{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


12 lagi pasar nelayan dibina

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

NUSAJAYA 13 Nov. - Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM600,000 bagi membina 12 buah lagi pasar nelayan di seluruh negeri ini pada tahun depan dan 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, sehingga kini terdapat empat buah pasar nelayan iaitu di Batu Pahat, Pontian, Mersing dan Muar.

Menurutnya, empat pasar nelayan berkenaan telah menerima peruntukan sebanyak RM140,000 bagi tujuan penambahbaikan prasarana sedia ada.

"Kerajaan negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggalakkan pembukaan pasar-pasar nelayan yang baharu dan berdekatan dengan pangkalan pendaratan ikan.

"LKIM juga akan menyediakan kemudahan prasarana dan nelayan akan menjual hasil tangkapan mereka di pasar tersebut tanpa perlu melalui orang tengah," katanya menjawab soalan Datuk Saipolbahari Suib (BN-Bukit Naning) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Ismail berkata, antara lokasi pasar baharu berkenaan ialah di Sungai Rengit, Pengerang, Pasir Gudang, Taman Tampoi Utama, Parit Botak, Teluk Buih, Sarang Buaya dan Jeti Pendas Laut.

Beliau berkata, pembukaan lebih banyak pasar baharu itu akan membolehkan harga jualan setiap hasil tangkapan ditentukan sendiri oleh nelayan, manakala LKIM bertindak sebagai pemantau.

"Dengan adanya pasar berdekatan pusat pendaratan ikan ini, saya yakin golongan nelayan akan berusaha menambah pengeluaran ikan pada masa depan.

"Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap golongan nelayan dan pelbagai insentif telah dan akan disalurkan kepada mereka," katanya.

Hasil Kajian Indeks Sosial Iskandar Malaysia diumum 2014

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

NUSAJAYA 13 Nov. - Hasil Kajian Indeks Sosial Iskandar Malaysia yang merupakan kaedah untuk mengukur pencapaian pembangunan sosial di kawasan wilayah pembangunan itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, indikator yang digunakan dalam kajian berkenaan akan dapat memberi gambaran sebenar tentang tahap kualiti hidup penduduk di Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, dapatan kajian berkenaan juga akan dipantau dan digunakan sebagai sebahagian alat untuk membuat perancangan dan pelan tindakan.

"Indeks sosial ini turut memberi penekanan kepada perancangan pembangunan manusia serta modal insan dan bukan sebagai kajian kesan pembangunan fizikal kepada masyarakat semata-mata.

"Kajian itu turut melihat peningkatan kualiti hidup rakyat secara keseluruhan termasuk aspek keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan, kemudahan riadah serta kawalan kos hidup menerusi kawalan kos perumahan, pengangkutan awam, kesihatan dan lain-lain," katanya semasa menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Menteri Besar memberitahu, skop kajian berkenaan meliputi pemilihan indikator paling relevan bagi Iskandar Malaysia, membangunkan mekanisma pengumpulan data, verifikasi data, penetapan sasaran dan asas pencapaian, carta aliran kerja dan pembangunan formula serta pengiraan indeks berkenaan.

Beliau berkata, dalam proses pemilihan petunjuk yang sesuai bagi Iskandar Malaysia, pendapat dan maklum balas penduduk diambil kira menerusi proses perbincangan kumpulan sasaran dan soal selidik masyarakat bagi mengetahui aspek keutamaan masyarakat tempatan.

Syarikat penerbangan Citilink berminat adakan perkhidmatan ke Johor

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

NUSAJAYA 13 Nov. - Kerajaan negeri telah menerima permohonan daripada syarikat penerbangan Citilink, Indonesia yang mahu mengadakan empat laluan penerbangan baharu dari republik berkenaan ke negeri ini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, laluan dua hala berkenaan melibatkan perjalanan dari Bandung ke Johor Bahru, Surabaya-Johor Bahru, Denpasar-Johor Bahru dan Medan-Johor Bahru.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan telah mengambil langkah susulan dengan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam serta beberapa agensi lagi bagi mencari kaedah terbaik untuk merealisasi perkara itu.

"Permohonan untuk mengadakan laluan itu bukan sahaja akan dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, malah mampu menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini sebagai pintu masuk utama pelancong ke negeri ini dan Malaysia amnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menjawab soalan M. Asojan (BN-Gambir) mengenai tindakan yang diambil kerajaan negeri bagi meningkatkan perkhidmatan penerbangan, Siew Kiong memberitahu, pelbagai usaha turut dijalankan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa termasuk mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan Air Asia Indonesia untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan sedang menunggu maklum balas pihak berkenaan bagi memulakan operasi.

Menurutnya, kerajaan negeri turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa syarikat penerbangan lain termasuk All Nippon Airways (ANA) dan Cebu Airlines Filipina untuk menyediakan perkhidmatan sewa khas sebagai usaha menggalakkan kedatangan pelancong luar ke negeri ini.

"Hasil kejayaan misi promosi pelancongan negeri ini secara agresif di peringkat nasional dan beberapa negara ASEAN dalam tempoh dua tahun ini turut mendorong kita menerokai pasaran baharu dan utama seperti Hong Kong, China, Korea dan Indonesia yang telah memperlihatkan keyakinan syarikat penerbangan antarabangsa untuk mengadakan penerbangan sewa khas.

"Malah secara tidak langsung mewujudkan minat yang mendalam kepada syarikat penerbangan tempatan seperti Firefly dan AirAsia untuk menjadikan Johor Bahru sebagai hab penerbangan utama selatan Malaysia," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat