{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


RM300 juta projek tebatan banjir

Posted: 10 Nov 2013 10:26 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

Ismail Mohamed

LEDANG 10 Nov. - Masalah tebing sungai Muar yang runtuh di beberapa kawasan akibat hujan lebat sejak dua minggu lalu akan diatasi dengan peruntukan RM300 juta pada tahun depan melalui kerja-kerja yang akan dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, projek itu termasuk dalam projek tebatan banjir fasa kedua dan antara kawasan yang mengalami hakisan ialah di Bukit Kepong dan Lenga di Pagoh.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, keadaan tersebut berlaku akibat arus deras dari bahagian hulu Sungai Muar yang terhasil daripada hujan lebat kebelakangan ini.

Keadaan ini juga berpunca daripada kesan projek tebatan banjir fasa pertama di Segamat di sebelah hulu Sungai Muar yang berjaya mengalirkan air dengan lancar.

Saya dapati paras air Sungai Muar di Bukit Kepong dan Lenga turut meningkat. Ini yang membimbangkan penduduk. Justeru, saya minta JPS segera melaksanakan projek tebatan tersebut di kawasan berkenaan," katanya mengulas keadaan itu yang termasuk dalam DUN Bukit Serampang.

Ismail berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Deepavali Dewan Undangan Negeri Gambir yang dihadiri kira-kira 4,000 masyarakat berbilang kaum di Dewan Serbaguna Bukit Gambir dekat sini malam semalam.

Yang turut hadir ADUN Gambir, M. Asojan; ADUN Serom, Abd. Razak Minhat; Ketua MCA Bahagian Ledang, Goh Tee Tee dan Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak (MDT), Ab. Han Ramin.

Beliau berkata, paras air Sungai Muar di kawasan terbabit juga meningkat sejak kejadian itu dan secara tidak langsung meresahkan penduduk setempat yang kawasan rumah mereka berdekatan sungai atau berpotensi dilanda banjir.

Ismail berharap, JPS dapat memberi tumpuan mengatasi masalah tebing runtuh berkenaan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk, apatah lagi musim tengkujuh sudahpun bermula.

Masyarakat perlu bersama majukan pendidikan

Posted: 10 Nov 2013 10:26 AM PST

Ahmad Maslan (tengah) bersama guru dan pelajar selepas perasmian bangunan tambahan SK Bandar Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 10 Nov. - Cabaran dalam dunia pendidikan masa kini memerlukan semua pihak berganding bahu bagi memastikan para pelajar dapat memperoleh pencapaian yang seimbang dan tanggungjawab ini tidak semestinya terletak di tangan pentadbir dan pendidik di sekolah.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, orang ramai boleh menyumbang sesuatu bagi kemajuan bersama dalam pendidikan dan kerjasama yang terjalin mampu memberikan kesan besar kepada pelajar dalam prestasi akademik dan juga aktiviti di luar bilik darjah yang semakin diberikan penekanan.

Malah, kata beliau, bekas-bekas pelajar yang telah berjaya juga boleh menyumbangkan sesuatu kepada pihak sekolah bagi sama-sama berkongsi kejayaan melalui program motivasi atau perkongsian bijak.

Perkongsian bijak atau smart partners dengan pelbagai pihak telah banyak dilakukan oleh sekolah-sekolah besar dan ternama di negara ini yang nyata dapat memberikan kesan positif pencapaian pelajar.

Perancangan jangka panjang perlu bagi memastikan pelajar memperoleh kejayaan berterusan kerana pendidikan adalah aset dalam mencorakkan masa depan generasi muda," katanya dalam majlis perasmian bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pontian di sini kelmarin.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Msduki Shahri; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar Pontian, Mahmood Amir dan Guru Penolong Kanan 1 SK Bandar Pontian, Zulkifli Ismail.

Bangunan tambahan bernilai RM9 juta itu melibatkan pembinaan dua blok bangunan baharu tiga tingkat, sebuah dewan terbuka dan kantin yang mula dibina pada tahun 2009 dan mula digunakan pada 2011.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, pembinaan bangunan baharu sekolah tersebut menepati keperluan sebagai sebuah sekolah kebangsaan terbesar di daerah itu dengan 986 pelajar dan 74 guru.

Dengan siapnya bangunan tambahan telah memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar apabila bilik-bilik darjah baharu ditambah, selain pelbagai kemudahan kepada pihak pengurusan. Pihak sekolah diharap dapat merangka pelan strategik meningkatkan pencapaian murid, begitu juga keyakinan ibu bapa kepada sekolah," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat