{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Awanama

Utusan Online - Pendidikan


Ikip, Yayasan Pahang anjur Program Puncak Jaya 2013 bantu calon SPM

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

KUANTAN 29 Okt. - Kolej Antarabangsa Ikip (Ikip) dengan kerjasama Yayasan Pahang, Jabatan Pelajaran negeri dan Jabatan Agama Islam Pahang menganjurkan Program Puncak Jaya 2013 yang membabitkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari seluruh negeri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor baru-baru ini.

Program berkenaan bermatlamat meningkatkan bilangan anak-anak Pahang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan mengenal pasti bidang pendidikan kemahiran yang berpotensi untuk dipilih.

Menurut Ketua Perunding program, Suhaila Mukhtar, seramai 424 calon SPM tahun ini berkampung selama tiga hari dua malam di UIA bagi menjalankan aktiviti yang disusun rapi oleh Ikip dan Yayasan Pahang.

"Pengisian modul bagi Program Puncak Jaya ini memberikan penekanan kepada latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh 25 fasilitator, teknik mengisi borang, ceramah, simulasi menghadapi temuduga, qiamullail, sukan dan rekreasi serta dialog bersama tokoh dari Pahang.

"Bilangan peserta kali ini merupakan yang terbesar dan menjadi tanggungjawab kami sebagai penganjur agar setiap program yang dirangka dilaksanakan dengan jaya dan memberi kesan kepada peserta," katanya di sini.

Tambahnya, beliau berharap program berkenaan dapat dijadikan acara tahunan dan memberikan lambakan pelajar yang lebih ramai di IPT kelak.

"Sehingga kini statistik menunjukkan sebanyak 90 peratus pelajar yang menyertai program ini berjaya ke menara gading.

"Slot yang paling berkesan dikenal pasti ialah teknik mengisi borang yang dijadikan panduan kepada pelajar ketika memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Kegagalan mengisi borang antara faktor pelajar cemerlang gagal ke IPT," jelasnya.

Tambahnya, kebiasaannya, program itu akan menjemput anak-anak Pahang yang berjaya untuk berkongsi pengalaman dan berdialog dengan para peserta.

SMK Ibrahim Fikri rai calon SPM, STPM

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

SEBAHAGIAN daripada pelajar bersama sijil masing-masing dalam Majlis Graduasi SMK Ibrahim Fikri di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 29 Okt. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri di sini, meraikan seramai 243 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam majlis graduasi baru-baru ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada 389 pelajar sekolah itu yang bakal menduduki peperiksaan awam akhir tahun ini dengan sebahagian besarnya bakal meninggalkan sekolah untuk melanjutkan pengajian.

Pengetuanya, Abdullah Mamat berkata, calon SPM yang terpilih mengikuti majlis graduasi tersebut ialah mereka yang lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan percubaan manakala bagi calon STPM daripada kalangan yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas.

"Ini tahun ketiga kita mengadakan majlis graduasi sebagai rangsangan untuk mencapai kejayaan dan menghargai usaha mereka menimba ilmu pengetahuan. Mereka hadir bersama ibu bapa," katanya kepada pemberita dalam majlis itu.

Menurut Abdullah, majlis tersebut yang menjadi tradisi tahunan akan menjadi kenangan manis bagi para pelajar dan mengingatkan mereka terhadap sekolah kelak.

"Kita mahu pelajar berusaha bersungguh-sungguh mencatat keputusan lebih cemerlang dalam peperiksaan sebenar nanti dan majlis ini suatu yang bermakna buat mereka," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar