Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Kerajaan Pahang bincang untuk tempatkan mangsa banjir Cameron Highlands di PPRT - ADNAN
- Kastam rampas rokok seludup dan minuman keras bernilai RM1.142 juta
- Kegiatan lanun di Selat Melaka turun mendadak sejak penubuhan APMM - Ahmad Puzi
Kerajaan Pahang bincang untuk tempatkan mangsa banjir Cameron Highlands di PPRT - ADNAN Posted: Kerajaan Pahang bincang untuk tempatkan mangsa banjir Cameron Highlands di PPRT - ADNAN01/11/2013 8:34pm KUANTAN - Kerajaan Pahang akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk menempatkan mangsa kejadian banjir lumpur di Sungai Bertam, Cameron Highlands ke kawasan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan negeri hanya bersedia menyediakan kediaman itu untuk mereka yang benar-benar memerlukan kerana unit PPRT sedia ada amat terhad. "Hanya yang betul-betul memerlukan (rumah) akan berpindah ke kawasan PPRT sedia ada disebabkan rumah yang terhad," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pemain bola sepak Pahang dan peminat di sini hari ini. Minggu lepas, banjir lumpur di kawasan penempatan Lembah Bertam, Ringlet akibat pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar menyebabkan empat terbunuh, kira-kira 80 rumah dan 100 kenderaan musnah. Dalam pada itu, Adnan tidak menolak kemungkinan banjir itu adalah akibat aktiviti penarahan bukit yang berleluasa oleh pekebun sayur dan bunga menyebabkan berlaku fenomena tanah mendap di kawasan empangan. - Bernama |
Kastam rampas rokok seludup dan minuman keras bernilai RM1.142 juta Posted: Kastam rampas rokok seludup dan minuman keras bernilai RM1.142 juta01/11/2013 7:44pm PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup 18 juta batang rokok dan 4,900 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM1.142 juta dengan anggaran cukai RM10.415 juta. Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rampasan itu dibuat dalam serbuan di Terminal Kontena Butterworth Utara, Pulau Pinang pada 11 Okt lepas. Barangan terbabit yang dipercayai diseludup dari negara jiran, diisytihar sebagai 'Pvc Gloves' dan 'Solar Glass', katanya dalam sidang media, di Pejabat JKDM Dengkit, dekat sini hari ini. Katanya, susulan itu juga JKDM menahan dua individu termasuk seorang pekerja di pelabuhan berkenaan. Kedua-duanya yang berusia 40 dan 43 tahun ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan, atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan agar menghubungi JKDM di talian 1-800-8855. - Bernama |
Kegiatan lanun di Selat Melaka turun mendadak sejak penubuhan APMM - Ahmad Puzi Posted: Kegiatan lanun di Selat Melaka turun mendadak sejak penubuhan APMM - Ahmad Puzi01/11/2013 7:43pm SITIAWAN - Kegiatan lanun di perairan Selat Melaka turun secara mendadak apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan bagi mengawal perairan negara. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, keberkesanan agensi itu dalam memastikan keselamatan perairan negara dapat dilihat apabila tiada kejadian rompakan melibatkan kapal-kapal dagang dilapor dalam tempoh 2009, 2010, 2012 dan 2013. "Sebelum tahun 2004, hampir 40 kes kejadian lanun dilapor di perairan Selat Malaka. Pada 2011, dua kejadian rompakan kapal dagang dikesan. Satu kumpulan daripada kes itu kami dapat tangkap dan didakwa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bot PKFB (U2) 1575 yang dirompak rakyat Indonesia daripada wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Gentur Wicaksono. Beliau berkata, tumpuan kegiatan lanun dari Indonesia kini menjurus kepada golongan nelayan negara ini, dan mereka bukan sahaja merompak tetapi turut menculik nelayan-nelayan tempatan. "Bukan sahaja bot dirampas malah perompak dari Indonesia juga meminta tuntutan ratusan ribu. Sekiranya pemilik bot bayar tuntutan itu, mereka ini (perompak) akan melepaskan nelayan-nelayan di bot berkenaan," katanya. Beliau berkata, APMM dengan kerjasama Polisi Air Indonesia berjaya menyelesaikan tiga kes rompakan terhadap nelayan tempatan yang membabitkan penjenayah dari negara jiran itu tahun ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |