{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tuntutan royalti satu pembohongan oleh Pas - Ibrahim

Posted: 10 Oct 2013 11:38 AM PDT

KOTA BHARU 10 Okt. - Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan pembentangan Bajet 2014 oleh kerajaan Pas Kelantan semalam yang mengalami defisit sebanyak RM10.39 juta.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan terus memasukkan hasil tuntutan royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada keseluruhan anggaran hasil negeri tahun depan, merupakan satu pembohongan kepada rakyat negeri itu.

Ibrahim secara sinis turut berpendapat, tema bajet itu wajar ditukar kepada 'kesejahteraan pemimpin Pas dan penderitaan rakyat Kelantan' mengambil kira kegagalan kerajaan Pas membangunkan ekonomi negeri, meskipun telah diberi mandat untuk tempoh 23 tahun.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu, Kelantan yang kaya dengan hasil, tanah luas dan rakyat yang rajin, berkemampuan menjadi sebuah negeri hebat sekiranya dipimpin dengan baik oleh parti dan pemimpin yang hebat.

"Malangnya, rakyat Kelantan mudah diperbodohkan oleh imej kepemimpinan Pas, tetapi apa hasilnya? Peruntukan pembangunan begitu kecil macam mana rakyat Kelantan nak maju?

"Yang anehnya, balak ditebang dan syarikat kaut untung berjuta-juta tetapi hasil premium kepada kerajaan negeri tak seberapa. Kalau saya jadi pemimpin negeri dengan hasil macam ini malu nak keluar rumah kerana retorik berdegar-degar macam guruh tetapi hasilnya macam mana?," soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Antara lain, kerajaan negeri sekali lagi memasukkan hasil royalti sebanyak RM200 juta atau 36.41 peratus daripada RM549.26 juta anggaran perolehan kerajaan pada 2014, biarpun isu tuntutan tersebut masih dalam proses perundangan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, berdasarkan pembentangan bajet itu, jelas kerajaan Pas Kelantan masih lagi gagal mendapat sumber pendapatan baharu disebabkan ketiadaan pembangunan di daerah-daerah apabila terus bergantung kepada sumber lama seperti cukai tanah dan pintu.

"Kelantan jika tidak dibantu Kerajaan Pusat akan jadi padang tekukur, kilang-kilang tidak ada, usaha tarik pelabur tak ada, insentif (pelaburan) tak ada, harap daripada Pusat sahaja," katanya.

Tiada calon Melayu tulen menang CEC: Ahli Pas tempelak DAP bersifat rasis

Posted: 10 Oct 2013 11:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Ahli Pas cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar hari ini menempelak DAP kerana didakwa bersifat rasis apabila tiada calon benar-benar Melayu menang dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu selain bertindak biadap menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu.

Berikut kenyataan penuh Wan Johori:

l Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.

Nampak sangat kepimpinan DAP tolak orang Melayu. Zharil Khir Johari dilaporkan bukan Melayu, ibubapanya keturunan Cina. Lim Guan Eng jangan anggap boleh perbodohkan orang Pas. Guan Eng boleh perbodohkan kaum Cina dengan begitu senang tetapi kita orang Pas tak bodoh.

l Guan Eng dan Karpal Singh serang pihak ROS dengan biadab sekali oleh sebab majoriti kakitangan ROS adalah orang Melayu. Tony Pua pula anggap ROS yang ramai kakitangan Melayu dan Islam sebagai anjing.

Pihak ROS hanya menjalankan tugas, siasat dan bertindak atas aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Mereka hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka, maka jangan aibkan orang Melayu dan Islam sebagai anjing.

l Saya sokong saranan Harun Taib untuk kaji semula kerjasama dengan DAP sebab ada pemimpin tertentu DAP telah memperlekehkan kalimah Allah. Mereka dikatakan sedang giat menyokong usaha untuk percetakan bible versi bahasa melayu mengunakan kalimah Allah. DAP tidak seharusnya mengunakan kalimah Allah sebagai komoditi politik.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat