Kosmo Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Kesihatan |
- Kulit tertanggal apabila disentuh
- Lima makanan bantu kesuburan wanita
- Tidur malam hindari kanser prostat
Kulit tertanggal apabila disentuh Posted: Kulit tertanggal apabila disentuh
WAKTU mandi merupakan detik yang paling sukar dalam kehidupan harian seorang budak lelaki di England, Rhys Williams. Ia bagaikan satu penyeksaan yang amat berat, malah, turut meninggalkan kesan emosi kepada ibunya, Tanya Moores. Apa tidaknya, jeritan suara Williams, 8, sebaik sahaja air mengenai badannya sukar untuk digambarkan hinggakan si ibu berasa trauma untuk memandikannya. "Saya takut untuk memandikannya. Saya tidak sanggup mendengar rintihannya menahan sakit," ujar Moores seperti yang dilaporkan portal berita Dailymail. Ekoran daripada itu, Moores terpaksa mengambil masa yang lama iaitu sehingga tiga jam untuk memandikan anak lelakinya itu. Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada penyakit kulit epidermolisis bulosa (EB) yang dihidap Williams. EB membuatkan kulit Williams melepuh dan melecet. Lebih menyedihkan tatkala kanak-kanak lain gembira mendapat pelukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Williams sebaliknya tidak mampu menikmatinya. Setiap sentuhan hanyalah satu penyeksaan kepadanya. Sentuhan akan membuatkan kulit Williams tertanggal dan luka. Keadaan itu menyebabkan ibunya lebih rela tidak memeluk dan menciumnya biarpun jauh di sudut hatinya dia mengimpikan momen indah seperti itu. "Saya tidak boleh memeluknya kerana ia akan mengakibatkan kulit badannya tertanggal. Saya tidak sanggup melihatnya menangis menahan kesakitan," ujar Moores yang berusia 30 tahun. Malah, menurut Moores, keadaan Williams dianggap kritikal sehinggakan dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit jenis morfin. Darah "Bagaimanapun, sekarang dia tidak mahu lagi mengambil ubat tahan sakit itu. Dia mengambil paracetamol sahaja," katanya. Moores memberitahu, anaknya itu sebenarnya menderita penyakit kulit tersebut sejak lahir. Keadaan itu menyebabkan badannya perlu sentiasa ditutup dengan kain pembalut bagi memastikan kulitnya tidak tertanggal. KULIT pesakit mudah melepuh dan terluka. Ini kerana jika terdedah, kulit Williams senang berdarah apabila tersentuh sesuatu. Keadaan itu menyebabkan pakaian Williams kerap terkena darah. Ini kerana jika terdedah, kulitnya cenderung untuk tersentuh dengan objek lain yang akan mencetuskan luka. Ekoran daripada itu juga, Williams tidak mampu untuk bermain di luar seperti kanak-kanak lain. Malah, kebanyakan masanya dihabiskan di dalam rumahnya yang terletak di Bolton, Greater Manchester, England. "Pernah suatu ketika, dia tidak mahu keluar berjalan langsung kerana terlalu malu akibat menjadi tumpuan orang ramai yang selalu melihat keadaannya. "Williams turut meminta saya menutup dirinya daripada pandangan wanita lain yang sering membuat aksi tergamam apabila melihatnya," ujar Moores yang terpaksa meredah perjalanan kira-kira 300 kilometer apabila ingin mendapatkan rawatan untuk anaknya itu di Hospital Kanak-Kanak Birmingham. Cerita Moores, perkara paling melukakan hatinya ialah apabila ada individu yang memberikan komen negatif dengan menganggapnya sebagai seorang ibu yang cuai kerana membiarkan anaknya bermain berdekatan cerek panas. "Mereka ingat anak saya terkena air panas," katanya yang memberitahu, masih ramai yang tidak terdedah dengan pengetahuan berkaitan penyakit tersebut. Ujar Moores, lebih menyedihkan apabila anaknya itu juga terpaksa diberi makan menggunakan tiub khas pada badan. Ini kerana jika Williams mengambil makanan pejal secara oral, ia akan mengakibatkan lepuhan pada kerongkongnya. Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Colin Tidy, EB merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan kulit mudah melepuh dan tertanggal. Bagi individu yang mengalami EB, sentuhan secara lembut pada kulit sahaja sudah dapat meninggalkan kesan lepuhan yang teruk. Antara simptom yang dialami pesakit termasuklah lepuhan di dalam mulut, susah untuk mengunyah dan menelan makanan, serta mengalami masalah penglihatan. "Sehingga kini belum ada penawar khusus bagi penyakit EB. Rawatan yang diberikan hanyalah untuk mengurangkan simptom yang dialami pesakit," katanya. Tambah Tidy, statistik menunjukkan penyakit yang jarang dijumpai ini menyerang satu daripada 17,000 kelahiran di Britain. | |
Lima makanan bantu kesuburan wanita Posted: Lima makanan bantu kesuburan wanitaBUAH AVOKADO SECARA umumnya, faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang. Bagaimanapun, faktor nutrisi juga mampu mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil. Menurut pakar kesihatan holistik yang juga penulis buku Women-Code, Alisa Vitti, sistem reproduksi yang lebih sihat dapat diperoleh menerusi keseimbangan hormon yang terhasil menerusi diet pemakanan. Lima makanan yang dikatakan mampu meningkatkan kualiti kesuburan wanita ialah avokado, biji bunga matahari, kayu manis, telur dan gandum kuda. Buah avokado kaya dengan kandungan lemak tak tepu yang dapat menambah kesuburan, manakala pengambilan tiga genggam biji bunga matahari seminggu mampu meningkatkan kualiti sel telur. Sementara itu, Vitti memberitahu, kayu manis dan gandum kuda merupakan bahan makanan yang akan merangsang proses ovulasi wanita. Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar telur diambil secara rebus separuh masak bagi mengekalkan kandungan vitamin D dan B6 untuk penghasilan progesteron iaitu hormon penting untuk kehamilan. | |
Tidur malam hindari kanser prostat Posted: Tidur malam hindari kanser prostat
SAINTIS berpendapat lelaki yang memperoleh kualiti tidur malam yang baik mampu menghindari penyakit kanser prostat. Ini kerana kajian menunjukkan individu yang memiliki kandungan hormon tidur, melatonin, yang tinggi, berisiko 75 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit maut tersebut. Melatonin dihasilkan oleh badan ketika keadaan gelap dan membantu mengawal kitaran tidur seseorang. Individu yang mempunyai kandungan melatonin yang rendah cenderung untuk mengalami masalah tidur dan kerap berjaga pada waktu malam. "Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan melatonin rendah merangkumi aspek yang luas termasuklah risiko diserang kanser," ujar ketua penyelidik, Sarah Markt dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard di Boston, Amerika Syarikat. Biarpun penemuan itu memerlukan kajian lanjut, para saintis masih menekankan pentingnya tidur pada waktu malam. Dr. Mathhew Hobbs dari Prostate Cancer United Kingdom memberitahu, lebih 40,000 lelaki didiagnosis dengan kanser prostat setiap tahun di United Kingdom. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |