Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST DENGAN rupa yang agak serius dan tampak garang, siapa sangka insan bernama Tammy Lim sebenarnya mempunyai karakter yang sangat bersahaja dan agak kelakar selepas mengenalinya dengan lebih dekat. Menjadikan spa sebagai tempat menghabiskan masa, dia mengakui ketenangan sukar untuk dikecapi tambahan pula kini sibuk dengan perancangan aktiviti untuk program awal tahun. Katanya, setiap dua minggu dia akan ke spa kegemarannya iaitu Posh! Nail Spa di Taman Tun Dr. Ismail. Dengan bantuan artis solekan kuku kegemarannya yang dikenali sebagai Rachel, dia memanjakan diri di spa itu selepas banyak menghabiskan masa di hadapan komputer untuk menyiapkan kerja. Pada usia awal 30-an, Tammy dilihat lebih matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Kematangan itu dapat dilihat apabila dia menubuhkan sebuah komuniti dikenali sebagai Butterfly Project yang mengumpulkan ramai blogger dari seluruh negara. Mula aktif sebagai blogger pada awal tahun 2008 ketika bekerja sebagai pembantu di sebuah firma guaman di ibu negara selama dua tahun, Tammy sentiasa memuatnaik pendapat atau ulasannya berkenaan lokasi menarik dan juga produk. Gadis yang berasal dari Klang, Selangor ini merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent Klang, Tammy menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klang. Dia kemudiannya meneruskan pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan pengiklanan selama tiga tahun sebelum terbang ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. Bagi yang berminat untuk mengenali lebih lanjut blogger ini, jangan lupa berkunjung ke http://www.plusizekitten.com/. - AZRIN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH |
Posted: 24 Jan 2014 10:42 AM PST JENAMA produk penjagaan kulit dari Jepun, Hada Labo, kini memperkenalkan losen terbaharu yang dirumus khas untuk kulit jenis berminyak, kombinasi dan cenderung berjerawat, Hada Labo Mild Peeling Lotion. Produk terbaharu itu mempunyai satu formula unik yang bukan sahaja menanggalkan kulit kusam dan kekotoran, tetapi ia juga merangsang pembaharuan sel. Ia membantu mengetatkan liang pori, mengelakkannya tersumbat dan mencegah kulit daripada masalah jerawat. Ia juga berkesan untuk mengurangkan garis-garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit, selain memberikan kelembapan kepada kulit agar kekal lembut dan sihat. Asid Gluconik yang merupakan ramuan utama dalam formula losen ini diperolehi secara semula jadi daripada sumber buah-buahan dan madu lebah. Ia berfungsi untuk melembut dan menghilangkan sel-sel kulit mati dan meningkatkan kemampuan kulit untuk menyerap nutrien dari produk perawatan seperti serum dan pelembap. Ia juga membantu menambah kelembapan kulit agar kekal licin dan lembut. Hada Labo Mild Peeling Lotion tidak berminyak dengan pH seimbang dan bebas daripada alkohol, pewarna, pewangi, pengawet, sumber haiwan dan minyak mineral. Ia kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka pada harga RM49.90. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |