{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Bayaran letak kereta mahal

Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 1 Nov. - Rakyat negeri ini menyifatkan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menetapkan kadar minimum untuk tempat letak kereta bermeter di bandar ini sebagai tidak wajar.

Kadar bayaran baharu tempat letak kereta yang dilaksanakan itu menyebabkan pengguna harus membayar dengan bayaran minimum 40 sen untuk 30 minit.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk yang ditemui tidak berpuas hati dengan kadar bayaran berkenaan kerana mengelirukan.

Mereka seolah-olah teraniaya dengan pelaksanaan bayaran tersebut kerana tidak diumumkan secara menyeluruh kepada orang ramai selain dilihat membebankan rakyat.

Pensyarah, Azim Izzuddin, 29, berkata, pelaksanaan yang dibuat MPKB-BRI itu tidak rasional dan disifatkan terlalu mengikut perasaan.

"Ini adalah satu kadar bayaran yang tidak relevan dan tidak sepatutnya dilaksanakan memandangkan ekonomi di negeri ini mahupun Malaysia masih belum stabil.

"Di mana matlamat yang sering digembar-gemburkan sebagai negeri berkebajikan? Saya sangat berharap kadar bayaran sedia kala dapat dilaksanakan semula," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Pegawai kerajaan, Mohamad Hanif Baharudin, 29, berkata, kadar bayaran baharu itu menyusahkan dan membebankan rakyat.

"Caj baharu ini terlalu tinggi dan sangat membebankan kerana pengguna harus membayar dengan bayaran minimum yang ditetapkan walaupun meletakkan kenderaan dalam tempoh singkat," katanya.

Sementara itu, penjawat awam, Wan Mohd. Firdaus Wan Mohamad, 28, pula meluahkan rasa kesal dengan pelaksanaan tersebut yang dilihat tidak wajar.

"Apa rasionalnya kadar bayaran baharu ini dilaksanakan? Tindakan ini dilihat seolah-olah mereka mengambil kesempatan secara senyap memandangkan ramai yang tertipu dengan caj ini.

"Saya berharap kadar bayaran ini tidak terus dilaksanakan bagi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini sekali gus mengelak kenaikan caj-caj untuk perkhidmatan lain," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat MPKB-BRI, Azman Mohd. Daham berkata, kadar minimum tersebut diperkenal bagi menambah pendapatan pihak berkuasa tempatan tersebut.

Katanya, MPKB-BRI akan menguar-uarkan mengenai kadar minimum tempat letak kereta bermeter itu dalam masa terdekat.

"Untuk menambahkan pendapatan (MPKB-BRI) sahaja, akan diuar-uarkan selepas ini. Poster makluman kadar minimum sudah dilekatkan pada meter letak kereta terbabit," katanya dalam kenyataan di sini.

Bina segera padang bola sintetik kedua

Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT

Khairy Jamaluddin (dua dari kiri) melawat tapak Padang Sintetik di Komplek Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 1 Nov. - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu pembinaan padang bola sepak sintetik kedua di negeri ini yang terletak di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, disiapkan mengikut jadual iaitu selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Katanya, beliau sudah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau perkembangan projek tersebut bagi memastikannya siap mengikut jadual.

"Sekiranya kontraktor yang dilantik gagal mematuhi tarikh yang dipersetujui sebagaimana dalam kontrak tersebut, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengenakan denda," katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek itu di sini baru-baru ini.

Difahamkan, projek pembinaan padang sintetik kedua itu bermula sejak 2 Julai lalu dan dijadual siap hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, setakat ini, pembinaannya hanya siap sebanyak 12 peratus ekoran tertangguh selama 67 hari dipercayai berpunca daripada masalah dalam kerja-kerja tanah.

Padang bola sepak sintetik yang bernilai kira-kira RM1.8 juta itu merupakan yang kedua di negeri ini selepas padang pertama dibina di Kampung Tok Jiring siap awal Februari lalu.

160 banduan dibebaskan ikut sistem parol

Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT

ZAWARI Abd. Rashid (dua dari kanan) memegang pingat seorang kakitangan Penjara selepas menyampaikan pingat dan sijil dalam Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Ke-206 Peringkat Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 1 Nov. - Sebanyak 160 banduan Penjara Pengkalan Chepa di sini dibebaskan di bawah sistem parol pada tahun ini selepas melepasi syarat sistem tersebut.

Pengarah Penjara negeri, Zawari Abd. Rashid berkata, bilangan banduan yang dibebaskan itu adalah bagi tempoh Januari sehingga November tahun ini.

Beliau berkata, penghuni yang mendapat pembebasan di bawah sistem tersebut amat menggalakkan setelah mendapat kerjasama baik daripada keluarga masing-masing.

"Pembebasan penghuni melalui proses parol ini perlu mendapat penerimaan keluarga. Jika ada keluarga atau majikan yang tidak sanggup menerimanya agak sukar juga.

"Bagaimanapun sistem ini juga bergantung kepada Lembaga Parol di Kementerian Dalam Negeri. Kita di peringkat negeri hanya menyalurkan senarai penghuni yang layak untuk dipertimbangkan bagi pembebasan di bawah sistem ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Ke-206 Peringkat Penjara Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Parol Negeri Kelantan, Mat Yaacob dan Timbalan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Wan Sani Abd. Latiff.

Zawari berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk penghuni penjara mengikut sistem parol sekiranya golongan itu berjaya mengikuti program pemulihan dan mencapai tahap yang telah ditetapkan.

"Cuma masalahnya adalah penerimaan keluarga. Tapi masalah itu pun kecil sahaja. Hanya dalam satu peratus menyebabkan penghuni gagal mendapat pembebasan melalui proses parol," katanya.

Pada majlis tersebut, sebanyak 110 kakitangan dari bahagian penjara dan parol yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang menerima pingat serta sijil untuk pelbagai kategori seperti Pingat Perkhidmatan Am (PPA), Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan Pingat Cemerlang Penjara (PCP) yang disampaikan oleh Zawari.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat