{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Rahsia kosmetik kayu gaharu

Posted:

Rahsia kosmetik kayu gaharu

Rahsia kosmetik kayu gaharu

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

EEDI menunjukkan kayu gaharu yang mempunyai pelbagai khasiat.


MENYEDARI khasiat gaharu yang terhasil daripada pokok karas atau nama botaninya, Aquilaria malaccensis Lamk, Min's Agarwood memperkenalkan pelbagai rangkaian produk kosmetik yang dihasilkan menggunakan bahan tersebut.

Min's Agarwood dimiliki oleh Classified Resources Sdn. Bhd. (Classified Resources), merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang membangunkan produk berasaskan gaharu di Kelantan.

Lebih menarik, syarikat itu juga terlibat dalam projek penanaman dan pembangunan pokok karas.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Eedi Sann, syarikat tersebut telah menceburi bidang pembangunan gaharu sejak beberapa tahun lalu yang memfokuskan projek-projek di Kelantan.

"Pada tahun 2007, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat melancarkan projek Koridor Depu. Ia ternyata menarik minat ramai penduduk di negeri ini untuk menyertai projek tersebut.

"Bagaimanapun, projek itu gagal menepati sasaran. Pokok-pokok karas atau lebih popular di negeri ini sebagai depu, terbiar begitu sahaja," katanya.

Bagi melestarikan semula pembangunan gaharu di negeri ini, Classified Resources mengambil alih projek tersebut dengan membantu peserta projek memahami kebaikan, khasiat dan pemasaran hasil daripada pokok tersebut.

Pokok-pokok yang ditanam sewaktu projek tersebut dilancarkan sudah berusia enam hingga tujuh tahun dan sedia dituai hasilnya.

Hasil-hasil tersebut dibeli oleh Classified Resources untuk diproses menjadi pelbagai produk yang bernilai tinggi.

Gaharu mempunyai permintaan tinggi di dalam dan luar negara ekoran khasiatnya.

PROSES ini untuk mendapatkan minyak gaharu.


Projek gagal

Menurut Pengarah Pemasarannya, Minaa Mumtaz, ramai peserta projek Koridor Depu tidak tahu mengenai khasiat pokok tersebut secara menyeluruh.

"Kebanyakan mereka mengambil benih dan menanamnya di belakang rumah dan kemudiannya apabila projek tersebut gagal, pokok-pokok tersebut terbiar begitu sahaja.

"Kami secara tidak langsung membantu mereka memperoleh pendapatan daripada hasil penanaman mereka untuk dimanfaatkan oleh semua orang," katanya.

Selain meneruskan projek Koridor Depu, Classified Resources turut menceburi bidang perladangan gaharu bagaimanapun, hasilnya masih belum boleh dituai.

Katanya, produk yang dihasilkan dijamin tidak mempunyai bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada pengguna.

"Kami mahu mengekalkan keasliannya termasuk tiada penggunaan bahan kimia di dalam komposisinya.

"Terdapat 50 peratus sehingga 80 peratus gaharu diletakkan di dalam setiap produk dan ia diproses hasil kerjasama Biotech Kelantan," katanya.

Antara produk yang dikeluarkan Min's Agarwood ialah minyak gaharu, scrub badan dan rambut, teras gaharu, air mandian, minyak urut dan beberapa produk lagi.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk tersebut, hubungi talian 09-746 2346 atau e-mel kepada minsagarwood@gmail.com.

Mahasiswa UPM kongsi ilmu

Posted:

Mahasiswa UPM kongsi ilmu

Mahasiswa UPM kongsi ilmu


SERAMAI 57 mahasiswa Universiti Putra Malaysia terlibat dalam program Siswa@Kampung di Felda Ijok, Selama, Perak baru-baru ini.


SERAMAI 57 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil langkah proaktif mendekati penduduk luar bandar dengan berkongsi maklumat mengenai pengurusan kewangan dan hak pengguna di Felda Ijok, Selama, Perak.

Program Siswa@Kampung yang berlangsung selama tiga hari itu dianjurkan secara bersama oleh mahasiswa Kursus Bakti Siswa dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM serta sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Mengetengahkan konsep keluarga angkat, kesemua mahasiswa gembira bersama keluarga angkat masing-masing melibatkan tiga hingga enam mahasiswa untuk sebuah keluarga.

Selain memberi pendedahan dan maklumat berkaitan hak pengguna dan pengurusan kewangan, program tersebut turut membuka ruang kepada pembinaan modal insan.

Seorang peserta, Hidayati Jamil, 19, teruja apabila berpeluang merasai kehidupan ala kampung selain berkongsi ilmu bersama masyarakat setempat.

"Lebih mengujakan ialah nilai budaya timur masyarakat di Felda Ijok ini yang masih menebal terutamanya dalam konteks melayan tetamu.

"Walaupun saya bersama mereka hanya tiga hari perasaan ketika mahu meninggalkan mereka untuk pulang ke universiti tidak dapat saya gambarkan.

"Bayangkan dalam tempoh singkat, hubungan kami bersama keluarga angkat bagaikan keluarga sendiri. Sedih sewaktu kami saling bersalaman sebelum berpisah," jelasnya.

Program berkenaan dirasmikan oleh Penasihat Agama kepada Menteri Besar Perak, Datuk Mohd. Najmuddin Elias Al-Hafiz.

Perkongsian ilmu

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Ijok, Ramli Mahmud memberitahu sebagai wakil penduduk mereka menyambut baik mana-mana mahasiswa sama ada institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang mahu berkongsi ilmu dengan penduduk di situ.

Jelasnya, usaha mahasiswa UPM itu harus diberikan pujian kerana pada usia muda, mereka sudi melakukan kerja kebajikan terutamanya dalam perkongsian ilmu.

"Mereka adalah golongan belia dan mungkin pemimpin pada masa akan datang. Banyak ilmu yang kami peroleh sepanjang penuntut UPM berada di sini.

"Harapan kami supaya lebih ramai mahasiswa di luar sana sudi ke sini untuk berkongsi ilmu selain menjadi inspirasi kepada golongan belia luar bandar melanjutkan pengajian sehingga ke menara gading," katanya.

Ketua Program Siswa@Kampung, Muhamad Hasyim Ibrahim berkata, pelbagai program diisi sepanjang berada di Felda Ijok.

Katanya, antara program yang dijalankan termasuk program cilik yang celik, pengguna bijak, pengurusan kewangan keluarga (gores dan menang), hak-hak dan tanggungjawab pengguna serta sukaneka.

"Kami menerima maklum balas yang sangat baik. Fokus kami ialah pendidikan dan pendedahan," katanya.

Evolusi persembahan peralatan gendang

Posted:

Evolusi persembahan peralatan gendang

Evolusi persembahan peralatan gendang


HANDS juga menyelitkan elemen-elemen muzik tradisional tempatan seperti gamelan dan tabla dalam persembahan The Next 2014.


SEMPENA ulang tahun ke-15 penubuhan Hands Percussion Malaysia (Hands), kumpulan alatan gendang itu akan mengadakan persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari depan.

Persembahan The Next 2014 yang julung-julung kali diadakan itu mempamerkan asimilasi muzik dan tarian dengan diiringi alunan serta paluan alat gendang yang merupakan tunjang dalam setiap persembahan Hands.

Melalui persembahan itu, penonton dapat menyaksikan keghairahan, azam dan tekad anak muda yang mencintai alunan tradisional di Malaysia.

Pada persembahan kali ini, Hands menjemput Sangpuy Katatepan Mavaliyw iaitu seorang penyanyi dari Taiwan. Melalui kerjasama itu, Hands cuba menonjolkan persamaan seni kebudayaan dan cara hidup masyarakat Orang Asli di Malaysia dan Taiwan.

Menurut Pengarah Artistik Hands, Bernard Goh, inspirasi persembahan The Next 2014 berdasarkan keadaan persekitaran di tanah air dan di kebanyakan negara Asia Tenggara.

"Setiap persembahan semestinya berkisar mengenai penghormatan setiap ahli kumpulan kepada alatan gendang. Persembahan terbahagi kepada tiga segmen utama. Bahagian pertama, menggabungkan elemen seni tradisional berbeza di rantau Asia dan mewujudkan pergerakan tarian baharu yang diasimilasikan daripada gerak Randai iaitu kesenian popular di Negeri Sembilan. Bahagian kedua menumpukan kepada tema futuristik dalam komposisi muzikal gendang.

"Pada bahagian ketiga pula, ia merupakan satu kolaborasi ahli Hands dan gitaris legenda negara iaitu Man Kidal. Melalui persembahan itu, kami menggabungkan alat gendang yang dimainkan oleh setiap ahli Hands dan alunan gitar Man Kidal. Ia merupakan satu eksperimentasi muzik yang diharap akan memukau para penonton," ujarnya.


NORLIZA (duduk dua dari kanan) bersama Mohamed Juhari (tiga dari kanan) dan Man Kidal (empat dari kiri) bersama barisan pemuzik yang terlibat dalam pementasan The Next 2014.


Pengiktirafan

Hands bukanlah satu nama baharu dalam arena seni tempatan. Kumpulan itu menerima lima pengiktirafan sempena Anugerah Seni Boh Cameronian ke-10 tahun lalu. Anugerah utama yang dimenangi ialah Anugerah Solo Terbaik (Instrumental), Anugerah Berkumpulan Terbaik (Instrumental) dan Anugerah Komposisi Asli Terbaik.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan turut mencatatkan acara pementasan tersebut dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) dalam usaha untuk menarik pelancong berkunjung ke Istana Budaya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli memberitahu, pementasan The Next 104 merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh peminat seni tempatan sempena acara TMM 2014.

"Dengan pengiktirafan yang diterima oleh Hands, saya percaya dengan kemampuan kumpulan ini akan mengadakan persembahan terbaik sepanjang pementasan selama dua hari di Istana Budaya. Selain itu, pelancongan yang berasaskan seni budaya di Malaysia merupakan antara daya tarikan unik di negara ini sepanjang acara TMM 2014.

"Dalam usaha untuk menjayakan pementasan The Next 2014, sebanyak RM50,000 telah disumbangkan kepada Hands melalui Dana Royal Arts Gala 2012 dalam usaha untuk membangunkan industri kreatif yang mendapat peruntukan daripada Dasar Industri Kreatif Negara," ujarnya dalam sidang akhbar pementasan The Next 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Sementara itu, Man Kidal yang juga merupakan artis jemputan dalam pementasan The Next 2014 memberitahu, persembahan tersebut merupakan pengalaman kali pertamanya berkolaborasi dengan Hands untuk menghasilkan alunan muzik.

"Bagi peminat yang ingin menyaksikan saya mengekperimentasikan alunan melodi gitar, The Next 2014 merupakan pementasan yang wajib ditonton. Saya akan mempersembahkan dua buah lagu dalam bahagian ketiga pementasan. Ia merupakan eksperimentasi bunyi haiwan seperti gajah dan kesan bunyi seperti di dalam hutan bersama dengan alatan gendang daripada Hands," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat