{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Benci sayur

Posted: 20 Nov 2013 01:44 PM PST

Ramai tahu kepentingan diet seimbang, tetapi tidak amal dalam pemakanan

Kajian Kesihatan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2011 mendapati, 92.5 peratus orang dewasa tidak mengambil buah-buah dan sayuran setiap hari, meskipun ramai menyedari kepentingannya sebagai diet seimbang.

Pakar Perunding Pemakanan The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam, berkata setiap insan memerlukan dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari.
Buah yang dimakan dicerna dan penyerapan nutrien akan diproses oleh badan dan tiada bezanya sama ada diambil sebelum atau selepas makan." Indra Balaratnam, Pakar Perunding Pemakanan The Food Expert Clinic.

Berdasarkan kajian terbabit, sebanyak 7.9 peratus saja orang dewasa di Malaysia mengambil lima hidangan sayur-sayur dan buah-buah setiap hari.

"Ramai yang menghitung kuantiti buah yang diambil, sebahagian lagi berbahas berkenaan kesalahan dan langkah tepat dalam pengambilan buah. Sehinggakan, ia menjadi rutin yang menyusahkan, bukannya tabiat makan yang sihat," katanya ketika ditemui pada majlis Penghargaan Media Zespri, di ibu kota, baru-baru ini.

Beliau berkata, segelintir masyarakat berpendapat pengambilan buah-buahan yang tidak betul akan membawa kepada penyerapan nutrien yang kurang.

Katanya, ia cuma mitos dan tidak ada sebarang kemudaratan atau peraturan mengenai bagaimana anda memakannya.
"Buah yang dimakan dicerna dan penyerapan nutrien akan diproses oleh badan dan tiada bezanya sama ada diambil sebelum atau selepas makan.

"Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai memudahkan cara menikmati buah-buahan dan tidak perlu menjadikan ia sebagai tekanan apabila ingin sangat mengikuti jadual cara pengambilannya.

"Bagaimanapun, bagi sesetengah orang yang ingin memantau berat badan, mereka biasanya memulakan dengan makanan ringan terlebih dulu dan melebihkan buah dan sayur bagi mengawal kuantiti pengambilan makanan seterusnya.

Buah ada jangka hayat

Indra berkata, setiap orang perlu ketahui buah dan sayur mempunyai jangka hayat yang singkat berbanding makanan yang diproses.

Bagaimanapun, ada buah yang lebih mengalami jangka hayat pendek seperti pisang, kiwi, mangga dan beri.

"Buah jenis ini lebih cepat dioksida dan masak dengan cepat. Oleh itu, ramai yang mengambil keputusan membuangnya daripada dimakan. Warna coklat yang timbul dan lebam pada buah menyebabkan timbul rasa ragu-ragu sama ada ia selamat atau tidak untuk dimakan," katanya.

Indra menjelaskan, semua buah yang terlalu masak tidak bermakna ada serangan serangga yang menyebabkan ia bertukar warna kepada perang.

"Saya mencadangkan potong bahagian yang rosak dulu. Menerusi cara kreatif, potongan buah ini boleh digunakan dalam memasak dan membakar.

"Ada buah yang masih selamat untuk dimakan, tetapi jika anda mendapati buah yang luarannya sudah busuk disebabkan serangan serangga atau bakteria, perlu dibuang saja," katanya.

INFO:
Anda boleh mencuba makan buah kiwi selama 14 hari berturut-turut iaitu pada pagi dan petang. Berikut adalah beberapa panduan bagaimana anda boleh menambah buah kiwi dalam makanan harian anda:

1) Hidang segar buah kiwi sebagai makanan pencuci mulut.
2) Bawa buah kiwi sebagai bekal untuk dimakan ketika melakukan kerja atau kerja sekolah.
3) Untuk kemanisan semula jadi, tambah cincangan buah kiwi dalam bijirin penuh atau oat.
4) Potongan kiub buah kiwi lebih lazat dicampurkan dengan yogurt asli.
5) Kisar kiwi dengan yogurt dan susu untuk menghaluskan rasanya.
6) Hasilkan jus kiwi dan pelbagai buah dan sayur untuk lebih rasa minuman tropika segar.
7) Letak hirisan buah kiwi ke dalam menu seperti salad.
8) Puri buah kiwi boleh digunakan sebagai bahan memerap daging.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat