Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Pekebun haram bawa bencana
CAMERON HIGHLANDS - Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu merupakan petanda awal pusat peranginan terkenal itu kini menjadi bom jangka untuk berlakunya bencana alam besar-besaran. Kerakusan pekebun haram menarah kawasan itu sesuka hati untuk dijadikan kebun sayur komersial tanpa memikirkan impaknya kepada alam sekitar mula membawa padah. Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, lebih mengejutkan, daripada sejumlah lebih 4,000 buah kawasan kebun sayur di tanah tinggi negeri Pahang itu, separuh daripadanya diteroka secara haram. Dalam satu pertemuan eksklusif bersama Kosmo! baru-baru ini, beliau mendedahkan senario menggerunkan dengan membuat dakwaan berlaku 200 tan tanah terhakis di Cameron Highlands bagi setiap hektar dalam setahun. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Orang Minyak buat pusingan URAUB - Seorang perogol bersiri yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun dan sebatan 50 kali menukar pengakuan kepada tidak bersalah terhadap dakwaan merompak dan merogol isteri seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong hujung tahun lalu. Rabidin Satir, 42, sepatutnya dijatuhi hukuman pada prosiding di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia mengaku salah atas tiga pertuduhan itu ketika didakwa kali pertama 7 Oktober lalu. Tertuduh yang dikenali sebagai Orang Minyak dan Rambo Bentong itu bagaimanapun menukar fikiran semasa pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Shahrizat Ismail. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Jadi pengawal untuk samun kedai emas Posted: Jadi pengawal untuk samun kedai emasOleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF dan KHAIRIYAH HANAFI KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan yang baru sebulan bekerja tergamak menyamun kedai emas majikannya yang beroperasi di dalam pusat beli-belah KL Festival City, Setapak di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, suspek yang dikenali sebagai Hikman Jacob, 23, dari Sabah meluru ke arah pengurus premis lalu mengacu pistol ke arah mangsa. Ketika kejadian, selain mangsa, terdapat tujuh orang pekerja sedang menyusun barang kemas di ruang cermin pameran di aras bawah bangunan tiga tingkat tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |