{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Mahkamah Perlembagaan Thailand putuskan PRU boleh ditunda

Posted:

Mahkamah Perlembagaan Thailand putuskan PRU boleh ditunda

Mahkamah Perlembagaan Thailand putuskan PRU boleh ditunda

24/01/2014 11:16pm

BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadual berlangsung pada 2 Februari ini, boleh ditunda.

Menurut satu kenyataan, mahkamah berkenaan turut memberi tanggungjawab kepada Perdana Menteri kerajaan sementara, Yingluck Shinawatra dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Supachai Somcharoen untuk menetapkan tarikh baharu pilihan raya.

Proses pilihan raya sepatutnya bermula Ahad ini dengan pengundian awal.

Perkembangan terbaru ini dianggap sebagai satu tamparan kepada Yingluck kerana beliau berkeras mahu pilihan raya itu berlangsung seperti yang dijadual meskipun berdepan tunjuk perasaan yang diketuai pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban.

Tunjuk perasaan di bahagian selatan, yang memperlihat sokongan kuat kepada PDRC, menyaksikan beberapa calon gagal mendaftar di 28 kawasan dan kakitangan SPR takut untuk bertugas di lokasi tertentu.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini dijangka tidak menghentikan tunjuk perasaan di ibu negara yang berlangsung selama beberapa bulan, bermula dengan protes terhadap satu rang undang-undang pengampunan, yang kemudian dibatalkan, diikuti desakan untuk pembaharuan, menangguhkan pilihan raya dan yang terkini, peletakan jawatan Yingluck.

Terdahulu, jurucakap PDRC, Akkanat Prompan berkata, kumpulan itu tidak bercadang untuk berarak bagi mengganggu pengundian awal Ahad ini, namun berkata rakyat berhak menentang pilihan raya berkenaan.

Katanya, Suthep akan mengetuai satu perarakan, yang bermula pada pukul 10 pagi esok, untuk "menjemput" rakyat menyertai tunjuk perasaan mereka bagi mendesak Yingluck meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara.

Perarakan itu dijangka bermula dari persimpangan Ratchaprasong.

Tambahnya, perintah darurat yang diisytihar di Bangkok dan wilayah berhampiran tidak memberi kesan ke atas perhimpunan PDRC. - Bernama

Tindakan pantas Bomba selamatkan lapan unit kedai daripada musnah dijilat api

Posted:

Tindakan pantas Bomba selamatkan lapan unit kedai daripada musnah dijilat api

Tindakan pantas Bomba selamatkan lapan unit kedai daripada musnah dijilat api

24/01/2014 10:39pm

TUMPAT - Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Tumpat, Balai Darul Naim serta anggota bomba sukarela, berjaya menyelamatkan sederet lapan kedai daripada musnah dijilat api di Pasir Pekan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran itu pada pukul 6.05 petang.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar tingkat atas sebuah unit kedai berkenaan.

"Kita terpaksa memotong jeriji di unit kedai yang terbakar itu bagi memudahkan proses pemadaman serta mengawal api yang semakin marak. Api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit," katanya di lokasi kejadian di sini.

Tiga jentera dengan kekuatan 20 pegawai dan anggota dikejar ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilapor berikutan tiada penghuni di premis berkenaan ketika kejadian. - Bernama

Empat ditahan berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan di tiga negeri

Posted:

Empat ditahan berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan di tiga negeri

Empat ditahan berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan di tiga negeri

24/01/2014 8:28pm

KANGAR - Pihak polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kejadian pecah rumah dan mencuri kenderaan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ekoran tertangkapnya empat lelaki yang berumur antara 22 hingga 31 tahun pada 6 Januari lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata, menerusi operasi yang dijalankan dengan bantuan Pasukan Petugas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kedah, beberapa siri tangkapan ke atas suspek dan rampasan barangan yang dipercayai dicuri dari mangsa telah dilakukan.

Katanya, suspek dipercayai terbabit dalam dua kes pecah rumah dan curi kenderaan pada 2 Disember tahun lalu di Taman Temak Jaya dan Taman Simpang Jaya, Simpang Empat dekat sini yang melibatkan kehilangan dua buah kereta iaitu Toyota Camry dan Toyota Vios.

Dua daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, mencuri dan pecah rumah, katanya.

Tambahnya, dua daripada mereka merupakan peniaga kedai makan dan selebihnya merupakan mekanik dan buruh.

"Suspek yang bekerja sebagai buruh itu didapati positif dadah dan telah dituduh di mahkamah pada 13 Januari sementara tiga lagi direman sehingga 29 Januari ini," ujarnya.

Dalam kes berasingan, Zull berkata, seorang peniaga kain berumur 34 tahun telah ditahan di Taman Seri Embun di sini pagi tadi kerana terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

"Dua bilah parang panjang, dua bilah pedang, sehelai kemeja putih tertera gambar naga dan sijil watikah yang tertera logo serta perkataan 'To Black Dragon' sebagai 'Kekanda Kumpulan 368 Kedah' adalah antara barangan yang dirampas daripadanya," katanya. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat