{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Konsert Malam Kemuncak KJKF 2013 Bersama Artis Tanahair <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2013 05:28 AM PDT

Konsert Malam Kemuncak KJKF 2013 Bersama Artis Tanahair Meriah Di Besout 2

TROLAK – Acara penutup iaitu Konsert Malam Kemuncak Perasmian Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 malam semalam meriah dengan kehadiran pengunjung yang dihiburkan persembahan artis-artis tempatan tanahair.

Juara Besout Idol turut membuat penampilan khas di pentas utama di acara Konsert Malam Kemuncak KJKF 2013 siri ketiga.

Kumpulan lawak Jambu yang bertindak sebagai pengacara majlis turut membuatkan pengunjung tidak kering gusi dengan lawak jenaka mereka yang bersahaja.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis dari kumpulan May dan kumpulan ENAVA.

Pengerusi Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM), Noor Hisham Abd Ghani, memberikan ucapan ringkasnya.

Beliau turut berterima kasih atas sambutan meriah para pengunjung dan juga meminta maaf kepada para peniaga atas masalah keadaan tapak berikutan hujan lebat.

Selepas itu Pengurus FELDA Gunung Besout 2, Fadzil Mansor, turut dijemput kepentas untuk memberikan ucapan.

Beliau berucap sebagai wakil rasmi Pengurus Besar FELDA Wilayah Trolak, Mohd Mokhtar Lateh.

Didalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak PUGFM yang membawakan KJKF 2013 ke FELDA Besout 2.

Pertunjukan bunga api sebagai gimik pelancaran KJKF 2013 siri ketiga menceriakan konsert dalam keadaan hujan renyai.

Turut hadir Ketua Peneroka FELDA Gunung Besout 2, Ayahanda Sabli Sadari; Pengerusi GPW FELDA Gunung Besout 2, Khatijah Awang Desa; Imam Masjid FELDA Gunung Besout 2, Said Ahmad Khadri; Penyelaras Sosial, Fatimah Mohamed; Pondok Polis FELDA Gunung Besout 2, Kopral Mohd Noor; Pengerusi Belia FELDA Gunung Besout 2, Zulkarnaen Jamaludin dan AJK Belia FELDA Gunung Besout 1, Azidah Talib.

Gambar-gambar akan dimuatkan di dalam Galeri Gambar.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada October 28, 2013 - 8:28 pm oleh Shazuein Azmaini

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar