Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengangkat mangsa yang tercedera dalam Latihan Kecemasan Bersama Malaysia-Singapura bagi Pelan Latihan Kecemasan Tumpahan Bahan Kimia Linkedua 2013 di Laluan Kedua Malaysia-Singapura di Tanjung Kupang, Johor Bahru, semalam. - BERNAMA NUSAJAYA 1 Nov. - Walaupun tiada sebarang insiden kemalangan membabitkan tumpahan minyak atau bahan kimia di Lebuhraya Linkedua (Linkedua) yang menghubungkan Tanjung Kupang di sini dan Tuas, Singapura, namun latihan kecemasan bagi meningkatkan kesiapsiagaan kedua-dua pihak amat penting. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Halimah Hassan berkata, latihan berkala seperti itu perlu dilaksanakan bagi memastikan tindakan segera oleh kedua-dua negara dapat dilakukan sekiranya kemalangan berlaku. "Sepanjang tempoh Januari 2012 hingga kini, Linkedua yang menghubungkan Malaysia menerusi Tanjung Kupang dan Tuas, Singapura itu digunakan untuk membawa masuk dan keluar lebih 365,000 tan metrik bahan kimia berbahaya dari kedua-dua negara. "Meskipun tiada sebarang insiden seperti itu berlaku, namun latihan kecemasan menerusi Pelan Latihan Kecemasan Tumpahan Minyak LinKedua perlu dilaksanakan bagi memastikan pihak berkuasa kedua-dua negara bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya selepas menyaksikan latihan itu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, dekat sini kelmarin. Latihan kira-kira sejam bermula pukul 10 pagi itu menyaksikan simulasi kemalangan dua buah lori yang membawa asid hidroklorik, sebuah kereta dan sebuah motosikal dapat diatasi dengan kerjasama pasukan kedua-dua negara dan memenuhi ketetapan seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipersetujui. Sebanyak 15 agensi dari Malaysia dan tujuh dari Singapura membabitkan seramai 600 anggota agensi kedua-dua negara terlibat dalam latihan tersebut. Antara agensi dari Malaysia yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Linkedua Berhad, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan, manakala dari Singapura membabitkan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) serta Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA). Halimah berkata, setiap agensi yang terlibat akan menilai semula perkara yang dilaksanakan sepanjang tempoh latihan itu berlangsung bagi memperbaiki segala kelemahan selain menambah baik operasi pada masa akan datang. Beliau berkata, sekiranya senario kemalangan seumpama itu berlaku, agensi dari kedua-dua negara akan mengambil tindakan segera untuk mengawal keadaan bagi memastikan keselamatan orang awam serta alam sekitar terjamin. Program latihan yang masuk edisi kesembilan itu adalah program dua tahun sekali yang diadakan secara bergilir dengan Singapura sejak mula dilaksanakan pada 2000. |
Tingkatkan kesedaran, keselamatan kenderaan Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT JOHOR BAHRU 1 Nov. - Para pengguna jalan raya di negeri ini khususnya penunggang dan pembonceng motosikal dinasihat terus meningkatkan kesedaran serta tahap keselamatan kenderaan masing-masing bagi mengelak terlibat dalam kemalangan. Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Noormazura Mat Nawi berkata, ini kerana hampir 60 peratus daripada 686 kematian yang direkodkan hingga Julai lalu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Beliau berkata, jumlah kematian itu amat membimbangkan kerana berlaku kenaikan sebanyak 14 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu 593 orang. "Kita akan terus menjalankan kempen keselamatan jalan raya bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang aspek keselamatan diri dan kenderaan masing-masing," katanya ketika melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena perayaan Deepavali di sini hari ini. Pada kempen berkenaan, JKJR negeri turut memberi cenderahati berupa hamper kepada pengguna di Jalan Tun Razak di sini sempena sambutan Pesta Cahaya itu. Berdasarkan rekod JKJR Johor, jumlah kematian pada 2011 hingga 2012 daerah adalah sebanyak 1,073 kes dengan Batu Pahat mencatat kematian tertinggi iaitu 176 kemalangan maut. Mengenai kempen keselamatan jalan raya sempena Deepavali itu, Noormazura berkata, program itu merupakan kempen rutin yang melibatkan semua perayaan termasuk Hari Raya dan Tahun Baru Cina. "Pada musim perayaan ini ramai yang akan membuat perjalanan jauh. Jadi, selain faktor keadaan jalan raya dan kenderaan masing-masing, kesedaran adalah perkara paling utama dan perlu ditingkatkan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |