Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Bawa Malaysia ke awan biruOleh NADIA SHAIFUL BAHARI
HOBI bertarung nyawa! Itu apa yang dirasakan kru Kosmo! tatkala mengetahui kisah anak muda tempatan yang berusaha mengharumkan nama negara di persada dunia. Penerjun bebas sepenuh masa, Amar Ab. Aziz, 28, berkongsi perjalanan beliau mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama yang akan terlibat dalam melakukan Formasi Besar Terjunan Udara Australia (FBTUA) 2015 di Perris Valley, Amerika Syarikat (AS). Penglibatannya bukan sekadar hobi semata-mata, malah ada rekod yang mahu dipecahkan iaitu mengatasi rekod formasi terbesar yang pernah dicatat oleh Australia di lokasi sama pada 13 Jun 2010. "Cabaran terbesar setakat ini adalah jadual latihan yang padat kerana saya terpaksa melakukan sekurang-kurangnya tujuh kali terjunan dalam sehari. "Selain itu, saya telah mengeluarkan kos latihan sendiri demi mengejar impian tersebut. "Pada masa sama, saya mengalu-alukan penaja yang berminat untuk bersama saya bagi menjulang nama Malaysia dalam sukan payung terjun di peringkat antarabangsa," ujarnya yang kini berstatus Penduduk Tetap Australia sejak September tahun lalu. Walaupun program tersebut berlangsung pada bulan April tahun hadapan, beliau sedang giat berlatih terutama kemahiran formasi. Difahamkan, Amar telah melakukan kira-kira 830 penerjunan. Penerjunan tertinggi yang dilakukan oleh anak kelahiran Kamunting, Perak itu adalah pada aras ketinggian 7,620 meter semasa menjalani latihan Penerjunan Aras Tinggi di Kelantan pada September 2012. FBTUA merupakan aktiviti yang menghimpunkan semua penerjun di Australia bagi mengasah kebolehan mereka melakukan penerjunan serta meningkatkan kemahiran. JALUR gemilang berkibar megah pada ketinggian 3,962 meter. Sokongan Kira-kira 150 penerjun dianggarkan terlibat bagi menjayakan rekod FBTUA 2015 dan Amar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang akan mewakili Australia di AS pada tahun hadapan. "Saya amat berharap untuk mendapatkan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi membantu belia tempatan menceburkan diri dalam aktiviti berstatus antarabangsa. "Penglibatan ini secara tidak langsung membawa nama dan Jalur Gemilang ke mata dunia. Sudah tentu ia selari dengan harapan kerajaan yang giat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014. "Mana tahu pencapaian membanggakan anak tempatan mampu menarik perhatian masyarakat dunia sekali gus menjadikan negara ini lebih dikenali di luar negara," ujarnya. Menurut Amar, terdapat beberapa siri latihan penyesuaian yang wajib diambilnya bagi melayakkan diri menjadi salah seorang penerjun FBTUA. Beliau telah menyertai beberapa acara terjunan aksi bebas seperti Starcrest Australia, Intermediate Big Way, Freefly Competent, kursus Canopy Piloting dan Tunnel 6 Ways bermula Ogos tahun lalu. Terbongkar Beliau yang merupakan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di 10 Briged Para sedang bercuti tanpa gaji selama tiga tahun bagi meluangkan masa bersama anak dan isteri yang juga merupakan Penduduk Tetap di negara tersebut. Amar menceburi bidang terjun bebas sejak tahun 2007 kerana ia sebahagian daripada rutin tugasannya di 10 Briged Para. Pada awalnya, anggota keluarga Amar menyangka beliau hanya berkhidmat sebagai pegawai ATM biasa dan tidak tahu tentang penglibatannya dalam aktiviti terjunan udara. Status kerjaya sebenarnya terbongkar selepas keluarganya menonton beliau beraksi dalam program slot penerjunan malam yang disiarkan secara langsung sempena Pelancaran 1Malaysia di Perlis tahun 2011. "Isteri saya, Nur Shairah Ishak turun memberikan sokongan moral termasuk turut serta menjadi penerjun bebas. Dia turut mempunyai lesen solo yang diiktiraf Persekutuan Payung Terjun Australia sejak tahun 2013," ungkap bapa kepada seorang anak itu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |