{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar hilir - Google Blog Search


Remaja Maut Langgar Lembu Di <b>Lepar Hilir</b> 1, Gambang

Posted: 28 Oct 2013 12:37 AM PDT

KUANTAN - Tindakan segelintir penternak membiarkan lembu berkeliaran atas jalan mengundang padah kepada seorang penunggang apabila terlanggar haiwan itu dalam kejadian di Jalan Lepar Hilir 1, Gambang dekat sini, awal pagi, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, mangsa Muhd Hakim Mat Noh, 18 dari Felda Lepar Hilir 1 maut selepas mengalami kecederaan parah akibat terjatuh dari motosikal sebelum tercampak ke atas jalan. Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Felda Lepar Hilir 1 menghala ke jalan Kuantan- Segamat. "Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak seekor lembu yang berada atas jalan lalu terlanggar haiwan itu," katanya di sini, semalam. Justeru, beliau menasihatkan penternak lebih bertanggungjawab terhadap ternakan masing-masing dan jangan membiarkan haiwan itu berkeliaran di atas jalan. "Perbuatan membiarkan haiwan berkeliaran atas jalan mengundang risiko kepada pengguna jalan sekiranya berlaku kemalangan. "Penunggang atau pemandu juga perlu lebih berhati-hati sekiranya melalui kawasan yang dikenal pasti terhadap haiwan berkeliaran./-. #sumber

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar