{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Halang pemaju: 6 wakil rakyat DAP ditahan di Nilai

Posted: 31 Oct 2013 02:14 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN 31 Okt. - Enam wakil rakyat DAP negeri ini ditahan selepas enggan keluar dari dalam sebuah dewan lama di Kampung Hakka, Mantin dekat sini selepas beberapa kali diminta oleh polis meninggalkan kawasan bagi kerja merobohkan rumah setinggan di kawasan itu.

Enam wakil rakyat DAP itu bersama beberapa aktivis propembangkang bertindak duduk di dalam dewan berkenaan walaupun kerja itu sepatutnya dimulakan sejak 9 pagi ini, tertangguh hampir tiga jam.

Wakil rakyat DAP yang ditahan terdiri daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nilai, J. Arulkumar; ADUN Senawang, P. Gunasekaran (Senawang); ADUN Bahau, Chew Seh Yong (Bahau) dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, pihak polis yang berada di lokasi kejadian cuba berunding dengan aktivis dan wakil rakyat berkenaan agar bersurai tetapi mereka enggan.

"Semua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju. - UTUSAN ONLINE

Setiap hari 60 orang bankrap Malaysia - Menteri

Posted: 31 Oct 2013 01:55 AM PDT

PUTRAJAYA 31 Okt. - Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Katanya, kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus.

"Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap," katanya.

Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Rohana Abd Malek.

Katanya, sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.

Mengikut statistik MdI, seramai 13,238 orang dikategorikan bankrap pada 2007, diikuti 13,855 orang pada 2008; 16,228 orang 2009; 18,119 orang 2010; 19,167 orang 2011; dan 19,575 orang pada 2012, dengan mereka yang menceburi sektor swasta dan berniaga menunjukkan peratusan tertinggi.

Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).

Sementara bagi kategori pula (2007-2013), sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus).

Statistik MdI juga menunjukkan bahawa hutang kad kredit hanya 4,875 kes (4.18 peratus) bagi tempoh masa tersebut.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kebankrapan bukan penghujung hidup sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor.

Katanya, di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masyarakat menjadikan kebankrapan sebagai pelindung dengan memfailkan permohonan kebankrapan dan membuat penstrukturan semula hutang.

"Budaya inilah yang mahu diterapkan dalam kalangan rakyat kita. Kita tidak mahu rakyat yang hanya tahu berhutang tetapi akhirnya lari daripada tanggungjwab pinjaman yang telah dibuat.

"Bagi Januari hingga September sahaja, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahmakah.

"Daripada jumlah tersebut 99.2 peratus (27,210 kes) petisyen kebankrapan dibuat oleh pemiutang, manakala 221 kes (0.8 peratus) sahaja petisyen kebankrapan dipohon penghutang sendiri," katanya.

Bagi mereka yang mengalami bebanan hutang dan kesukaran membayar balik jumlah hutang yang tinggi, katanya kerajaan di bawah Bank Negara telah menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (APKP)yang berperanan dalam pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan pengurusan kredit.

Selain itu, katanya, undang-undang kebankrapan sedia ada juga sedang dalam proses pembaharuan agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa kebankrapan. - BERNAMA

Masalah kurang bekalan diesel akan diselesai - KPDNKK

Posted: 31 Oct 2013 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mencari jalan penyelesaian segera berhubung masalah ketiadaan bekalan diesel yang dihadapi lebih 100 pengusaha stesen minyak di Lembah Klang pada setiap akhir bulan.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah tersebut perlu diberi keutamaan memandangkan masalah kekurangan bahan api itu bukan sahaja membebankan pengusaha tetapi turut melibatkan usahawan dan peniaga kecil yang menggunakannya secara kerap.

"Kementerian akan menyiasat segera aduan berlaku masalah tersebut.

"Siasatan akan dilakukan untuk melihat sama ada kekurangan itu berpunca daripada masalah penghantaran bekalan bahan api terbabit atau disebabkan perkara lain sebelum menyelesaikannya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Saman Bachik bahawa pengusaha stesen minyak di Lembah Klang menanggung kerugian akibat ketiadaan bekalan diesel.

Abu Saman mendakwa masalah itu berlaku pada setiap akhir bulan sejak Jun lalu dan mengakibatkan semua pengusaha stesen minyak di Lembah Klang berhadapan dengan risiko kehilangan pelanggan selain berdepan kemarahan pengguna.

Beliau juga memberitahu masalah sama juga berlaku di tempat lain seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat