.

"Penyelidikan itu penting untuk negara bagi mendapatkan kaedah rawatan terbaharu penyakit berkaitan otak, termasuk masalah berkaitan disleksia dan pembelajaran," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar