Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- AS didakwa miliki fasiliti mengintip di KL
- Warga Brazil meluncur ombak gergasi
- Model wanita bergambar dalam laut
AS didakwa miliki fasiliti mengintip di KL Posted: AS didakwa miliki fasiliti mengintip di KL
SYDNEY - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mencuri dengar perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi dengan menggunakan fasiliti pengintipan elektronik di kedutaan dan konsulat AS yang terdapat di Asia Timur dan Asia Tenggara, lapor akhbar Sydney Morning Herald semalam. Pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edrward Snowden yang juga warga AS. Satu senarai peta rahsia turut mendedahkan 90 fasiliti tersebut yang terdapat di seluruh dunia termasuk kemudahan pengintipan komunikasi yang terdapat di Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon. Bertarikh 13 Ogos 2010, peta itu menunjukkan tiada fasiliti berkenaan di lokasi di Australia, New Zealand, Britain, Jepun dan Singapura yang merupakan sekutu rapat AS. Australia mengetahui sepenuhnya berhubung pengintipan elektronik AS ke atas negara-negara rantau di Asia Tenggara dan rakan perniagaannya. Negara itu juga telah mengakses sebahagian besar data yang dikumpulkan oleh AS. Menurut peta itu yang disiarkan oleh majalah Jerman, Der Spiegel semalam, operasi pengintipan itu dilakukan secara bersama oleh Agensi Perisikan Pusat dan NSA menerusi unit yang dikenali sebagai Perkhidmatan Pengumpulan Khas (SCS). Peta tersebut yang pada mulanya disiarkan secara penuh di laman web Der Spiegel tetapi kemudian diganti dengan versi yang ditapis telah menyenaraikan fasiliti SCS di 90 buah lokasi di seluruh dunia termasuk 74 premis dan 14 fasiliti yang dikawal dari jauh. Ia juga memaparkan dua pusat sokongan teknikal SCS. Peta tersebut mendedahkan AS memiliki fasiliti pengintipan komunikasi di Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon. Kedutaan AS di Bangkok juga merangkumi pasukan sokongan teknikal dan digunakan untuk mengendalikan premis pengintipan di Konsulat AS di bandar Chiang Mai. Di Asia Timur, usaha pengintipan AS tertumpu kepada China dengan fasiliti tersebut dibina di Kedutaan AS di Beijing dan Konsulat AS di Shanghai dan Chengdu. Sebuah fasiliti serupa berada di pejabat diplomatik tidak rasmi AS di Taipei. Peta itu mengesahkan bahawa operasi pengintipan komunikasi AS melangkaui ke seluruh dunia dengan fasiliti seumpamanya berada di bandar raya utama di setiap benua. Terdapat lapan fasiliti itu di Asia Selatan termasuk di Kedutaan AS di New Delhi dan Islamabad. Rantau Asia Barat dan Afrika Utara pula dilitupi oleh tidak kurang daripada 24 fasiliti pengintipan manakala rantau Sahara mempunyai sembilan fasiliti serupa. Sebelum ini program pengintipan NSA, X-Keyscore telah dibocorkan oleh Snowden. Program itu merupakan sistem komputer yang digunakan oleh NSA dan rakan perisikannya, FVEY bagi mencari dan menganalisis data internet di seluruh dunia. Menurut dokumen yang disiarkan oleh akhbar Britain, Guardian, X-Keyscore membolehkan NSA memantau hampir segala aktiviti pengguna internet termasuk e-mel, enjin pencarian internet dan penggunaan laman sosial. Beberapa sumber perisikan Australia mengesahkan kepada agensi media Fairfax baru-baru ini bahawa fasiliti itu digunakan untuk mengumpulkan maklumat risikan diplomatik, politik dan ekonomi selain keganasan serta keselamatan. Operasi pengintipan di fasiliti-fasiliti tersebut berlaku di sebuah bilik bangunan kedutaan melibatkan perbuatan mencuri dengar mana-mana perbualan telefon yang disasarkan. - Agensi | |
Warga Brazil meluncur ombak gergasi Posted: Warga Brazil meluncur ombak gergasiBURLE (kanan) dan McNamara bergambar di Nazare, Portugal.- AP LISBON - Seorang peluncur ombak dari Brazil, Carlos Burle mungkin telah mencipta rekod dunia kerana meluncur ombak setinggi 30.48 meter di Nazare, tengah Portugal kelmarin. Media-media tempatan melaporkan Burle mungkin mengatasi rekod Guinness World Records yang dicatatkan warga Amerika Syarikat, Garrett McNamara pada tahun 2011 di lokasi yang sama. McNamara yang berasal dari Hawaii meluncur ombak setinggi 23.77 meter. Burle memberitahu portal tentang aktiviti meluncur ombak, Surfer Today, dia berasa bertuah kerana dapat meluncur ombak pada ketinggian itu. "Kami tidak mengetahui bila kita akan didatangi ombak besar itu," katanya. Burle turut menyelamatkan seorang rakannya, Maya Gabriel yang hampir lemas kerana cuba untuk meluncur pada ketinggian yang tinggi. Dalam pada itu, pihak Guinness World Records masih belum menerima tuntutan daripada Burle untuk mengesahkan rekodnya itu. - Agensi | |
Model wanita bergambar dalam laut Posted: Model wanita bergambar dalam lautSeorang penyelam membantu seorang wanita menyedut oksigen semasa dia menjadi model pada pertandingan bergambar di dalam laut di bandar Eilat, Israel.- REUTERS EILAT, Israel - Sekumpulan jurugambar amatur dan profesional berhimpun di sebuah bandar peranginan tepi pantai di sini untuk menyertai pertandingan merakamkan gambar di dalam laut. Lebih 80 jurugambar menyertai pertandingan tersebut yang diadakan pada 20 hingga 26 Oktober lalu dalam pelbagai kategori. Beberapa model wanita turut menyelam dengan memakai pelbagai fesyen pakaian dan membuat aksi tanpa memakai tangki oksigen semasa gambar mereka dirakamkan. Dasar laut di bandar ini mengandungi bangkai sebuah kapal perang yang karam pada kedalaman 18.28 meter. Kos untuk merakamkan gambar di dalam laut dengan menggunakan kamera kalis air boleh mencecah sehingga AS$40,000 (RM125,821). Hadiah utama imej terbaik yang dirakamkan pada pertandingan itu telah dimenangi oleh Mark Fuller dari Israel yang merakamkan gambar seekor ikan lut sinar. Dia memenangi wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,455). - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |