{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Peniaga luah rasa terkilan

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@grouputusan.com.my

Rusli Hashim (dua, kiri), Mohd. Ridzuan Abdullah (tengah) dan Mohd. Ali Baharom (dua dari kanan) melihat tapak gerai yang dirobohkan DBKL di Jalan 20, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/AimY Ahmad

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan empat gerai peniaga di Jalan 20, Bandar Tasik Selatan di sini, pagi semalam mengundang rasa tidak puas hati beberapa peniaga terlibat.

Rata-rata peniaga yang merupakan bekas tentera dan menjalankan perniagaan sejak tujuh tahun lalu di kawasan itu mendakwa tindakan tersebut dilakukan tanpa sebarang notis.

Wakil peniaga terlibat, Kapten (B) Rusli Hashim berkata, kerja-kerja meroboh gerai yang beroperasi di atas sebidang tanah milik Kementerian Pertahanan itu dilakukan sekitar pukul 9 pagi sebelum peniaga memulakan operasi perniagaan.

Menurutnya, tindakan tersebut menyebabkan peniaga kerugian termasuk peralatan perniagaan mereka turut dirampas.

"Tindakan tersebut tidak adil apabila gerai milik peniaga lain terutama warga asing masih dibiarkan beroperasi tanpa sebarang gangguan," katanya kepada Utusan Malaysia di lokasi hari ini.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan memandangkan tiada sebarang notis diberikan kepada peniaga.

"Maklum balas yang diterima DBKL sebelum ini kerja-kerja merobohkan hanya melibatkan gerai yang baharu didirikan.

"Apa yang menimbulkan kemusykilan gerai-gerai berkenaan sudah tujuh tahun beroperasi.

"Saya berharap DBKL dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini," tegasnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, bekas tentera adalah golongan yang perlu dibantu memandangkan jasa mereka terhadap negara.

"Sebelum Ramadan lalu, saya ada berjumpa dengan Ketua Pengarah DBKL bagi mencadangkan agar peniaga diberi kebenaran berniaga di sini dan disokong oleh beliau.

"Tetapi, malangnya operasi perobohan tetap dilakukan.Lebih mengecewakan tanpa pengetahuan peniaga terlibat.

"Sekurang-kurangnya dengan notis tersebut peniaga boleh menyelamatkan barangan perniagaan mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Bandar Tasik Selatan, Datuk Bashir Mohd. Sardar Husin berkata, berdasarkan kepada pemerhatiannya lokasi tersebut tidak mengganggu lalu lintas atau penduduk berhampiran.

"DBKL sepatutnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian sebelum bertindak.

"Ini termasuk menyediakan tapak baharu yang dirasakan lebih sesuai terutamanya melibatkan bekas tentera yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan," katanya.

Penduduk terkilan MPS keluar saman tanpa notis

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

Winnie Lee menunjukkan notis saman yang dikeluarkan MPS kerana meletakkan kenderaan di kawasan lapang hadapan rumahnya di TB5, Taman Tun Perak, Rawang, kelmarin.

RAWANG 29 Okt. - Seorang surirumah melahirkan rasa terkejut apabila diberi notis saman oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berjumlah RM2,000 bagi kesalahan meletakkan dua kenderaan di tanah lapang berhadapan rumahnya di TB5, Taman Tun Perak di sini.

Winnie Lee, 48, berkata, dia berasa amat terkilan kerana bukan sahaja tidak menerima sebarang notis peringatan , bahkan sikap anggota penguat kuasa bertugas yang didakwa berlagak sombong.

Menurutnya, lebih mengejutkan jumlah kompaun dikenakan sebanyak RM1,000 bagi sebuah kenderaan amat tinggi dan tidak masuk akal.

"Saya cuba untuk memberi penjelasan ketika itu kenapa kenderaan tersebut terpaksa diletakkan di kawasan itu dan bersedia untuk mengalihkan ke tempat lain, tetapi mereka enggan mendengar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mengemukakan aduan berhubung masalah itu kepada Pengerusi MCA Selayang, Jessie Ooi di sini.

Winnie yang menetap sejak tujuh tahun lalu di kawasan perumahan itu berkata, kekurangan tempat meletak kereta merupakan masalah yang dihadapi penduduk di situ.

Katanya, dia terpaksa meletakkan sementara kenderaan milik pekerjanya itu di kawasan lapang berkenaan sejak seminggu lalu kerana bertugas di luar daerah.

Sementara itu, Jessie meminta MPS memasang papan tanda peringatan di mana-mana kawasan yang tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan pentadbirannya.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan orang awam terpaksa menanggung beban membayar kompaun sebanyak RM1,000 hanya bagi kesalahan meletakkan kenderaan ditempat tidak dibenarkan.

"Sekurang-kurangnya orang awam sentiasa berwaspada sekali gus menyedarkan mereka terdapat akta tertentu yang membolehkan tindakan saman diambil pihak berkuasa tempatan bagi kesalahan itu," katanya.

Dalam notis kesalahan tersebut, menerangkan Mengikut Akta 8 (1), meletakkan kenderaan bermotor, basikal, basikal beroda tiga di mana-mana tempat di dalam taman kecuali pada tempat yang disediakan oleh Yang Dipertua bagi tujuan tertentu.

Permudah urusan dalam talian

Posted: 29 Oct 2013 11:12 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com

Asmawi Kasbi (kiri) melihat seorang pelanggan MPSJ, Rafida Mohammad Sarif cuba menggunakan sistem dalam talian di Subang Jaya, kelmarin.

SUBANG JAYA 29 Okt. - Kesemua pembayar cukai di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak perlu lagi datang ke pejabat untuk sebarang urusan pembayaran cukai kerana boleh dilakukan secara dalam talian di My@MPSJ.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, ini berikutan sistem butiran bil pembayaran cukai secara elektronik yang dihantar terus kepada pelanggan akan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan itu mulai pada tahun depan.

Menurutnya, pihak majlis sentiasa mencari pendekatan terbaharu bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang diberi kepada pelanggan.

"Menerusi My@MPSJ ini pelanggan khususnya pembayar cukai taksiran, kompaun trafik dan pembaharuan lesen perniagaan akan lebih mudah berurusan dengan MPSJ.

"Pelanggan hanya perlu mendaftar sebagai ahli My@MPSJ dan terus boleh berurusan dengan MPSJ tanpa perlu menunggu di kaunter perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Daftar My@MPSJ: Ke Arah Kaunter Sifar yang diadakan di pekarangan Ibu Pejabat MPSJ, di sini.

Katanya, aplikasi melalui rekod pembayar akan memudahkan pihak majlis menghantar bil berkenaan kepada mereka.

Tambah Asmawi, MPSJ juga menyediakan alternatif untuk pendaftaran keahlian di kaunter ibu pejabat MPSJ dan mereka yang mendaftar berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah sehingga RM20,000.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan My@ MPSJ boleh melayari di laman sesawang MPSJ http://www. mpsj. gov. my dan datang ke Jabatan Teknologi Maklumat MPSJ.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat