{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit sagu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit sagu - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 12:00 AM PDT

Oleh kerana dah final year dan final sem. Banyak la benda yang terjadi sejak akhir2 ni.Dr sesimple benda ke sesuatu yang besar. Ada yang sakit kepala fikirkan. Ada yang boleh buat hormon endorfin keluar bile teringat.

Just 4 sharing something ...

Masa pergi felda bukit sagu..untuk program OPKIM. Saya dan budak-budak kelas saya jadi fasilitator untuk program selama 4 hari bersama dengan anak-anak felda yang umur dr darjah 6 sampai tingkatan 3.

Allah takdirkan saya bersama dengan sahabat yang saya sayangi iaitu Kak ria, untuk LDK. Saya risau gak nak handle mula2..Dulu saya jadi fasi pun, senior saya yang banyak tolong saya. Saya assistant dia je. Pastu, seme benda dah ade hard copy, just baca dan ikut arahan je. Senang je kut. Kali ni. Banyak benda tak boleh buat sperti LDK yang pernah saya buat dulu. Dulu ilmiah sikit. Kongsi mcm mane nak studi dengan berkesan. Ok gak la..banyak saya pelajari dari program tu..

Sekarang bila time saya..cuak je. Alhamdulillah ade Kak ria.. Pastu ketua fasi pun banyak guide kami. Cam gini cam gini..cam gtu cam gtu.

Tapi..kami awal2 lagi, tak ikut arahan dia. Sebabnya..bukan sengaja. Tapi saya yang misunderstanding. Saya buat ice breaking sekejap je. Pastu tersu saya buat aktiviti radio rosak.
Masa-masa yang terluang sikit. Saya banyak share pengalaman saya dan atas nasihat kak ria, kita datang kat Felda ni, sedikit sebanyak untuk "berda'wah.."

Alhamdulillah..Kami berjaya. Walaupun tak banyak..

Masa LDK. Kami ada tanya kat murid-murid darjah 6 ni macam ni

"ok sekrang semua tutup mata , dan letak tangan kat bawah. Jari-jari kamu luruskan. Bila akak cakap , siapa yang satu hari tu, sekali dia tinggal solat, kamu tutup jari kamu satu"

" Boleh adik-adik?"

Saya boleh lihat, cuma dua orang je yang bersolat penuh. Dan yang bersolat penuh ni pun, boleh nampak dia punya sifat dan kelakuan dia.

Salah siapa?..

Nak salah mak ayah ker ?

Atau makayah mereka cakap macam gini

" ala mereka kecik agi, nanti dah "cukup umo" tu pandai2 lah dia bersolat penuh..."

"ala , budak kecik, solatnyer bukan betul sangat"

tengok, ibubapa ni merendahkan anak-anak sejak kecil lagi. Bila anak dah besar, dia salah kat anak pulak. NOT FAIR!

Saya rasa isu mak ayah bagi didikan agama dari kecik tapi bila besar anak jadi penagih dadah pun, satu isu besar buat saya.

Melalui cerita kawan saya. Mak budak yang penagih cakap macam ni

" Mak cik dah bagi didikan agama dari kecik lagi. Ajar mengaji. Ajar solat. Dulu dia baik..Bila lepas je PMR, dia liar sikit. Pastu bila dah ketagih, habis benda dalam rumah dia nak ambik pastu mengamuk tak tentu pasal"

Melalui cerita tu, saya memang lah bersimpati dengan apa yang terjadi pada makcik tu, tapi saya terfikir macam mana nak didik anak dengan sempurna.

Kadang2, bila terlalu terkongkong sangat. Bila dia besar, dia nak cuba segalanya. Melalui pengalaman saya bersama kawan-kawan saya yang dihantar ke sekolah agama. Mereka cakap mereka nak rasa apa yang orang lain pernah rasa.

Saya terfikir panjang lagi.

Rupanya remaja umur 20 an ni yang masuk universiti , yang parents bagi didikan agama dari kecik ni, sedang mengalami proses balas dendam pada siapa saya tak tahu. Macam diri sendri je rugi...hmmm..

Sekarang remaja-remaja mahupun kanak-kanak makin kreatif untuk menghancurkan diri mereka. Mungkin sudah tiba, mak ayah atau orang dewasa pun sama-sama lebih kreatif cari alternatif especially dalam keluarga sendiri untuk duduk dan mendengar luahan hati anak itu sendiri.

Macam mana dan bagaimana...?..

Ibubapa sendiri kena belajar dan cari ilmu itu. Macam mana nak hidupkan pelita dalam diri anak-anak, kalau ibubapa tak ada minyak yang cukup untuk menyalakan pelita itu...macam mana nak jadi minyak untuk anak-anak.

Bukan tunggu dah beranak pinak, baru nak cari ilmu kekeluargaan psikologi kanak-kanak, nak menuntut ilmu agama...think and think...

Selamat beramal =)

secebis perasaan dan rasa dari teacher Niza....

Blog Felda: <b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2011 12:00 AM PST


Pahang Daily Online: Pengurus <b>Felda</b> Plantations <b>Bukit Sagu</b> 4 <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2011 12:54 AM PST

KUANTAN, 18 Feb [3.25 pm] - Sekumpulan peserta Felda Plantations Bukit Sagu 4 dekat sini telah membuat laporan polis terhadap beberapa isu yang menghantui mereka selama ini. Laporan telah dibuat sekitar jam 10.00 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Antara lain peneroka terbabit mendakwa Pengurus Felda terbabit iaitu Hj.Kamaruddin Kassim telah mendera secara fizikal dan mental seramai 30 orang peneroka dan 100 tenaga buruh Indonesia yang bekerja di situ. Difahamkan, peserta terbabit kecewa kerana hak dan kebebasan mereka telah dinafikan selama ini. "Kami menerima tekanan yang melampau dalam kerja, diugut untuk diberhentikan dan dihalau dari tempat penginapan. Tidak cukup dengan itu, kami juga dihembur dengan kata-kata kesat seperti anjing jika sesuatu tugas yang diarahkan tidak dilakukan dengan sempurna", kata wakil peserta terbabit. Sementara itu, pihak pengurusan Felda berkenaan juga dipercayai telah menyekat secara melampau dengan larangan yang tidak munasabah terhadap beberapa aktiviti sosial seperti menghadiri mesyuarat PIBG sekolah. Malah, urusan keluar masuk ke kawasan penempatan juga dikawal ketat menggunakan polis bantuan Felda. Selain dari itu, segala urusan berkaitan kesihatan peserta serta ahli keluarga mereka ke klinik tidak dibenarkan pada waktu kerja. Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian selepas waktu kerja. Sementara itu, urusan diluar bidang kerja seperti berurusan di pejabat kerajaan untuk urusan peribadi dihalang jika tiada sebarang surat hitam putih dari pihak yang berkenaan. Kegagalan peserta mengikut arahan yang ditetapkan menyebabkan mereka akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau pun pemotongan gaji.
[Dipercayai tindakan mogok telah dilakukan selama empat hari oleh peserta dan buruh Indonesia terbabit untuk membantah tindakan keterlaluan itu. Malangnya mereka pula ditakut-takutkan dengan menggunakan polis bantuan Felda yang ramai. Malahan anjing-anjing pengesan juga digunakan bagi tujuan tersebut. Apakah perbuatan ini wajar dilakukan terhadap peserta terbabit?. Wajarkah mereka dilayan seperti hamba abdi? Tindakan menyekat kebebasan mereka secara melampau menyebabkan kesemua mereka hidup dalam ketakutan sebenarnya. Justeru itulah laporan polis dibuat agar pihak polis menyiasat segala aduan berkenaan. Soalnya, apakah perkara ini dapat diselesaikan sekiranya siasatan dilakukan. Maka itu, wajarlah pihak atasan Felda mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Pegawai yang bertanggungjawab haruslah diberi amaran keras dan tindakan displin. Apa yang berlaku ini adalah rentetan beberapa insiden memalukan yang berlaku terhadap Felda sebenarnya. Turut hadir dalam laporan polis pagi tadi ialah Presiden ANAK, Saudara Mazlan Aliman].

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat