Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Jawatan menteri pengangkutan diputus selepas AGM MCA Posted: 30 Oct 2013 11:17 PM PDT LONDON 31 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan membuat keputusan mengenai jawatan menteri pengangkutan yang belum diisi selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) MCA Disember ini. "Apapun kita tunggu AGM mereka dahulu. Apakah keputusan muktamad yang akan dibuat pada mesyuarat agung tahunan MCA yang akan berlangsung pada bulan Disember. Setelah itu saya akan buat keputusan," kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini. Perdana menteri berada di sini sempena lawatan kerja lima hari bermula 27 Okt untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia Kesembilan yang akan berakhir hari ini. Najib, yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, diminta mengulas keputusan MCA baru-baru ini yang kekal tidak mahu menerima apa-apa jawatan kabinet berikutan kekalahan teruk parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas. Pada 20 Oktober lalu, Mesyuarat Khas MCA telah memutuskan ketetapan itu kekal. Bagaimanapun parti komponen itu meluluskan usul supaya parti menerima jawatan Senator dan sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri, termasuk Exco. Buat masa ini jawatan menteri pengangkutan dipangku oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - BERNAMA |
Posted: 30 Oct 2013 10:58 AM PDT SHAH ALAM 30 Okt. - Kepemimpinan Pergerakan Puteri UMNO di peringkat negeri dijangka akan dirombak secara besar-besaran selepas selesai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah pada 4 November ini. Ketua Puteri UMNO yang baharu, Mas Ermieyati Samsudin (gambar) membayangkan berlakunya pertukaran ketua pergerakan itu di setiap negeri kerana ada dalam kalangan mereka yang sudah habis tempoh memegang jawatan tersebut, selain bertanding dalam jawatan Exco sayap parti itu di peringkat Pusat dalam pemilihan parti baru-baru ini. Beliau berkata, buat masa ini pihaknya memberikan tumpuan kepada usaha untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Katanya, pertukaran atau pengekalan jawatan Ketua Puteri negeri-negeri dilakukan bagi memantapkan sayap parti tersebut sebagaimana Wanita dan Pemuda UMNO. "Pertukaran Ketua Puteri tidak dapat dielakkan dan soal siapa yang akan ditukar dan dikekalkan bakal dibincangkan di peringkat Exco tertinggi Puteri UMNO. "Setelah keputusan dibuat, saya akan menyerahkan senarai barisan Ketua Puteri negeri-negeri yang baharu kepada Presiden parti, sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO Disember nanti," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |