{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Bangladesh tidak percaya dakwaan pembangkang

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

ROSMAH Mansor bertanya sesuatu kepada ibu seorang pesakit ketika melawat Hospital Komuniti Dhaka di Dhaka, Bangladesh, kelmarin. - BERNAMA

DHAKA 19 Nov. - Kerajaan Bangladesh sekali lagi menafikan pembabitan lebih 40,000 warganya dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.

Najib berkata, jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu.

"Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional," katanya kepada pemberita Malaysia pada akhir lawatannya hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Sheikh Hasina sendiri menganggap tuduhan pembangkang di Malaysia itu sebagai amat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali.

''Memang kita tidak ada memberikan 40,000 kewarganegaraan kepada orang Bangladesh dan Sheikh Hasina menafikan perkara ini berlaku," kata Najib.

Pada sidang akhbar sama, Najib memberitahu, beliau gembira dengan sambutan mesra yang diberikan oleh kerajaan Bangladesh dan Sheikh Hasina menghargai hubungan dua hala yang terjalin selama ini.

Oleh kerana itu, kata Perdana Menteri, beliau berharap KPJ Healthcare yang diberi kepercayaan mengendalikan operasi Hospital Pakar dan Kolej Jururawat Memerial Sheikh Fazilatun Nesa Mujib di Savar, melakukan yang terbaik bagi memenuhi harapan Sheikh Hasina.

Menurut beliau, walaupun hospital itu beroperasi sebagai hospital swasta dan memberi perkhidmatan kesihatan kelas satu tetapi KPJ perlu juga mengambil kira matlamat penubuhan hospital itu oleh Sheikh Hasina yang menetapkan sasaran 30 peratus perkhidmatan diberikan kepada golongan miskin.

''Saya amat berharap KPJ tidak menghampakan harapan besar Perdana Menteri Bangladesh itu," katanya.

Hospital yang diberi nama ibu Sheikh Hasina yang mati dibunuh pada tahun 1975, dibina dengan kos lebih RM90 juta daripada dana wakaf keluarga Perdana Menteri itu. Selain tanah seluas lebih tiga hektar, Sheikh Hasina turut menjual rumah pusaka bapanya di sini bagi merealisasikan projek hospital kebajikan itu dan kini beliau sendiri tidak lagi memiliki rumah sendiri.

Sementara itu dalam program berasingan, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat Hospital Komuniti Dhaka.

Mercy Malaysia bekerjasama dengan Hospital Komuniti Dhaka untuk projek pembedahan bagi membetulkan bibir sumbing kanak-kanak di negara itu. - UTUSAN

Para pembahas akan diberi lebih kebebasan - Muhyiddin

Posted: 19 Nov 2013 10:08 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Para pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan diberikan lebih kebebasan dalam menyuarakan sebarang isu bagi membolehkan mereka mengupas satu-satu perkara dengan lebih mendalam.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan ketelusan, pihaknya tidak akan menyekat para pembahas menyentuh apa jua isu walaupun melibatkan dasar parti serta kerajaan, asalkan dilakukan secara bertanggungjawab.

Beliau berkata, tidak salah untuk pembahas-pembahas menjadi vokal tetapi paling penting perbahasan mereka perlu disandarkan dengan bukti serta fakta yang benar.

"Melalui perbahasan juga dapat memberi gambaran kepada pucuk pimpinan mengenai perasaan ahli-ahli di peringkat akar umbi sama ada mereka gembira atau kecewa terhadap keadaan yang berlaku kepada parti, kerajaan mahu pun negara," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Minyak Sawit Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai persiapan untuk mengadakan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan bermula 2 Disember depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, sungguhpun diberikan lebih kebebasan, para pembahas tetap tertakluk kepada beberapa panduan yang telah ditetapkan supaya perbahasan tidak lari daripada landasan.

"Walau apa pun pendekatan ini, (beri lebih kebebasan) akan membolehkan para pembahas mengupas satu-satu isu dengan lebih mendalam.

"Dahulu pun bebas cuma kali ini kita mahu para pembahas atau jurucakap yang akan membentangkan dan membahaskan usul mempunyai keupayaan untuk mengupasnya secara lebih terperinci," katanya lagi.

Antaranya menurut beliau, mengenai baik atau buruknya sesuatu perkara, sekali gus akan membuatkan masyarakat umum melihat UMNO itu sebagai parti yang telus, masih relevan, terbuka dan sedia mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Ditanya jangkaan isu yang akan ditimbulkan Muhyiddin berkata, beliau menjangkakan pihak pembahas akan membangkitkan perkara berkaitan pemilihan parti baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat