Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Posted: 03 Nov 2013 11:14 AM PST RIYADH 4 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang cedera apabila sekumpulan banduan di sebuah penjara merusuh dengan membakar pejabat di dalam premis itu, di sini semalam. Agensi berita SPA yang memetik jurucakap penjara yang terletak di bandar Buraydah, utara Arab Saudi itu melaporkan, rusuhan tersebut berlaku ketika masa melawat mingguan. Rusuhan itu menyebabkan tiga pejabat pentadbiran dibakar, menyaksikan dua anggota polis dan dua banduan cedera," katanya. Punca rusuhan masih belum dikenal pasti. - AFP |
Jepun salur dana bantuan kepada Jordan Posted: 03 Nov 2013 11:13 AM PST AMMAN 4 Nov. - Jepun menyalurkan dana sebanyak satu billion yen (RM30.37 juta) kepada Jordan, semalam bagi mengurangkan beban menyara beratus-ratus ribu pelarian Syria di negara tersebut. ``Dana tersebut bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Jordan dalam membantu pelarian Syrian. ``Ianya hadir selepas Jordan mengalami masalah ekonomi dan cabaran sosial berikutan situasi politik yang tidak menentu, kata Menteri Pembangunan, Ibrahim Saif dalam satu kenyataan. Menurut Said lagi, dana berkenaan akan digunakan untuk membeli air, tangki kumbahan dan pengurusan sisa di kawasan penempatan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |