{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lurah bilut - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lurah bilut - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 di <b>lurah bilut</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 09:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di lurah bilut</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Oct 2013 09:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Muzium Felda <b>Lurah Bilut</b> Rakam Kronologi Awal Peneroka | Hidup <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2012 09:30 AM PDT

Ini adalah kisah percutiana kami yang masih beluh tercatat…. kena update kat blog untuk catatan kenangan peribadi.  Untuk rujukan generasi akan datang juga pengetahuan kita bersama.

Dalam perjalanan balik dari Tasik Keyir tempoh hari, saya bukan saja singgah di Muzium Warisan Kuala Lipis, malah kami singgah pula di Muzium FELDA Lurah Bilut, Bentong, Pahang.  Dua muzium dalam satu perjalanan.

Muzium FELDA Lurah Bilut telah dirasmikan oleh Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak pada bulan September 2005. Muzium ini adalah pejabat lama FELDA Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958 dan telah diubahsuai.

muzium felda lurah bilut bentong

FELDA Lurah Bilut yang terletak kira-kira 19 Kilometer dari bandar Bentong, Pahang merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1958

Bilut adalah sejenis ikan yang hidup di dalam sungai air tawar secara berkumpulan . Nama sainstifiknya ialah Krytopterus Cryptopterus.

ikan bilut

Muzium ini berkonsepkan rumah Melayu tradisional dan mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka juga kronologi pembukaan FELDA Lurah Bilut dan artifak-artifak lama yang berkaitan dengan sejarah FELDA Lurah Bilut .

muzium lurah bilut

Muzium FELDA Lurah Bilut dibuka setiap hari kepada orang ramai dan tiada bayaran dikenakan .

Kumpulan pertama peneroka seramai 28 orang dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur tiba di Lurah Bilut pada 2 Ogos 1959 diketuai Ahmad Husin . Beliau yang lahir pada 1901 meninggal dunia pada 10 Februari 1984.

Semasa mula masuk ke rancangan, peneroka datang berseorangan. Isteri dan anak dibawa  setelah mereka siap membina rumah kira-kira lima bulan kemudian. Peneroka di Lurah Bilut merupakan peneroka dalam erti sebenar.

Apabila peneroka tiba di tanah rancangan, tiada apa yang ada. Hutan belum ditebang, ladang belum ditanam  dan rumah belum didirikan. Semuanya perlu dibuat sendiri dan mereka dibayar kira-kira RM69 sebulan.

Mereka ditempatkan di beberapa buah bangsal panjang sebagai rumah tumpangan sebelum rumah masing-masing  yang didirikan secara bergotong-royong itu siap.  Inilah ciri penting yang membezakan penempatan peneroka FELDA Lurah Bilut berbanding dengan rancanganFELDA yang lain, di mana rumah mereka siap dibina terlebih dahulu sebelum peneroka dipanggil masuk ke rancangan.

bayi pertama yang dilahirkan

Pada 16 – 8 -1960 , seorang bayi perempuan anak pasangan peneroka Zainal bin Ali dan Radziah binti Othman telah dilahirkan menjadikan beliau adalah bayi pertama yang dilahirkan di FELDA Lurah Bilut. Disebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak sempurna di waktu itu, kebanyakkan peneroka akan menghantar isteri mereka balik ke kampung untuk melahirkan anak .

Pengurus Rancangan/ Manager Tuan Ding Charles seorang Inggeris yang fasih berbahasa Melayu mencadangkan nama Norvelly memandangkan bayi pertama ini dilahirkan di Bilut Velly.

Sekolah Wawasan Lurah Bilut merupakan sekolah terawal yang berjaya melaksanakan konsep sekolah wawasan. Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut, Sekolah Jenis Kebangsaan  Cina Lurah Bilut dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lurah Bilut ditempatkan dalam satu kawasan . Mereka berkongsi menggunakan kemudahan seperti kantin, padang permainan, tandas serta tempat perhimpunan. Mereka juga melakukan aktiviti seperti sambutan hari guru, sukan dan aktiviti kokurikulum bersama-sama.

paip air

Sistem bekalan air bersih untuk peneroka di era 60′an hingga 70′an dipasang di pinggiran jalan dan kebiasaannya dikongsi bersama 8-10 buah rumah.

Sekiranya melalui perjalanan dari Bentong ke Raub, singgahlah ke FELDA Lurah Bilut ini.  Bawa anak-anak untuk melihat dan mengetahui pelbagai kisah kepayahan generasi terdahulu yang berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik.  Lihat dan baca kisah betapa gigih dan semangat generasi ini membangunkan kehidupan.

Melawat muzium seperti ini adalah satu bentuk pembelajaran yang baik bagi mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan dan sejarah negara. Kita boleh menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat