{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


5,000 penduduk mahu air bersih

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my

SITI Halijah Awang menunjukkan loji air di Kampung Prala, Tanah Merah, Kelantan yang sudah siap, tetapi masih belum digunakan sehingga sekarang.

TANAH MERAH 31 Dis. - Lebih 5,000 penduduk di lima buah kampung di kawasan Perala dekat sini merayu kepada pihak berkuasa supaya mempercepatkan Projek Retikulasi Bekalan Air Bersih yang tergendala sejak setahun lalu.

Penduduk kampung berkenaan mendakwa, projek bernilai RM8 juta yang dimulakan pada 2011 itu sepatutnya siap dalam tempoh setahun, namun sehingga hari ini projek berkenaan masih tidak berfungsi.

Projek tersebut amat penting kerana penduduk di kawasan itu tidak pernah menikmati bekalan air bersih termasuk daripada syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Difahamkan, peruntukan RM8 juta itu adalah untuk pembinaan loji air, tangki, pemasangan paip serta meter ke setiap rumah di lima buah kampung iaitu Kampung Perala, Kampung Ulu Bertam, Kampung Batang Bergedik, Kampung Air Limau dan Kampung Air Naga .

Seorang penduduk, Mat Zaid Muhamad, 60, berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pembinaan loji dan pemasangan paip telah siap namun air masih tidak disalurkan kepada penduduk.

"Secara kasarnya, semua telah siap tetapi kami hairan kenapa sehingga kini air tidak dibekalkan kepada penduduk.

"Sebelum Aidilfitri lalu, ada pihak yang datang mengutip deposit sebanyak RM75 untuk menyalurkan air ke rumah dan kami semua membayarnya tetapi sehingga ke hari ini, setitik air pun tidak ada," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, Othman Yaacob, 62, mendakwa penduduk di kampung tersebut berasa amat tertipu kerana telah membayar deposit tetapi bekalan air bersih masih belum diterima.

Katanya, pihak berkenaan tidak sewajarnya menipu penduduk di kampung ini dengan janji-janji manis.

"Meter sudah dipasang di tepi rumah saya, paip pun sudah ada tetapi saya tidak tahu apa masalah lagi sehingga sekarang air tidak ada.

"Orang yang datang mengutip deposit ini mendakwa mereka daripada sebuah syarikat milik kerajaan negeri dan jika benar individu itu mewakili syarikat milik kerajaan, hal ini amat memalukan," katanya.

Sementara itu, Siti Halijah Awang, 63, berkata, dia amat berharap dapat menggunakan air bersih untuk kegunaan seharian.

Katanya, sejak usia muda sehingga sekarang, dia masih menggunakan air sungai untuk urusan seharian seperti memasak dan membasuh.

"Selain itu, saya juga terpaksa membeli enjin pam untuk mendapatkan air daripada telaga tiub. Saya mahu melihat bekalan air bersih masuk ke kampung kami sebelum 'menutup mata'," katanya.

Zainun Awang Kechik, 63, pula berkata, pada mulanya, dia berasa amat gembira apabila mengetahui kampung itu tidak terpinggir daripada mendapat bekalan bersih apabila projek itu dimulakan tiga tahun lalu.

"Kegembiraan bagaimanapun tidak lama kerana sehingga sekarang, bekalan air bersih itu masih belum dapat dinikmati," katanya.

Pusat salur RM80j bangunkan Islam di Kelantan

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

MACHANG 31 Dis. - Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan lebih RM80 juta setiap tahun untuk membangunkan syiar Islam di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha berkata, peruntukkan tersebut disalurkan untuk perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.

"Setiap tahun kerajaan Pusat memperuntukkan kira-kira RM50 juta kepada lebih 5,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini meliputi elaun sebanyak RM800 sebulan.

"Selain itu, imbuhan juga diberikan kepada imam dengan peruntukkan sebanyak RM5 juta setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Guru-Guru KAFA bagi Parlimen Machang 2014 di Dewan Keruing Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang di sini hari ini.

Seramai 284 guru KAFA daripada 28 buah sekolah menerima watikah pelantikan tersebut.

Makhtar berkata, peruntukan yang disalurkan itu adalah salah satu usaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan anak-anak dalam ilmu agama.

"Kerajaan juga tidak lupa kepada lebih 3,000 penggerak masyarakat di Kelantan dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM17 juta setiap tahun," katanya.

Dalam pada itu, Makhtar berkata, pihaknya turut memohon peruntukkan tambahan sebanyak RM30 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk bantuan wang ihsan.

"Sejak tahun 2010 sehingga kini, kita telah menerima peruntukkan sebanyak RM100 juta dan kira-kira RM87 juta telah dibelanjakan.

"Selebihnya akan disalurkan kepada rakyat selain peruntukan tambahan akan diberikan kerajaan Pusat dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, bagi pembangunan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, beliau berkata, projek tersebut akan bermula suku pertama tahun hadapan.

"Untuk projek pembangunan lebuh raya ini, kita akan melaksanakannya mengikut fasa.

"Bagi fasa pertama, pembinaan sejauh 12 kilometer dimulakan dari Pasir Hor hingga Kadok dengan peruntukan RM200 juta," katanya.

RM460,000 bantu mangsa banjir di Rantau Panjang

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

ABDULLAH Mat Yasin (dua dari kiri ) menyampaikan sumbangan banjir kepada penduduk di kawasan Parlimen Rantau Panjang di Pasir Mas, Kelantan, kelmarin.

PASIR MAS 31 Dis. - Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan RM460,000 untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir dalam Parlimen Rantau Panjang.

Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin berkata, 920 mangsa dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen itu menerima bantuan wang tunai RM500 seorang.

Beliau berkata, agihan tersebut membuktikan kesungguhan Kerajaan Persekutuan membantu rakyat yang terlibat dengan gelombang pertama banjir baru-baru ini.

"Harapan kita agar bantuan yang diagihkan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir ini kerana banyak harta benda mereka musnah dalam bencana alam itu.

"Kesemua yang menerima bantuan ini adalah mereka yang tinggal di pusat pemindahan sepanjang musim banjir.

"Bagi yang tidak mempunyai nama, saya harap mereka dapat menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendaftar bagi mengelak berlaku keciciran dalam senarai penerima bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan Bencana Banjir Peringkat Parlimen Rantau Panjang di sini hari ini.

Abdullah berkata, pada masa yang sama, UMNO bahagian itu akan menyediakan peruntukan untuk membaik pulih rumah mangsa yang rosak akibat bencana tersebut.

"Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) akan membuat penilaian ke atas rumah yang rosak akibat banjir sebelum menyalurkan bantuan," katanya.

Sementara itu salah seorang penerima, Rosliana Jariah, 38, menyifatkan bantuan tersebut memberi manfaat yang cukup besar kepada dia dan keluarganya.

Katanya, bantuan ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan harian dan sekolah anak-anak yang akan bermula tidak lama lagi.

"Saya syukur dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan ini yang sememangnya amat berharga buat kami semua," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat