Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Jalan Melayu dibangun semula
- Jadi janda selepas tiga jam nikah
- Seksyen Profil JPJ batal lesen pemandu ingkar
Posted: Jalan Melayu dibangun semulaOleh NURUL IZZA ROSLY
KUALA LUMPUR – Jalan Melayu di sini akan dibangunkan semula supaya ia memiliki identiti Melayu sepenuhnya daripada segi perniagaan, seni budaya dan muzikal, kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim. Beliau berkata, usaha itu penting memandangkan tiada sebatang jalan di ibu negara yang benar-benar mencerminkan sosiobudaya kaum Melayu di Malaysia untuk ditonjolkan kepada pelancong asing. Sehubungan itu, katanya, usaha kerajaan membangunkan semula Jalan Melayu yang terletak berhampiran Jalan Masjid India tidak harus dicemburui kaum lain. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Jadi janda selepas tiga jam nikah Posted: Jadi janda selepas tiga jam nikahOleh NOOR HASLIZA NUSI
BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu. Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau. "Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu. "Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga," ujarnya menahan sebak. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Seksyen Profil JPJ batal lesen pemandu ingkar Posted: Seksyen Profil JPJ batal lesen pemandu ingkarKUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menubuhkan Seksyen Profil Pemandu di bawah bahagian penguat kuasa yang membolehkan lesen pemandu kenderaan perdagangan termasuk bas yang mempunyai saman tertunggak dibatalkan atau digantung. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, seksyen itu ditubuhkan untuk menggantikan unit Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang hanya mengendalikan kes-kes penggantungan dan pembatalan di bawah sistem mata demerit. "Seksyen Profil Pemandu juga berfungsi untuk menggantung atau membatalkan lesen memandu di bawah sistem mata demerit dan menggantung atau membatalkan lesen pemandu yang disahkan sebagai penagih dadah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |