{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Isu letak jawatan beri lebih semangat untuk berkhidmat - Hasan

Posted: 12 Jan 2014 10:41 PM PST

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Isu peletakan jawatan yang timbul di internet sejak beberapa hari lalu tidak sekali-kali mematahkan semangat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Sebaliknya beliau berkata, khabar angin yang tidak benar yang disebarkan beberapa blog itu telah memberikan semangat kepada beliau untuk terus berkhidmat kepada rakyat dengan lebih gigih.

"Saya ingat soal itu tidak timbullah. Bagi saya ini adalah memberi semangat lagi tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Selagi amanah diberikan kita akan laksanakan dengan baik, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas. InsyaAllah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan sesi walk about di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur di Pudu Sentral di sini hari ini.

Hasan berkata, beliau serta para pegawai kementeriannya serta rakan-rakan menteri Kabinet lain akan sentiasa mencari jalan untuk mensejahterakan rakyat.

"Ada ruang dan cadangan yang baik kemukakan kepada kita supaya kita boleh timbang dan laksanakan. Saya di sini untuk melakukan itu," tambah beliau.

Beberapa blog sejak beberapa hari lalu membuat spekulasi kononnya Hasan akan mengumumkan perletakan jawatannya minggu ini ekoran tekanan rakyat berikutan kenaikan harga barang. -UTUSAN ONLINE

MJMM buat laporan polis, kecam MB

Posted: 12 Jan 2014 10:49 AM PST

Abdul Rani Kulup Abdullah (tengah) bersama penyokong melaungkan takbir sambil menunjukkan laporan polis isu kalimah Allah di Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) mengecam tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat lebih mengutamakan kepentingan politik daripada melindungi kesucian agama Islam.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, perkara itu jelas dilihat apabila Abdul Khalid mengeluarkan dua arahan baharu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dua arahan tersebut ialah memulangkan Bible yang dirampas di Petaling Jaya baru-baru ini dan mewajibkan agensi itu memaklumkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco- exco kerajaan negeri sebelum membuat apa-apa serbuan.

"Tindakan Abdul Khalid itu juga bertentangan dengan aku janjinya untuk memelihara dan melindungi kesucian Islam ketika mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini," katanya.

Beliau ditemui selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Abdul Khalid mengeluarkan dua arahan baharu kepada JAIS dan kedegilan Pengarang The Herald, Lawrence Andrew berhubung isu penggunaan kalimah Allah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Abdul Rani dalam pada itu turut mengutuk sekeras-kerasnya sikap melampaui batas Andrew yang dilihat tidak menghormati perasaan dan sensitiviti orang Islam.

"Andrew harus segera menarik balik kenyataannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan gereja Katolik di Selangor dan memohon maaf kepada umat Islam supaya isu ini tidak menimbulkan pertelingkahan kaum," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat