{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Mat Sabu dicabar ulama

Posted: 08 Nov 2013 10:14 AM PST

Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada Muktamar Ke-59 parti itu akhir bulan ini dijangka menyaksikan pertembungan sengit satu lawan satu antara penyandangnya, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dilihat bakal berdepan cabaran getir daripada Mohd. Amar yang dicanangkan sebagai mewakili kepimpinan ulama.

Tiga pemimpin Pas yang turut dicalonkan untuk jawatan nombor dua parti iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub serta Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan menarik diri.

Husam memilih untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden manakala dua lagi rakan sejawatannya, Salahuddin dan Datuk Mahfuz Omar berkemungkinan besar mengambil keputusan serupa.

Tuan Ibrahim pula memutuskan akan mencabar tiga penyandang jawatan Naib Presiden tersebut dan beliau mungkin turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menarik diri daripada persaingan merebut jawatan Naib Presiden dan memilih untuk mempertahankan jawatan AJK Pas Pusat.

Seorang lagi calon Naib Presiden, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa turut menarik diri setelah mengesahkan akan bertanding jawatan AJK Pas Pusat.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dan Naibnya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dijangka mengekalkan jawatan masing-masing memandangkan hanya satu pencalonan diterima bagi tiga jawatan tertinggi itu.

Dalam pada itu. lima nama dikatakan bakal berentap untuk jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas setelah penyandangnya, Nasrudin Hassan mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu dan mengesahkan akan bertanding untuk jawatan AJK Pas Pusat.

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob telah mengesahkan penyertaannya dalam saingan merebut jawatan tertinggi sayap itu.

Beliau dijangka berdepan dengan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Dr. Riduan Mohd. Nor; bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat; Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Zulhazmi Zakaria.

Proses pencalonan berakhir pukul 5 petang hari ini dan difahamkan, senarai rasmi calon-calon yang bertanding akan diumumkan di Pejabat Agung Pas Pusat di sini esok.

Seorang lagi pemimpin PKR Sabah letak jawatan

Posted: 08 Nov 2013 10:14 AM PST

JELANI Hamdan menunjukkan resit rasmi PKR sebagai bukti beliau menjadi ahli PKR tetapi mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah berkuatkuasa serta- merta di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 8 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah semakin bercelaru dan tak ubah seperti retak menanti belah.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan hari ini mengisytiharkan peletakan jawatan Naib Pengerusi 1, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau dalam sidang akhbar khas memaklumkan bahawa alasan utamanya membuat keputusan itu ialah kerana mendakwa perjuangan parti itu yang kononnya memperjuangkan hak autonomi dan suara rakyat Sabah hanya sekadar sandiwara semata-mata.

Dakwanya, segala resolusi Buku Jingga untuk Sabah dan Deklarasi Kuching yang antara lain kononnya untuk mendengar denyut nadi orang Sabah hanya tinggal sekadar retorik sahaja, segalanya tidak dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya.

"Pada 7 Julai 2010, saya memohon menyertai PKR kerana tertarik dengan Buku Jingga dan Deklarasi Kuching iaitu suatu dasar yang fleksibel untuk rakyat negeri ini serta dianggap lebih mesra tuntutan rakyat Sabah, sekali gus saya merasakan sebagai pejuang boleh menyumbang sesuatu untuk parti ini.

"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, segalanya bermula, suara Kadazandusun Murut (KDM) yang merupakan majoriti di Sabah dan PKR bukan sahaja tidak diendahkan, malah kepentingan kami turut disisihkan oleh pimpinan negeri dan Pusat," katanya.

Pada 27 September lalu, ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti Jeremmy Malajad (Kadamaian) pada Isnin lalu.

Tambah Jelani, kemelut PKR bermula dengan pelantikan Lajim sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi MPN yang tidak dibuat secara mesyuarat dan pengundian terbuka, sekali gus menafikan suara KDM memenangi empat DUN dan satu Parlimen yang merupakan majoriti dalam PKR.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi saya dan meminta supaya memberi laluan kepada Lajim atas faktor 'kanan' dalam parti dan saya menyanggah kerana Lajim hanya menjadi ahli parti selepas dua hari PRU-13, maka alasan itu langsung tidak boleh diterima.

"Bagi pemilihan MPN, saya juga meminta Anwar melantik dalam kalangan KDM untuk sekurang-kurangnya sebagai timbalan, tetapi tetap tidak dilantik.

Sementara itu, ditanya tentang kedudukannya sebagai ahli PKR, Jelani membuat kejutan dengan mendedahkan bahawa sehingga kini permohonan untuk menjadi ahli parti tersebut masih belum diluluskan sejak 2010.

"Jadi tidak timbul isunya saya keluar PKR kerana saya memang bukan ahli PKR, sehingga kini masih tidak menerima pengesahan sebagai ahli parti oleh Pusat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat