Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Kerajaan tidak teragak-agak tutup taska dera kanak-kanak
- Posmen parah ditetak dua orang lelaki
- Wanita ditemui mati tertiarap di lorong pejalan kaki
Kerajaan tidak teragak-agak tutup taska dera kanak-kanak Posted: Kerajaan tidak teragak-agak tutup taska dera kanak-kanak09/11/2013 8:41pm KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan teragak-agak menutup taska yang didapati mendera kanak-kanak jagaan mereka, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim. Beliau berkata, keselamatan kanak-kanak di pusat asuhan amat penting bagi mengurangkan kebimbangan ibu bapa, terutama mereka yang bekerja sepenuh masa. "Bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin, ibu bapa disaran menghantar anak mereka ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2013 di KL Sentral hari ini. Rohani diminta mengulas tindakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menutup taska di Taman Melati berikutan perbuatan kejam pengasuh pusat berkenaan mendera beberapa kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Sehubungan itu, beliau berkata buat masa ini, kementerian menjalankan proses pemutihan yang dikenali sebagai 'pendayaupayaan taska' bagi mengesan dan memastikan taska yang belum mendaftar, didaftar di bawah JKM. - Bernama |
Posmen parah ditetak dua orang lelaki Posted: Posmen parah ditetak dua orang lelaki09/11/2013 7:56pm KOTA BHARU - Seorang peniaga kantin mengalami detik cemas apabila menyaksikan suaminya putus tangan kanan dan cedera parah akibat ditetak dua lelaki bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Kubang Kerian di sini awal pagi ini Kejadian yang berlaku pukul 1.17 pagi itu disedari Nurul Diana Md. Noor, 27, apabila mendengar jeritan suaminya, Mohd. Al-Hafiz Mustapha, 29 yang berada di luar rumah. Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, mangsa yang bekerja sebagai posmen itu ditetak di tangan, kaki dan muka sebelah kanan. "Semasa kejadian, isteri mangsa telah mendengar jeritan suaminya yang kuat, dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati dua lelaki yang tidak dikenali melarikan diri selepas menyerang dan menetak mangsa. "Kedua-dua lelaki itu memegang parang. Isteri mangsa terus menjerit meminta tolong dan kedua-dua suspek masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh orang lain yang sedia menunggu dan terus memecut," katanya di sini hari ini. - KOSMO! |
Wanita ditemui mati tertiarap di lorong pejalan kaki Posted: Wanita ditemui mati tertiarap di lorong pejalan kaki09/11/2013 7:28pm KUALA LUMPUR - Seorang wanita dipercayai rakyat Indonesia ditemui mati di lorong pejalan kaki, berhadapan stesen Petronas di Jalan Bangsar, hari ini. Mayat wanita yang hanya dikenali sebagai Juhiriyah, 40-an, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam yang melalui kawasan itu tengah hari ini. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu mati sejak tiga hari lepas. "Polis menemui beg tangan mangsa berhampiran mayat itu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini. Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |